Keratan akhbar memuatkan tulisan Hishamuddin. |
Tulisan Hishamuddin itu dimuatkan dalam akhbar berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris, New Sunday Time keluaran 5 Mac, 2017.
Manakala dalam bahasa Melayu pula dalam Berita Minggu (?), pada hari yang sama. Kedua keratan akhbar itu dimuatkan dalam twiternya.
Menteri Pertahanan itu dalam catatannya membayangkan bagaimana beliau berdebar dan sibuk dalam tempoh kunjungan Raja Salman selama empat hari, bermula Ahad kerana bertindak sebagai menteri pengiring. Tanggungjawab itu juga pertama kali baginya.
Beberapa kali beliau menulis akan kebermaknaan kunjungan Raja Salman itu. Jarang menteri pengiring kepada lawatan mana-mana pembesar dari mana-mana negara menulis sendiri, merakamkan kejayaan kunjungan itu, serta pengalamannya, tetapi nampaknya Hishmuddin ada masa dan rajin untuk merakam perasaa bangganya dengan lawatan itu.
Ini mungkin satu amalan baharu yang boleh diteladani oleh menteri-menteri lain yang dilantik menjadi menteri pengiring atau pun yang menghadiri apa-apa persidangan mewakili negara di peringkat dunia. Apabila mereka menulis sendiri laporan dan apa yang dilalui itu lebih tepat dan mencecahi apa yang dikehendaki.
Tulisan Hishamuddin bagus juga, kemas dan padat serta mempunyai laras bahasa yang baik. Tetapi dari segi profesionalisme sebagai sebuah akhbar, ada sedikit kecacatan dalam susun atur artikel berkenaan.
Salah satunya by line masih menggunakan nama gelaran "Datuk Seri", ini tentu sekali tidak relevan walaupun bukan salah. Begitu juga caption yang menggunakan nama "Hishamuddin", ini menjelaskan tulisan itu ada pihak yang ditolong siapkan. Sepatutnya caption itu ditulis, "penulis". bagi menggambarkan keseluruhan tulisan itu dihasil sendiri oleh pemakai by linenya. Kalau ini kesilapan ianya dibawah tanggungjawab sub-editor?
Hishamuddin mengariskan beberapa perkara lawatan Raja Salman itu sebagai berjaya dan membawa kebaikan kepada negara. Antaranya ialah; Pertama, pementeraian pelbagai memorandum persefahaman serta penzahiran komitmen dalam pelaburan yang berskala besar. Memorandum persefahaman yang ditanda tangani bernilai RM30 billion.
Kedua, lawatan itu beliau menyifatkan berjaya mencapai matlamat kerana mewujudkan beberapa persepakatan penting antara kedua-dua negara, ini termasuklah kesediaan Arab mempertimbangkan secara serius permohonan Malaysia untuk menambahkan kouta Haji.
Persoalanya pentingkah bagi Hishamuddin merakam perasaan dan kekaguman beliau kepada Raja Salman itu? Beberapa kali beliau mengulangi perkataan "hatinya tersentuh" apabila melihat apa yang berlaku atau pun menyaksikan aksi raja berkenaan yang digambarkan mesra dan baik dengan pembesar negara. Apa ditulis itu bagi menggambarkan kehebatan lawatan berkenaan hasil usahanya.
Apakah tidak cukup dengan media arus perdana berikan -- membuat liputan di sepanjang kunjungan Raja Salman itu? Mengenang ini, apabila Hishmuddin mengambil inisiatif untuk menambah laporan itu, ia seolah-olah ada motif tersendiri dibuatnya. Kerajinan itu seakan bersebab.
Sebaris perkataan atau ayat yang memberi makna tersendiri ditulis Hishmuddin berbunyi: "Atas persamaan inilah baginda menyatakan komitmen sepenuhnya kepada saya untuk terus berkerjasama dengan Malaysia dalam usaha memelihara kesucian agama Islam. Selain itu baginda meluahkan harapan kepada saya agar kita di Malaysia melakukan yang terbaik dalam segala urusan.
"Pada pandangan baginda ia bagi membolehkan apa yang dilakukan menjadi petunjuk kepada penganut agama lain betapa Islam adalah agama yang syumul, aman dan sejahtra kepada seliruh umat manusia."
Sebaris ayat itu memberi makna dan penilaian yang tersendiri. Bagi saya ia adalah gambaran yang hendak diberikan oleh Menteri Pertahanan itu betapa beliau mempunyai hubungi baik dengan Raja Salman dan Malaysia berpotensi menggunakan apa juga manfaat daripada Arab Saudi di masa depan.
Hishmuddin juga menulis dedahkan beliau beberapa kali berpeluang menaiki kereta bersama Raja Salman. Cerita ini bagi menggambarkan beliau mempunyai hubungi peribadi yang baik dengan raja itu.
Dalam pada itu catatan beliau juga ingin menunjukkan yang beliau mendapat kepercayaan Perdana Menteri untuk menjadi menteri pengiring. Gambaran ini memberi petunjuk bermaksud yang sama. Bahawa beliau adalah personaliti penting dalam hubungan antara Arab Saudi dengan Malaysia, di mana Arab Saudi menjadi negara tumpangi baharu Malaysia. Ertinya kalau Malaysia di masa depan dipimpimpin olehnya negara ini akan mendapat lebih banyak lagi manfaat kerana hubungi intim itu.
Mungkin saya salah dalam membuat tanggapan dan terlampau membaca motif Hishmuddin disebalik dua tulisann itu. Tetapi apabila mengira perkembangan dan gelora dalam Umno waktu ini di mana parti itu sedang mencari pengganti Najib sebagai PM, tulusan itu tidak dapat dielakkan daripada ianya dianggap sebagai kempen menaikkan imejnya untuk dijadikan modal dalam pertandingan merebut jwatan timbalan presiden Umno tahun depan.
Diam-diam Hishmuddin tampaknya terus bergerak menggunakan apa sahaja kesempatan dan peluang untuk meletakkan dirinya popular bagi menjadi pengganti Najib atau pun orang nombor dua negara ini selepas pilihan raya akan datang. Tulisan Hishmuddin itu mengesahkan bahwa beliau kini kalut dalam menyiapkan diri untuk bersaing dengan Ahmad Zahid Hamidi. [wm.kl.8:36 pm 05/03/17]
No comments:
Post a Comment