SEMENTARA tiba tanggal 31 Mac di mana tarikh yang dinotiskan oleh menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman untuk meninggalkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ekoran perancangan rapi untuk menjatuhkannya, isu lain mengambil ruang perbicaraan umum di Kelantan sehari dua ini.
Isu menjadi pertuturan hangat dan cakap-cakap di serata tempat di Kelantan ialah mengenai ‘pergeseran’ ataupun ‘ketidaksekataan’ antara kerajaan Kelantan dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra berhubung status kesihatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Putra.
Saya kira kalau isu terbaru ini tidak muncul pasti cerita mengenai Ariffhami akan berada di rating teratas dan terus dikemundangkan dan akan didongengkan seasyiknya oleh pihak tertentu termasuk Umno.
Mereka yang tidak senang hati dengan Ariffahmi atas ketegasannya dalam menguruskan PMBK demi menjaga kepentingan Melayu dan juga mereka yang kecewa dengan Nik Aziz melantik menantunya itu akan memukul gendang, mengharu birukan isu berkenaan. Bunyinya bukan saja di Dewan Seni di Kota Bharu tetapi sampai ke Istana Negara di Kuala Lumpur.
Ada cula isu Ariffahmi hendak digunakan untuk memburukkan batang tubuh Nik Aziz sebagai ulama dan MB Kelantan. Formula sebatang pokok yang besar itu akan dapat ditumbangkan dari dahannya sendiri (yang dijadikan alat atau ulu kapak) diguna pakai dalam kes menyerang Arifffahmi ini. Dan tentulah bila dahan pokok itu sendiri diambil untuk menumbangkan pokok ia hanya tentu diarifi oleh orang tertentu saja yang tahun dahan mana yang sesuai dan kukuh untuk dijadikan alat.
Sudah pasti pihak-pihak tertentu yang menjadi hamba suruhan dan abdi politik kepada orang tertentu akan berusaha mati-matian untuk mengecam dan mengepong Ariffahmi agar segera meletakkan jawatan sebelum tarikh penotisannya matang. Dalam masa sama juga pihak ini akan berusaha untuk menemukan Arifffahmi dengan individu yang kini sudah merasa senak perut dan sudah berhingus hidung ekoran masalah menimpa Ariffahami ini.
Peristiwa di JKR 10 pada hari Isnin dua minggu lepas ada menunjukkan unsur-unsur itu, iaini usaha untuk memerangkap dan memalukan Ariffahmi dan isterinya Nik Amalina. Usaha dilakukan sekumpulan kaum Hawa itu kononnya untuk mendamai dan mententeramkan keadaan. Tetapi usaha yang mungkin murni dan berhajat besar itu gagal kerana ia kurang bijaksana dan mungkin telah terselit niat berat sebelah di dalam hati para pengusaha pertemuan itu menyebabkan Allah tidak mengizinkan.
Kenapa saya mengatakan demikian, sekiranya sekumpulan Hawa yang mengaturkan usaha itu ikhlas mereka tidak akan melakukan perangkap sebaliknya akan cuba mengaturkan pertemuan secara teratur, sopan dan tidak menimbulkan keraguan mana-mana pihak. Barang kali di sinilah kelemahan kaum Hawa menyebabkan Allah tidak melantik seorang pun dari mereka menjadi Rasul atau Nabi.
Biarlah kita tinggal kisah itu dan kembali kepada apa yang hendak dinukilkan dalam posting kali ini.
Seperti kata tadi isu yang rancak diperkatakan sekarang ini ialah isu pertelingkahan atau ketidaksamaan penjelasan atau dakwaan berhubung status atau tahap kesihatan Sultan Kelantan yang kini dirawat di Singapura. Kenyataan atau penjelasan Nik Aziz berhubung perkembangan kesihatan Sultan Kelantan telah tidak disenangi Tengku Temenggong, Tengku Mohammad Fakhry.
Sanggahan Fakhry menafikan apa yang dijelaskan Nik Aziz dan memberi kontasi bahawa Nik Aziz semacam tidak bercakap benar mengenai kesihatan Sultan Kelantan. Dalam masa sama dakwa Fakhry penal perubatan yang dilantik kerajaan negeri seolah-olah ada motif tertentu.
