SEMALAM semasa berbuka puasa dengan penduduk Manik Urai di Kuala Krai, Najib Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.6 juta untuk membina jambatan menghubungkan Manik Urai Baru dengan Manik Urai lama. Sebanyak RM600,000 diperuntukan untuk membesarkan masjid Temalir.
Najib cuba menunjukkan UBN prihatin, mendahului rakyat dengan peruntukan itu. Walaupun kalah dalam pilihan raya kecil Manik Urai katanya, kerana UBN sudah berjanji maka peruntukan diberikan juga. Bersyukurlah rakyat Manik Urai menerima projek berkenaan. Jarang penduduk yang bernasib baik seperti Manik Urai. Alangkah bertuahnya rakyat negara ini kalau pemimpin bersikap seperti mana Najib amalkan itu.
Rupanya ada rahmat dan hikmatnya bila seseorang wakil rakyat di sesuatu kawasan itu meninggal. Projek akan datang bersepah-sepah. Saya yakin kalau bukan kerana kematian dan diadakan pilihan raya kecil, penduduk Manik Urai Baru dan Manik Urai lama masih menggunakan jambatan kecil bagi kemudahan kedua buah kampung itu. Apa yang diumumkan Najib itu itulah nikmat politik demokrasi ala negara ini.
Di samping menemui penduduk dan mengumumkan projek itu Najib juga tiba-tiba mengulangi kesediaannya untuk berunding dengan Pas demi Melayu. Sekali dia menunjukkan keprihatinan untuk bangsa Melayu. Najib tiba-tiba menjadi makin sedar dan insaf kepada nasib bangsa Melayu yang terabai oleh UBN selama ini. Orang ramai juga tahu kenapa Najib tiba-tiba mengambil pendekatan baik kerana Umno tertekan dan semakin hilang keyakinan rakyat.
Tak mengapalah. Itu kebetulan saja. Tetapi apa yang penting kemurahan dan kesedaran Najib itu sepatutnya disambut baik oleh pihak Pas. Apa yang Najib nak bawakan itu adalah untuk kebaikan Melayu juga. Pas khasnya sepatutnya tidak begitu prejudis dengan kenyataan dan nawaitu Najib itu. Sepatutnya Pas juga menguji sejauh mana keikhlasan Najib itu.
Misalnya dalam hal ini Pas jangan lagi mencaci dan mencerca Umno seperti mana yang dikesali oleh Najib itu. Pas boleh uji sejauh mana keikhlasan Najib. Pas hendaknya berhenti attack Umno dan cuba mengambil sikap baru yang kondusif untuk orang Melayu, iaitu sedia beruding dengan Umno demi kepentingan Melayu.
Bukankah pada saat ini Pas sedang berusaha untuk mendapat haknya ke atas royalti minyak apakah tidak boleh bagi Pas mengendurkan sedikit serangan ke atas Umno bagi melihat sejauh mana pengakuan Najib itu. Pas Kelantan harus berfikir kebaikan untuk rakyat negeri itu daripada memikirkan kepentingan ataupun cita-cita politik individu tertentu.
Seharusnya Pas Kelantan mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan-kepentingan lain. Pembangunan yang menjadi satu realiti yang dibuntuhkan oleh rakyat tidak boleh ditolak oleh Pas. Walaupun royalti itu sahih sebagai hak Kelantan tetapi pemimpin politik Kelantan perlu bijak bagaimana untuk mendapatnya. Dan kesempatan yang terbuka kini ialah dengan menerima pelanwaan Najib itu untuk berunding kemudian bagi memperolehi royalti berkenaan.
Dan sekiranya selepas Pas memenuhi permintaan Najib itu, tidak mencerca Umno dan sedia berunding dan hak Kelantan itu tidak juga dipenuhi barulah Pas boleh mengistyharkan perang ke atas Umno. Rasanya tidak salah kalau Pas bersikap tawaduk dalam hal ini. Apa pula sikap demikian tidak sampai merosakkan akiqah. Sikap ego yang melampau dan merasai diri kita yang betul rasanya tidak sesuai diamalkan.
Pas boleh mencubanya dan tidak perlu hanya menanti atau mengharapkan akan terbentuk kerajaan Persekutuan yang baru, barulah Pas Kelantan boleh merasai royalti berkenaan. Dalam konteks ini Pas harus berbagai usahanya untuk kepentingan rakyat.
