Husam mengadakan sidang akhbar sejurus tiba di airport. |
Kepulangan Husam dari Kuala Lumpur jam 3:30 petang kelmarin diberi sambutan meriah di lapangan terbang Pengkalan Chepa. Beliau dijulang sebagai wira. Ini menandakan benih bakal disemari Husam akan tumbuh merimbun.
Husam telah mengistyharkan penyertaannya ke dalam AMANAH dalam satu majlis makan malam khas yang diadakan di Cuberjaya menjelang detik 12:00 tenah malam 31 Ogos lalu.
Yang menyambut ketibaan Husam di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa tidak mencecah angka puluhan ribu pun, dan acara spontan itu dipersendakan oleh pentaksub bekas parti politiknya. Bagaimana pun sambutan itu memberi pengertian besar kepada bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu buat peribadinya.
Selepas beberapa kali Husam menangis sebelum ini kerana dukacita dan sedih ke atas apa yang berlaku dan dilakukan oleh partinya ke atas dirinya, sambutan petang semalam merupakan penghargaan kepada keputusannya menyertai parti baharu itu. Husam boleh diumpamakan sang hero yang dibuang. Beliau kni dalam membina semula mercutanda politiknya bagaikan sang bocah yang terpaksa membina Istana pasir semula di tepian pantai selepas istana yang dibinanya penuh keindahan dan hampir siap hancur di baham ombak.
Cikgu Wan Rahim menanti kepulangan Husam |
Inilah kereta buruk Husam yang dijadikan kereta rasmi. |
Semua mengalu-alukan langkah Husam. Yang tidak berkesempatan dan berada di luar Kota Bharu memberi lambaian selamat kepada Husam secara bersimbolik dengan "wish" media sosialnya atau media sosial yang memberi liputan kepada setiap peristiwa berkenaan Husam.
Pendeknya pengembalian Husam ke Kelantan tidak sesepi kepulangan beberapa tokoh politik negeri itu yang kehilangan jawatan atau terpecat daripada parti asalnya sebelum ini. Sambutan petang kelmarin memberi signifikan buat Husam dan menunjukkan bahawa beliau ada aura dan penyokong tersendiri.
Kalau Husam tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan keunikan tidak mungkin beliau diberikan sambutan semeriah itu. Bekas Naib Presiden Pas itu boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja bersendirian tetapi tampaknya tidak begitu.
Turut sama berada di lapangan terbang menyambut kepulangan Husam ialah Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdul bersama beberapa pimpinan tertinggi lain, termasuk Rushdan Mustapa, Che Ibrahim Mahmmad dan lain-lain. Kepulanagan Husam dengan "makai" baju Amanah itu bukan sahaja diterima penuh takzim dan gembira oleh Wan Rahim, tetapi anak-anak muda dan rakyat Kelantan yang mengharapkan beliau menjadi seorang pemimpin pembela dan pembaharu di Kelantan. Mereka mengharapkan seorang tokoh mengganti Nik Aziz.
Husam bergambar dengan sebahagian 17 ketua vawangan. |
Sebaik usai sidang akhbar Husam meninggalkan lapangan terbang menuju ke Pasir Puteh dengan diiringi puluhan buah kereta pancu empat roda yang sidang dipasang bendera Amanah. Sesuatu terlihat jelas akan kehambaan hidup Husam yang salah satu menjadi faktor tambah nilai kualiti kepimpinannya, beliau tidak suka dirai dan berprotokol.
Sebahagian yang hadir di Limbongan. |
Di Limbongan berlangsung majlis simbolik, beliau diberi penghormatan merasmikan penubuhan 17 Cawangan Amanah. Perasmian itu merupakan tugas beliau berpertama sebagai ahli Amanah.
Warna Oren makin terang dengan penyertaan Husam. |
Paling mengejutkan antara mereka yang menyertai Amanah dan memimpin cawangan ialah bekas ketua cawangan Umno dan juga bekas aktivis Pas di daerah itu. Salah seorang ialah Hussein Beras. Bagi Amanah Pasir Puteh penyertaan Hussein Beras cukup memberi gah yang besar.
Ternyata sambutan di lapagan terbang Pengkalan Chepa dan perasmian 17 Cawangan Amanah itu mengejutkan Husam. Beliau tidak sangka dengan kedua-dua sambutan yang diberikan majlis itu dan mengucapkan terima kasih.
Dalam ucapan ringkas, Husam memberi respons kepada sambutan terhadapnya itu menandakan rakyat Kelantan juga bersamanya dan mempunyai pandangan sama terhadap Pas dengan apa yang berlaku sekarang ini.
Husam juga yakin sekiranya Amanah digerak dengan baik dan mengadakan persepakatan dengan Parti Peribumi Malaysia Bersatu (BERSATU), (pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang dalam proses penubuhan) dan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan wujud sebuah gerakan dibaharu di Kelantan yang lebih impaktif bakal menerajui Kelantan.
"Amanah insya-Allah akan bersedia bersama Bersatu dan PKR," tegasnya. Dalam pada itu demi menjatuhkan Umno dan merampas Putrajaya, Amanah juga sedia untuk berbincang dengan Pas. "Kita harap Pas juga akan bersama kita untuk merampas Putrajaya," tegasnya lagi. Bagaimana pun kata Husam kesediaan untuk menerima Pas dalam pakatan Harapan Baharu itu mempunyai syarat-syarat tertentu.
