Monday, March 25, 2013

PAS Tidak Perlu Beri Bulan Kepada DAP

RENUNGAN TENGAHARI                                                                                                 

Saya tidak fikir ROS akan bertindak double standard untuk menggantungkan pendaftaran DAP sebagai sebuah parti politik pada saat-saat parlimen hendak dibubarkan. Kalau ROS mengambil tindakan itu ia tidak mencapai sasaran kalau pun agensi berkenaan sedia menjadi alat kepada kepentingan Umno.

Tindakan menggantungkan pendaftaran DAP akan menambahkan kemarahan rakyat khasnya orang Cina. Mereka yang berilmu pula dan berada atas pagar akan melihat satu tindakan paling jahat, ianya lebih jahat dari serangan penceroboh Sulu ke atas Lahad Datu. Bagaimana pun mungkin Mahathir Mohamad akan terus bangun bercakap tindakan ROS itu tepat sekali.  Malah dia akan tambah sepatutnya DAP sudah lama diharamkan.

ROS harus berfikir dan senantiasa meletakkan dirinya atas garis keadilan. Sebelum hendak bertindak menggantungkan DAP, ROS seharusnya terlebih dahulu menggantung pendaftaran Umno. Pendedahan dibuat oleh ahli Umno Tanah Merah terhadap kolobrasi orang-orang Umno di Tanah Merah mempertahankan diri dan kedudukan sehingga sanggup mencerobohkan perlembagaan parti perlulah didahului dengan tindakan. Perbuatan itu dilihat lebih sadis apa yang berlaku ke atas DAP.

Tetapi nampaknya ROS berdolak dalih dan terkial-kial untuk memangsakan Umno dengan peruntukan dan undang-udang yang ia ada. Jadi kalau tiba-tiba ROS sedia menjadi gila dengan menggantungkan pendaftaran DAP nampak sangatlah yang agensi itu juga sudah menjadi sebahagian sari komponen BN.

Berhubungan perkara ini di mana Lim Kit Sing menggambarkan yang orang DAP akan bertanding atas lambang PKR atau PAS, saya merasakan tidak wajar kalau DAP diberi lambang bulan. Seelok dan tepatnya DAP diberikan lambang Mata milik PKR.

Mungkin sesetengah ahli PAS khasnya di bandar boleh menerima pemberian itu - DAP bertanding atas tikit PAS, tetapi ia mungkin menjadi masalah dengan orang-orang PAS di kampung-kampung. Pemberian itu akan mengesahkan dakyah mereka sebelum ini mengatakan PAS menjadi kuda tunggang DAP. Mereka tidak akan melihat keserasian dan silaturahim antara DAP dan PAS kuat tetapi nampak ia satu lagi keganjlan perjuangan PAS.

Alasan seperti mana disebut Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali yang di dalam PAS juga ada orang Cina dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding atas tikit PAS ia tidak sama dengan orang DAP. Cina itu Cina yang menyokong PAS manakala Cina DAP yang yang menjadi rakan di dalam Pakatan Rakyat. Walaupun keduanya Cina tetapi status dan penerimaanya berbeza.

Saya sedikit terperanjat dengan reaksi cepat Mustapa ke atas cadangan itu, DAP agar bertanding atas lambang PAS kalau pendaftarannya digantung? Kenapa? Apakah Mustapa mahu dunia melihat PAS akan mendapat kerusi banyak di dalam pilihan raya nanti dan dengan itu wakil daripada PAS akan jadi perdana menteri?

Kalau begitulah tanggapan Mustapa, 'debek' sangatlah PAS. PAS harus menunjukkan kekuatan atas kediriannya sendiri dan bukan menempel dengan mana-mana parti politik. Kalau pun ada sesetengah orang PAS yang tidak senang nama Anwar Ibrahim dijual untuk diangkat menjadi PM, masakan pula ada orang PAS sedia memberi lambang kepada DAP untuk menampakkan PAS kuat?

Sebenarnya reaksi atau cadangan-cadangan kemungkinan itu terlalu awal. Ia tidak perlu diperkatakan melainkan untuk memberi isyarat kepada ROS sekiranya apa dicadangkan itu benar. Saya tidak fikir Lim Kit Sing sedia mengambil mana-mana lambang kerana masalah teknikal itu. Saya lebih yakin dia akan mencari satu lambang baru yang dibenarkan untuk dijadikan simbol DAP dalam pilihan raya berkenaan.

Mungkin ianya Naga? Tetapi apakah kepala Naga termasuk dalam 20 lambang yang dibenarkan oleh SPR?

Sekiranya ini berlaku PAS harus berfikir banyak kali untuk memberi lambang kepada Lim Kit Siang atau DAP. PAS jangan melihat kekutungan dari satu sisi tetapi lihat implikasi keseluruhannya. Perkara ini sedang diperhati dengan jenak oleh Umno. Umno akan bersorak dan bertepok bukan saja dengan tangan tetapi dengan kedua belah sekali kalau DAP bertanding menggunakan simbol PAS.  Takdir itu akan digunakan oleh Umno untuk menyakinkan apa yang didakyahkan selama ini.

Tegasnya saya percaya ROS tidak akan gila dengan mengambil tindakan drastik. Sebetulnya kalau ROS benar-benar bertegas mengenai perkara seperti didakwa dialami DAP itu semua parti di  dalam negera ini harus digantung pendaftarannya kerana tiada sebuah parti pun yang mengikuti peraturan ROS seperti mana dikehendakinya. Apatah lagi Umno yang mempunyai ribuan cawangan mustahil semua cawangannya senantiasa mengikut dan mematuhi kehendak ROS? [wm.kl.12;13 t/hari 25/03/13]
 



1 comment:

insafdoh67 said...

Betul tuan... Mcm dikata... Tanya diri apa tujuan kita berjuang.... Ingin nama.pangkat. jawatan.gelaran.harta dan apa saja...atau kerana Allah... Napok leni lebai pun duk syok sendiri ramai.. Berjuang nama islam perangai mcm puok dia tu r.. Trg pun ramai lg jenis lagu ni... Pakat tunjuk geng doh leni.. Berat nanang lagu ni... Ni baru nok jd bisul... Pakat insaf diri kejap.. Muhasabah dulu wei... PTR... Tolong Rakyat