Apa kata kalau tiba-tiba kerajaan Persekutuan yang diharapkan itu tidak tercapai bermakna Pas akan terlepas peluang yang terbuka. Ingatlah kepada pepatah pendeta Islam kalau tidak dapat semua jangan buangkan semua sekali. Makanya elok kalau pemimpin Kelantan menyahut kenyataan Najib di Manik Urai semalam demi kepentingan rakyat Kelantan dan juga sebagai ujian terakhir buat Najib! [wm.kl. 11:00 pm 08/09/09]
3 comments:
Tuan MSO
Apabila UMNO tersepit, lagu popular untuk mengalih pandangan umum dan menutup kesalahan sendiri adalah mengajak PAS berbincang.
Ajakan DSNTR kali ini adalah apabila UMNO tersepit dengan isu demo kepala lembu di shah alam dan perbuatan samseng dan biadap sebelum dan semasa majlis dialog dengan penduduk seksyen 23 yang lalu.
DSNTR mengajak PAS berbincang sekira PAS dapat menerima Islam yang dibawa oleh UMNO. Persoalannya apakah versi Islam UMNO itu sebagaimana yang ditunjukkan pada demo dan majlis dialog hari itu?
Tidak salah jika ramai yang berpendapat begitu kerana sekiranya itu bukan Islam versi UMNo mengapa tidak ada condemnation dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO mengutuk dan memohon maaf atas tindakan-tindakan tersebut?
Silent membawa maksud menyokong dan membenarkan apa yang berlaku. Dimana Ali Rustam? Mengapa Mufti Perak membisu seribu bahasa?
apatah lagi PRK bangan Pinang akan berlangsung tak lama lagi. DSNTR perlu melakukan sesuatu untuk "molekkan" UMNO. jadi senjata yang paling mudah adalah mengajak PAS berbincang lagi.
PAS diharap arif dengan tektik UMNO kali ini. jangan disambut pelawaan itu kerana isu tersebut tiada kaitan dengan PAS. PAS jangan jadi bodoh menghulurkan tali hayat kepada UMNO.
Apakah jika tiada isu demo kepala lembu itu UMNO akan buat pelawaan berbincang lagi? Jawabnya tidak......
olala
Tuan MSO,
Kadang2 terfikir apakah PAS tidak memikirkan yang UMNO tu sedara Islam mereka. Tak per lah PAS seperti YB Salahudin atau TG Nik Aziz allergic dengan bangsa Melayu tetapi UMNO juga Islam kan? Dalam kubur nanti takkan PAS tak mengaku orang UMNO (Islam) sedara mereka. Mungkin juga UMNO tak seislam macam PAS...
Saya rasa kalau pemimpin2 PAS yang allergic Melayu tak mati dulu sampai bila pun Islam di Malaysia takkan bersatu...
Lagi satu, pada pandangan tuan, mungkin PAS jadi parti yang dominan dalam pakatan kalau mereka berjaya memerintah pada masa akan datang?
a'kum tuan,
sya adalah org atas pagar saja. tidak ahli dalam parti UMNO atau pun PAS. Tetapi ttg pelawaan untuk kerajaan perpaduan, masa BN menang besar dalam PRU11 dahulu adakah isu perpaduan ini ditagih sunguh2 oleh UMNO?
tuan rasa kalau BN menang besar dalam PRU12/2008, adakah UMNO akan melaung2kan ayuh PAS kita bentuk kerajaan perpaduan?
saya rasa tidak.... cuba lihat cara hishamuddin cuba selesaikan isu kuil seksyen 23.. cara seorang menteri yang matang ke atau cara seorang ahli politik yang ada udang sebalik batu?
tuan, sya rakyat bukan penulis spt tuan tidak rasa pun perpaduan melayu tergugat.
tidak rasa pun islam diganggu gugat. yang kecohnya kerana umno takut mereka akan tenggelam di arena politik arus perdana dlm PRU akan datang. Apatah lagi MCA, MIC pun tidak seteguh dulu. silap2 MCA, MIC pun boleh tinggalkan UMNO. Itu yang ditakuti sebenarnya oleh UMNO.
walau ada suara sinis kedudukan PAS jika PR memerintah tapi nawaitu mereka jelas, dasar2 islam. sya mahu nak cucu saya membesar dalam suasana islam. itu kalau boleh terlaksana.
Saya setuju dgn TGNA, kalau nak berpadu, dasr kebangsaan kepada islam, perundangan islam ditegakkan (tidak akan menggugat agama lain).
Kalau mau UMNO boleh buat lama dah tapi tidak mahu. mereka ada peluang, ada kelebihan untuk tegakkan islam tetapi menggunakan kelebihan itu.
adakah dengan tertegak negara islam, perundangan islam, kemerdekaan negara boleh ditarik balik oleh Bitish???
Jika tidak ada syarat merdeka begitu, UMNO dh boleh buat lama dah dasar2 islam dan perundangan islam. tapi yang membuat momokan tentang islam ni pun ialah UMNO sendiri ...
salam 1 malaysia
Post a Comment