Beliau juga mempersoalkan kenapa laporan itu boleh dibuat sedang pegawai tinggi kerajaan dan Nik Aziz sendiri tidak pergi melihat sendiri keadaan Sultan di Singapura.
Beliau juga mempersoalkan kenapa laporan itu boleh dibuat sedang pegawai tinggi kerajaan dan Nik Aziz sendiri tidak pergi melihat sendiri keadaan Sultan di Singapura.
Pertelingkahan dan percanggahan inilah yang memening dan membingungkan kepala sesetengah rakyat Kelantan. Ia menggambarkan kerajaan Kelantan ada masalah dengan istana? Mereka yang jahil mengenai pentadbiran dan hubungan dan peranan kerajaan dengan istana akan merasa ganjil dan pelik dengan isu ini. Sebaliknya mereka yang tahu dan dan memahami peraturan tidak merasakan apa-apa melainkan apa yang berlaku itu dikira ada motif dan sebab tersendiri serta rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
Sanggahan Fakhry ke atas kenyataan Nik Aziz atau tidakan Nik Aziz itu akan termansuh dengan sendirinya kalau orang memahami kedudukan Nik Aziz sebagai MB dan hubungan (peranan) beliau dengan istana. Sebagai MB, Nik Aziz bertanggungjawab memberitahu apa-apa perkembangan atau memaklumkan kedudukan mengenai sultan apa lagi dalam suasana kritikal seperti sakit, ketidakupayaan mejalankan tugas dan sebagainya.
Dalam hal ini, apa-apa kenyataan Nik Aziz mengenai istana, kedudukan batang tubuh sutlan bukan boleh beliau pandai-pandai atau reka untu menjelaskan kepada umum. Beliau tidak boleh membuat draf kenyatana itu di rumah bersama anak beranaknya melainkan membacakannya saja yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan.
Manakala pihak kerajaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi terlebih dahulu mendapat maklum atau merujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa di istana sedalam-dalamnya.
Jadi dalam hal ini tidak wajar kalau ada pihak yang menyesali kenyataan Nik Aziz itu dan beranggapan beliau memandai-madai bercakap mengenai kedudukan sultan atau pun ingin menutup perkara sebenarnya.
Begitu juga arahan agar Nik Aziz pergi menghadap sendiri dalam konteks hanya untuk mendapat penjelasan dan mengetahui sakit atau tidak sultan, tidak wajar dan bukan praktikal. Kalau pun Nik Aziz pergi dan melihat sendiri keadaan sultan beliau tidak boleh mentafsir sendiri dan membuat kenyataan rasmi mengenai kedudukan itu, melainkan terlebih dahulu memaklum dan berbincang dengan pihak berkuasa di istana.
Situasi dan hakikat yang perlu difahami oleh semua orang khasnya rakyat Kelantan yang kabur mengenai pentadbiran dan hal ehwal istana, ialah siapakah yang berhak bercakap mengenai istana atau menyampaikan maklumat mengenai Sultan Kelantan kepada Nik Aziz pada waktu ini? Ini yang penting. Kalau perkara ini dimengerti masalah tidak akan timbul.
Hari ini Tengku Mohamad Faris Petra adalah pemangku raja. Beginda telah dilantik untuk menjalankan tugas-tugas sebagai sultan. Perlantikan ini bukan dibuat atas wakaf tetapi mengikut perenggan (b) fasal (1) dan (3) Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, Perkara 22A. Perlantikan ini juga disah dan diperakui oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Maknanya perlantikan ini dalam keadaan sedar dan dibawah pengetahuan Sultan Islam Petra.
Dengan perlantikan ini Tengku Faris berhak ke atas istana dan mempunyai kuasa menjalankan tugas-tugas sultan. Sebab itulah semasa sidang DUN untuk bentang bajet baru-baru ini baginda diundang merasmikan sidang itu.
Dengan perlantikan ini Tengku Faris berhak ke atas istana dan mempunyai kuasa menjalankan tugas-tugas sultan. Sebab itulah semasa sidang DUN untuk bentang bajet baru-baru ini baginda diundang merasmikan sidang itu.
