Monday, November 29, 2021

80 peratus setuju Keadilan bertanding guna logo sendiri dan tinggal DAP

RUMUSAN
Simbol yang dipertikaikan?

SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti. 

Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum akan datang?"
Survey ini dilakukan untuk mengetahui pandangan dan reaksi umum ekoran ada berbagai-bagai pendapat yang dilontarkan oleh sesetengah dan pengikut parti komponen PH berhubung penggunan logo atau lambang Harapan dalam pilihan raya. 

Ia menjadi pertikaian ekoran kekalahan PH dalam Pirane Melaka minggu lalu. Ada pendapat meletakkan kegagalan PH untuk merampas Melaka itu disebabkan logo digunakan dalam pilihan raya itu tidak menarik dan dikenali rakyat seperti lambang Roket atau Mata. Penggunaan logo Harapan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini juga mengecewakan.  

Dalam pilihan raya lalu PH terdiri daripada gabungan Keadilan, DAP dan Amanah menggunakan lambang Harapan berwarna merah. Lambang atau simbol tertulis perkataan HARAPAN itu merupakan simbol rasmi Pakatan Harapan. DAP hanya menang empat kerusi daripada lapan sebelum ini sementara Keadilan tidak memenang satu kerusi daripada 11 kerusi dipertandingkan, sementara Amanah menang satu daripada sembilan kerusi dipetandingkan.

Daripada respon dan pandangan diberi rata-rata bersetuju kalau Keadilan menggunakan simbolnya, Mata dalam pilihan raya akan datang dan juga tidak bersama DAP. Maksudnya Keadilan bertanding bersendirian dan DAP bersendiri atau mungkin boleh bersama Amanah. Keadilan boleh bergerak sendiri tanpa kerjasama dengan DAP.

Pendapat diberi juga untuk lebih menyenangkan Keadilan mengurus partinya, kempen menarik pengundi Melayu khasnya. Langkah tidak bersama DAP itu menurut sesetengah pengomen memudahkan Keadilan, kerana apabila parti itu bergabung dengan DAP menyebabkan orang Melayu yang skeptikal dengan DAP akan ikut menolak sama Keadilan. Mereka tidak mahu Keadilan terleset najis DAP.

Bagaimana pun ada juga pendapat yang tidak bersetuju dengan memberi alasan, Keadilan belum memiliki kekuatan untuk bersendirian. Parti itu perlu bersama dengan DAP dan juga gabungan parti lain. "Daripada bersendiri lebih baik berpakat," ujar seorang pengomen agak rasional. 

Anthnony Loke
sedang cipta naratif baru.
Mengenai perkara sama, DAP juga memberi gambaran partinya akan bergerak sendiri dalam pilihan raya akan datang. Gambaran ini diberikan oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, apabila melontarkan pandangan meminta PH tidak lagi menjaja Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri sebaliknya menumpukan kepada agenda reformasi. 

Kenyataan terus terang Anthony itu membuka lembaran baru hubungan DAP dengan Keadilan. Ia membayangkan DAP juga mahu perlahan-lahan mengenepikan Anwar.  Tentunya pandangan Anthony itu mewakili suara batin para pemimpin parti chauvenis Cina itu. 

Anthony Loke gambar sikap DAP.

Bertitik tolak daripada apa digambar dan dikehendaki Anthnoy Loke itu maka lebih wajar kalau Keadilan juga bersiap sedia untuk kehilangan DAP dan membuat persiapan mengukuh dan menyakinkan diri sendiri. Membaca makrifat politik disuara Anthony Loke itu, Keadilan perlu berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak terfikir sebelum ini.

Keadilan amnya dan Anwar khasnya jangan terkhilaf membaca kesetiaan dan permainan politik DAP. 

Seperkara perlu disedari bahawa hakikat kerbersama dalam PH dengan DAP, itu bukan mencerminkan hakikat kerjasama batin sebenar sebab baik Keadilan dan DAP mempunyai matlamat dan sikap masing-masing yang boleh diukur kepada idealogi perjuangan dan misi serta wawasan utama pemimpin kedua-dua parti itu. DAP dan Keadilan hanya bersama dalam hendak memiliki kuasa tetapi mereka berbeza dalam batin politik?

Ia mungkin juga boleh ditambah dengan sifat politik itu sendiri yang dinamik, yang mana dinamikanya perlu dikaji, diteliti dan dihadapi sepanjang masa. Bagi Keadilan dan Anwar perlu ditekankan bahawa Piraum ke-15 adalah pilihan raya terakhir buat Anwar.  

DAP, boleh yakin dan bangga dengan pencapaian dalam Piraum ke-15 dahulu yang mendapat 42 kerusi. DAP kini seperti terdesak untuk mengekalkan kerusi itu. Baginya jumlah itu dikira pencapaian terhebat di sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya dan ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa berpiaha dengan kawan dan mengimpikan kawan lama.

Apa yang diperkirakan oleh DAP, mereka mahu kekalkan kerusi itu untuk dijadikan bargaining  power, selepas pilihan raya nanti. Jika mereka dapat mengekalkan jumlah kerusi tersebut ia kejayaan berganda buat mereka. Pakar perangkaan dan strategi DAP sudah mengira, bahawa kelompok Melayu yang mendominasi kerusi parlimen selama ini akan berpecah. 

Secara mudah kelompok Melayu akan terbahagi tiga, dimana tidak ada kelompok yang mendapat lebih 50 atau 80 kerusi. Masing-masing akan berjaya sekitar 30 hingga 60 sahaja. Dengan kedudukan itu DAP yang memiliki 40 kerusi boleh bertaut dan berkolaborasi dengan kelompok mana-mana sahaja bagi membentuk kerajaan bersama. Itu yang terbata-bata dalam minda sesetengah pemimpin DAP kini. 

Dengan kedudukan kelompok atau Melayu hilang hegemoni begitu, mana-mana kelompok Melayu akan mencari rakan untuk menubuh kerajaan. Dalam situasi ini DAP mengambil kesempatan boleh menjual kerusinya itu untuk mengenapkan 112 kerusi bagi mewujudkan kerajaan dengan simple majoriti. Soal idealogi, prinsip dan idealogi perjuangan bukan perkara penting lagu. Yang penting ialah kuasa dan jadi kerajaan.  

Misalnya kalau BN memerlukan kerusi itu, DAP boleh menampungnya begitu juga dengan PN dan PKR. Soal idealogi tidak menjadi perkiraan lagi yang penting dapat jadi kerajaan. Peluang menjadi menteri 22 bulan sedikit sebanyak mengubah persepsi dan cara pemimpin DAP berpolitik. Sedar atau tidak, DAP kini yang dalam era peralihan kepimpinan sedang membina naratif baru politik Malaysia. DAP juga sudah hilang prinsip asas dan asalnya sebab itu Ronnie Liu seakan-akan bertindakan mengherdik DAP menyebabkan beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor. 

Berbalik kepada soal menggunakan logo sendiri dan menguzlahkan diri daripada DAP dalam pilihan raya akan datang Keadilan perlu melihat perkembangan ini secara mendalam dan mengenal kesan dan implikasinya. Jangan pula rumah sedia ada hilang untuk bina rumah baru, tapaknya tidak dipasti. [wm.kl.4:14 pm 29/11/2021]

No comments: