ULASAN
Mohd Zaidi Aziz. Foto: BH. |
Kemenangan dengan majoriti besar itu menggembirakan UBN. Nama lagi kemenangan, ia menggembira pihak yang mendapatnya.
Berbagai ulasan segera telah dibuat oleh para pemerhati dan penganalisa politik berhubung kejayaan BN itu, serta unjuran dan pencitraan politik selepas ini.

Rata-rata ulasan itu saya dapati kesimpulan dibuat, kekalahan calon bebas, Amir Khusyairi Tanusi yang dinaungi parti belum didaftar Pejuang pimpinan OT95 ialah kerana OT95 itu sendiri.
Implikasi dan beban diterima Amir yang bertanding menggunakan lambang Pokok diletakkan kerana dia disokong OT95, Dr Mahathir Mohamad.
Jika perkiraan ini benar bermakna Anwar juga menjadi faktor kepada kekurangan undi calon bebas itu.
Apakah sekiranya Anwar ikut jejak kaki ke Slim masuk ke Felda Tronoh atau Besout, maka jumlah undi akan berbeza, atau tambah mengurangkan lagi? Citra Anwar sebagai pemimpin rakyat lebih terang daripada citra Mahathir.
Apabila calon BN Zaidi mengutip jumlah undi 13,060 semalam, ia merupakan kombinasi undi fundamental Umno dengan Pas berdasarkan pencapaian kedua-dua parti itu sebelum ini.
Justeru kedudukan kerusi itu di masa akan datang bergantung kepada kekompatan kerjasama Umno dengan Pas, dan juga ketiadaan OT95 dan penglibatan peribadi Anwar disitu. Kedudukan itu akan berubah dan Slim bukan boleh dikatakan kerusi tetap atau kekal kepada BN selama-lamanya. Dengan berlaku perubahan pola-pola lain seperti taraf pengundi, isu mendatang, krisis dalam parti memerintah kini (PN) ia turut mengubah kedudukan kerusi Slim kepada BN itu.
Dari sisi lain, keputusan pilihan raya Slim tidak memberi apa-apa kesan kepada Bersatu dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang ini. Ternyata undi dipungut calon Bersatu dalam Piraum 15 lalu yang berada dalam Pakatan Harapan (PH) sebanyak 6,114 tidak membawa kesan besar atau mempengaruhi kemenangan besar calon BN, Zaidi.
Perkara yang boleh diperkirakan juga ekoran kehilangan ramai pengundi di Slim (dimana hanya 68.4% sahaja yang keluar), yang tidak hadir bakal menjadi penentu dan pencorak Dun Slim di masa akan datang. Lebih 30% pengundi yang tidak hadir itu boleh menjadi penentu di masa akan datang.

Nafsu politik.
Ada anggap dan membuat tafsiran politik, nasib diterima calon bebas itu memberi gambaran Dr Mahathir sudah tidak mempunyai pengaruh lagi. Kemerosotan undi diraih Amir itu dikaitkan dengan sikap pengundi yang bosan dengan gelagat dan nafsu politik OT95 yang tidak pernah kendur. Undi di Slim kepada calon BN itu dikira protes kepada OT95 bukan suara naluri sebenar mereka yang berada di atas pagar.
Kalau benar begitu, maka rentetan daripada sebab kekalahan calon bebas itu tentu menjadi tanda tanya untuk kerusi Slim dan nasib politik negara di masa akan datang. Bagaimana pun saya tidak kira suasana dan mood di Slim akan terhimbau ke negeri Bawah Bayu yang akan mengadakan Pirane para hujung September nanti. Apa yang berlaku di Slim terlalu kecil untuk mengarus hingga ke Sabah.

Persoalannya apakah kerusi itu akan dapat ditawan pembangkang apabila OT95 sudah tidak berada dalam cakrawala politik lagi ketika itu? Ini perkara yang boleh disangkutkan dengan apa yang berlaku kalau di Slim benar OT95 jadi faktor penyebab kemerosotan undi Amir seperti dianalisakan itu.
Kalau benar begitu bermakna BN tidak boleh rasa selesa untuk menghadapi kerusi Slim dan pilihan raya negara akan datang sekiranya OT95 sudah pensiun daripada politik.