Begitu juga semasa berlangsung persidangan majlis raja-raja Melayu, baginda juga yang mewakilinya. Orang lain selain daripada baginda tidak boleh diundang melainkan atas kehendak-kehendak kerajaan.
Kerajaan Kelantan tidak bleh mengudang Tengku Fakhry atau Raja Perempuan Kelantan sekali pun untuk merasmikan sidang DUN Kelantan. Kalau Fakhry atau Raja Perempuan yang diundang ia boleh menyebabkan sidang DUN dan bajet yang dibentangkan tidak sah.
Ertinya selagi Tengku Mohammad Faris menjadi Pemangku Raja maka bagindalah yang bertanggungjawab atau merupakan suara yang sah dan perlu dipatuhi berhubung apa-apa mengenai istana Kelantan dan juga mengenai kedudukan Sultan Kelantan. Atas kapasiti dan hakikat inilah makanya Nik Aziz mendengar dan akur apa saja yang dititah ke atasnya oleh Tengku Mohamad Faris.
Mengenai pemakluman perkembangan tahap kesihatan Tengku Ismail Petra itu tidak menjadi tanggungjawab dan kewajiban untuk Nik Aziz atau pegawai kerajaan negeri pergi ke Singapura dan bertanya megnai kesiahatan Sultan Kelantan. Bagi mereka cukup atau hanya menanti penjelasan dan pemakluman dari Pemangku Raja saja. Tidak ada guna dan pincanglah perlembagaan Kelantan kalau kuasa Pemangku Raja hendak diatasi oleh kuasa-kuasa lain.
Maka sekiranya semua pihak memahami keadaan ini, masalah atau pergeseran Istana Kelantan tidak menjadi kerumitan besar dan membimbangkan. Keadaan Kelantan akan aman, pegawai kerajaan negeri juga dapat melaksanakan tugas dengan sempurna kalau ketaatan hanya ditumpahkan kepada yang berhak dan bukan mana-mana kuasa lain. Ketaan hari ini hanya kepada Pemangku Raja saja, iaitu Tengku Mohammad Faris Petra. Janganlah ada dua tiga orang raja di Kelantan, haru! [wm.kl. 11:30 am 10/10/10]
4 comments:
kenapa husam tak bela Tok Guru?
Kerabat Diraja Kelantan seharusnya menyelesaikan kemelut ini melalui musyawwarah dan bukannya bertelingkah melalui media massa. Seperti kata Nik Aziz, golongan kerabat ini wajib bersyukur kerana masih diterima di negara kita berbanding sudah banyak negara yang menghapuskan sistem beraja. Rakyat di Kelantan berasa amat bertuah kerana mempunyai seorang Pemangku Raja iaitu Tengku Faris yang amat prihatin, simple dan kuat pegangan agama berbanding ramai kerabat diraja yang banyak dikaitkan dengan kaki perempuan, kaki arak dan kaki menghabiskan duit rakyat. Semoga Allah mempelihara keamanan negeri Kelantan.
Dengarnya pemangku raja orang yg agak kuat pegangan agama. Tu yg dia org tak brape suka. Apa pun tak payah lah nak kaitkan isu kerabat kelantan ni dgn kerjaan negeri. Biarlah dia org selesaikan sendiri. Harap cari lah penyelesaian yg terbaik...untung jadi raja kat msia ni..semua hal rakyat tanggung jadi pihak yg berkenaan tu kena sedar diri lah.
Tuan,
Soalnya TG Nik Aziz sukar untuk dibela jika dituduh mengamalkan kronisma, baik macam mana carilah tokoh lain, jangan pilih menantu.
Isu perbalahan Raja, saya amat setuju dengan TG Nik Aziz, pertelagahan istana hanya mengundang rasa bosan rakyat.
Rakyat memerhati. Raja bersaing dengan rakyat dalam semua sektor..ini akan membuat rakyat kecewa.
DYMM Sultan Kelantan sudah boleh dirawat di Malaysia kenapa bazirkan wang dirawat di Singapura. Kos nya amat tinggi. Saya rasa itu yang dimaksudkan TG Nik Aziz selama ini. Kita punyai kepakaran yang sama.
Post a Comment