Itulah bangunan Sekolah Bimbangan Jalinan Kasih (SBJK)yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikn Malsyai (KPM) yang mula beroperasi tanggal 19 Ogos 2013. Beberapa hari lagi genap 11 tahun kewujudan SBJK ini.
Baru tahu.
Yusri, Mohd Nizam, Roslan dan Zainuddin. |
Boleh dikatakan kanak-kanak yang berada disini sebahagian besar, kanak-kanak jalan, terbiar, ketiadaan ibubapa, ataupun ibubapa bermasalah dengan dadah, berada dalam penjara dan sebagainya. Setengahnya juga anak yatim piatu yang berdaftar dengan Jabantan Kebajikan Masyaraat(JKM).
Objektif pewujudan sekolah ini oleh KPM sangat baik, perlu disokong kerana untuk memastikan kanak-kanak malang ini mendapat pendidikan dan bimbangan sama seperti kanak-kanak lain dalam sebuah negara merdeka. Ia adalah usaha murni kerajaan yang merupakan tanggungjawab pemerintah kepada sesiapa yang bermukim di negara ini.
Kepedulian kerajaan Madani kepada sekolah ini menyambung kerja kerajaan terdahulu membuktikan bahawa kerajaan Madani bukan saja obses kepada pembangunan manterial, tetapi pembangunan manusia juga penting. Tanggungjawab ini termasuk dalam rukun Madani, kelestarian insani.
Kecaknaan kerajaan ini tebukti apabila sebuah bangunan di sebelah sekolah ini untuk dijadikan asrama para pelajarnya sedang dalam pembinaan. Buat masa ini, murid yang belajar disini tinggal berselerakan di rumah-rumah tumpangan keluarga angkat dan berulang alik ke sekolah. Dengan siap dan dimanfatnya bangunan asrama itu nanti mereka akan dimukimkan disuatu tempat, memberi siatusi lebih kondusif buat mereka.
Sehingga hari ini terdapat 140 orang murid yang mengikut pendidikan dan bimbingan disini, dari peringkat pra sekolah, rendah dan menengah yang rata-rata berusia di antara 5 hingga 19 tahun.Menurut penegetua SKJM Zamzuri Abdullah, kanak-kanak disini mempunyai tahap kecerdasan nilai IQ sama dengan murid di sekolah biasa. Ini terbukti apabila empat orang pelajarnya berjaya memasuki ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA) dan seorang ke kolej vokesional.
Pengetua Zamzuri (Tengah). |
Kunjungan Mentega.
Siang tadi, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Na'im Mokhtar mengadakan kunjungan ringkas ke sekolah ini. Dalam kunjungan itu mengenalkan Dr. Na'im dengan lebih dekat lagi perjalanan dan pemasalahan dihadapi sekolah tersebut. Kunjungan itu untuk beramak mesra dengan anak-anak SBJK dan mahabbah sebagai seorang menteri yang pernah tinggal dan bermain berdekatan sekolah berkenaan. Dr. Na'im anak kampung Baru cukup mengenali kawasan sekolah itu.
Kunjungan Dr. Na'im itu sangat meruja dan membanggakan warga SBJK terutama pengetuanya kerana menerima kedatangan seorang bertaraf menteri. Apa lagi kunjungan itu diiringi sama oleh Pemangaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWIP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Haji Roslan Abu Bakar, Timalan Pengarah Pendidikan Wilayah, Zainuddin Mohamad, Timbalan Penolong Pengarah Kanan SPI Mohamad Nor Salleh dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Insan KL Selangor (Pekerti), Yusri Maimun.
Sebelum ini Menteri Pendidikan Fadhlina Siddiq juga pernah sampai ke sekolah ini. Bagi warga SBJK dari warga guru dan murid-muridnya, kunjungan Dr Na'im tadi membawa satu sinar dan harapan baru buat mereka, dan tentunya ia sangat bererti apabila mereka disantuni sama seperti mereka di sekolah lain. Apa diharap kenkangan mereka hadapi dapat diatasi.
Ada beberapa masalah dan kenkangan dihadapi sekolah berkenaan. Paling utama menurut pengetuanya ialah masalah ketiadaan dokumen seperti sijil nikah ibubapa, sijil kelahiran dan kad pengenaan kepada pelajar. Masalah ini berangkai apabila dokumen utama ibubapa (sijil nikah) tidak ada menyebabkan proses mendapatkan kad pengenaan terbantut.
Masalah ini sangat menghantui mereka dan mengharap ia diatasi segera untuk tidak mengencatkan pembelajaran murid. Menurut Zamzuri untuk kemasukan ke sekolah, tidak ada masalah kerana ada kelonggaran, tetapi apabila mereka meningkat ke peringkat lebih tinggi, misalnya untuk ke IPTA mereka memerlukan dokumen lengkap.
Dr Na'im menyantuni anak SBJK. |
Menurut Zamzuri lagi tanpa dokumen seperti kad pengenalan juga menyebabkan mereka tidak mendapat lain-lain kemudahan insuran atau keistimewaan dari hospital dan jika mahu mendapatkan rawatan mereka dikenakan bayaran maksimum tanpa ada diskaun.
Warga SBJK bergambar kenangan dengan Menteri Agama. |
Itulah dua perkara dikemukakan kepada menteri untuk dibantu dan diatasi. Dr. Na'im sangat memahami dan simati lalu diberikan jaminan untuk membantunya. Selaku menteri yang mempunyai beberapa agensi di bawahnya Dr. Na'im memberi jaminan akan membantu mengatasi masalah awal untuk mendapat dokumen itu dengan cara mencari punca utamnya dan diatasi bersama.
Bagaimana pun katanya pihak atau agensi lain juga terutamanya yang berada di bawah KDN perlu ikut sama membantu, kerana masalah pendafatran di bawah KDN. Menurutnya pihaknya hanya boleh berusaha menyediakan dokumen awal seperti sijil nikah ibubapa, atau bantun kebajikan serta panel nasihat untuk urusan itu.Kesepakatan atau tugasan ini perlu membabitkan KDN dan pihaknya serta pihak KPM yang mengusahakan sekolah tersebut perlu duduk sama bagi mengatasi masalah anak-anak di SBJK.
Penjelasan dan jaminan diberikan Dr. Na'im itu menggembirakan warga SBJK dan ia seakan membawa sinar baru lebih menyakinkan untuk sebahagian daripada 140 anak-anak di SBJK khasnya yang tiada memiliki apa-apa dokumen kenegaraan waktu ini.
Sempena kunjungan itu juga Dr. Na'im mengumumkan sumangan sebanyak RM100,000 dan turut menyampaikan sumbangan berupa beg dan barangan persekolah dan wang saku yang disediakan oleh Pekerti. [wm.kl. 8:58 pm 13/-08/2024]
No comments:
Post a Comment