Sehubungan daripada kekurangan undi diraih calon sokongan pembangkang itu, (yang memungut hanya 2,115 undi) juga memberi dua indikator lain. Bahawa kesan politik juga diterima oleh mereka yang bersama OT95 dan tidak bersama OT95.
Di sini saya lihat, Parti Amanah Negara (Amanah) yang begitu "memerut" kepada OT95 menerima tempiasnya juga. Kerabat OT95 yang aktif membantu calon bebas adalah kalangan pemimpin Amanah. Hampir semua pemimpin Amanah turun berkempen walaupun sekadar menyatakan solidariti kepada calon bebas.
Justeru kegagalan calon bebas itu turut sama terpikul oleh Amanah. Orang akan menganggap bahawa di Slim Amanah tidak ada penyokong dan pemimpin parti itu gagal untuk menarik penyokong dan ahli Pas di Slim yang juga rakan dan kawan mereka sebelum ini. Apakah kehadiran mereka, toh menjadi liabiliti kepada calon bebas?
Berbeza apa dialami Anwar Ibrahim yang dilihat tidak mempedulikan Pirake itu berada dalam tanda tanya. Apakah kekurangan undi calon bebas disokong OT95 itu berlaku kerana tanpa penglibatan Anwar dan keadaan ini menyebabkan penyokong dan ahli Keadilan tidak gemas untuk turun mengundi? Terutamanya pengundi bukan Melayu yang dilihat lebih seronok mendengar retorika berbanding cerita lapok Mahathir mencerca Najib Razak.
Jika perkiraan ini benar bermakna Anwar juga menjadi faktor kepada kekurangan undi calon bebas itu.
Apakah sekiranya Anwar ikut jejak kaki ke Slim masuk ke Felda Tronoh atau Besout, maka jumlah undi akan berbeza, atau tambah mengurangkan lagi? Citra Anwar sebagai pemimpin rakyat lebih terang daripada citra Mahathir.
Dalam hal ini apabila Anwar tidak turun beliau terselamat daripada dibuat andaian atau dijadikan ukuran. Dan sekiranya Anwar menjadi faktor pengundian, di masa akan datang di Slim dan dimana-mana juga keadaan seperti Slim akan berubah dengan adanya penglibatan Anwar.
Undi fundamental.
Sesuatu yang menarik kalau diperhatikan kepada pencapaian BN di Dun Slim apabila membandingkan dengan empat pilihan raya lalu. Undi fundamental BN di Slim berdasarkan empat pilihan raya umum sebelum ini adalah sekitar 8,000. Undi fundamental ini datang daripada kalangan Melayu kerana Dun Slim itu diwakili oleh lebih 70% pengundi Melayu.
Piraum 2004, BN meraih (8,318), Piraum 2008 (8,233), Piraum 2013 (11,152) dan Piraum 2018 (8,327). Manakala undi diraih Pas untuk empat Piraum itu, 2004 (3,443), 2008 (4,707), Piraum 2013 (7,299), [tertinggi], Piraum 2018 (4,103).
Memerhati dan menyimpul angka-angka ini boleh dirumuskan undi fundamental menjadi aset BN sebanyak 8,000 manakala Pas 5,000. Dimana jika dicampur keduanya undi aset ini berjumlah 13,000.
Piraum 2004, BN meraih (8,318), Piraum 2008 (8,233), Piraum 2013 (11,152) dan Piraum 2018 (8,327). Manakala undi diraih Pas untuk empat Piraum itu, 2004 (3,443), 2008 (4,707), Piraum 2013 (7,299), [tertinggi], Piraum 2018 (4,103).
Memerhati dan menyimpul angka-angka ini boleh dirumuskan undi fundamental menjadi aset BN sebanyak 8,000 manakala Pas 5,000. Dimana jika dicampur keduanya undi aset ini berjumlah 13,000.
Apabila calon BN Zaidi mengutip jumlah undi 13,060 semalam, ia merupakan kombinasi undi fundamental Umno dengan Pas berdasarkan pencapaian kedua-dua parti itu sebelum ini.
Justeru kedudukan kerusi itu di masa akan datang bergantung kepada kekompatan kerjasama Umno dengan Pas, dan juga ketiadaan OT95 dan penglibatan peribadi Anwar disitu. Kedudukan itu akan berubah dan Slim bukan boleh dikatakan kerusi tetap atau kekal kepada BN selama-lamanya. Dengan berlaku perubahan pola-pola lain seperti taraf pengundi, isu mendatang, krisis dalam parti memerintah kini (PN) ia turut mengubah kedudukan kerusi Slim kepada BN itu.
Dari sisi lain, keputusan pilihan raya Slim tidak memberi apa-apa kesan kepada Bersatu dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin sekarang ini. Ternyata undi dipungut calon Bersatu dalam Piraum 15 lalu yang berada dalam Pakatan Harapan (PH) sebanyak 6,114 tidak membawa kesan besar atau mempengaruhi kemenangan besar calon BN, Zaidi.
Sebaliknya sekiranya apa berlaku di Slim itu suatu realiti, ternyata muafakat antara Umno dengan Pas bakal menjadi satu gelombang politik baru khususnya di kawasan-kawasan kerusi yang didominasi oleh orang Melayu.
Kemungkinan meletusnya gelombang ini tidak boleh diremehkan, dan ia menjadi kenyataan kalau Umno dan Pas (MN) dapat menguruskan dengan baik persiapan under ground yang dilakukan oleh Bersatu untuk mengekalkan kerajaan yang dibentuk menerusi pemalingan itu.
Perkara yang boleh diperkirakan juga ekoran kehilangan ramai pengundi di Slim (dimana hanya 68.4% sahaja yang keluar), yang tidak hadir bakal menjadi penentu dan pencorak Dun Slim di masa akan datang. Lebih 30% pengundi yang tidak hadir itu boleh menjadi penentu di masa akan datang.
Dipercayai mereka yang enggan keluar mungkin terdiri daripada penyokong atau ahli PKR yang geli geleman dengan sikap OT95 yang dianggap menganiaya tokoh mereka, Anwar Ibrahim atau pun orang tidak berparti yang sudah muak dengan tingkah dan gelagat politik. [wm. 10:58 am 30/08/2020]
No comments:
Post a Comment