Mengulas lanjut mengenai peluang dan masa depan Amanah, saya poskan catatan saya mengenainya dari dalam Facebook pagi ini, di sini:
PERJUANGAN LAKSANA SEBUH BINAAN BAHARU.
Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arus politik hari ini laksana sebuah pembangunan binaan yang baharu. Apa lagi dalam konteks Kelantan yang dikenali negeri lubuk dua parti terulung Umno dan parti agama (Pas).
Amanah adalah parti bongsu yang dilahirkan atas kesedaran dan tuntutan keinsafan oleh mereka yang prihatin dan peka kepada perlunya sebuah parti bagi membela rakyat Kelantan yang kesekian lama terbiar dan dianaktiri. Hakikatnya kewujudan Amanah bukan untuk berlawan dengan Pas tetapi membantu menyelamatkan maruah rakyat yang disangkutkan kepada parti itu tetapi kini kian menghancur!
Kewujudan Amanah tidak dapat dielak apabila parti Pas yang menjadi harapan dan diimpikan oleh rakyat sebagai alternatif kepada Umno telah terpesong jauh dari hala tujau sebenarnya. Kehilangan Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membawa perubahan kepada parti itu dan juga iltizam kerajaanya. Ketiadaan Nik Aziz menjadikan para juragannya hilang akal dan tergamak melakukan sesuatu di luar tabii Pas.
Kelemahan kepimpinan yang ada hari ini juga menjadi salah satu faktor menyebabkan parti itu bukan lagi sebuah parti progresif sebaliknya mengundur ke belakang. Kelemahan itu menyebabkan rakyat kecewa dan sedih. Paling mengilankan lagi Pas seakan sudah selari dan senada seirama dengan Umno, di mana dalam keadaan tertentu menyebabkan tidak ada beza lagi warna Pas dengan warna Umno. Oraang Umno melihat hijau sebagai merah, orang Pas melihat merah putih sebagai hijau kebiru-biruan. Ini semua adalah hasil pendekatan atau formula politik yang dianjurkan oleh mereka yang tidak ada wibawa dan kekuatan diri.
Atas latar belakang dan masalah itulah maka Amanah wujud menjadi pengganti atau harapan baharu rakyat Kelantan yang waras dalam berpolitik. Mereka yang berdekad kecewa dengan tindak tanduk Umno dan pemimpinnya, sudah mulai muak dan jeluak dengan tindak tanduk dan sikap kepimpinan Pas. Usaha dan ikhtiar akhir dilakukan bekas pimpinannya sezaman dengan Nik Aziz, Husam Musa juga gagal dan tidak dihormati. Segala pendekatan dan kecanggihan idea Husam yang disanjung ketika Nik Aziz bernyawa, dilupa dan dibuangkan begitu sahaja. Inilah yang saya kata sokongan sesetengah orang kepada Nik Aziz adalah munafik.
Sebagai parti baharu sudah tentu Amanah bukan mudah untuk berkembang dan didokongi rakyat. Ia laksana binaan baharu tadi, ia bermula dari pembinaan tapak sebagai asasnya atau fundationya.
Apa-apa yang gade dan hebat itu semuanya bermula dari binaan asas yang kecil. Lukisan besar yang megah di kanvas itu pun asalnya bermula dengan satu titik, satu warna sahaja.
Apa-apa yang gade dan hebat itu semuanya bermula dari binaan asas yang kecil. Lukisan besar yang megah di kanvas itu pun asalnya bermula dengan satu titik, satu warna sahaja.
Pun begitu Amanah bernasib baik kerana asas atau orang yang menjadi tonggaknya adalah mereka yang telah teruji dengan mehnaj perjuangan dan mempunyai track rekod cemerlang pula dalam pentadbirannya.
Cikgu Wan Abdul Rahim, Hashim Hji Omar dan lain-lain veteran yang bersama Amanah adalah pejuang ulit dalam Pas yang sangat masak dengan selok belok politik dan arif untuk menggerakkan sokongan akar umbi. Ia berkombinasi pula dengan anak-anak muda yang menjadikan Husam Musa sebagai idola mereka. Nama atau kehebatan Husam tidak perlu disebut lagi, begitu juga akan kebolehannya, kekreatifannya membina pembangunan ekonomi sisiopolitik di Kelantan ketika menjadi assoib - pembantu Nik Abdul Aziz, menerusi jawatan Exco kanan kerajaan bukan sahaja tersebut di Kelantan tetapi terhimbau ke peringkat nasional. Inilah tuah dan keuntungan Amanah.
Namun seperti dikatakan tadi, sebagai binaan baharu yang bukan mudah untuk Amanah terbina dan utuh. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Hari ini pada peringkat pembinaan tapak ia tidak kelihatan oleh mata yang jahil kerana kedudukannya mendatar dengan bumi, tetapi tunggulah sedetik dua lagi. Pembinaan itu bagaikan rumah bertingkat akan siap sedtingkat demi setingkat yang akhirnya puncak menujulang awan.
Dan sesiapa yang berangan-angan untuk melihat Amanah terus setanding dengan Umno dan Pas dalam sekelip mata akan kecewa dan berputus asa. Apa jua bernama pejuangan dan binaan baharu memerlukan daya tahan, kesungguhan dan doa yang panjang.
Demikian juga dengan mereka yang mengejek dan meremeh temehkan kewujudan Amanah ia satu kesilapan besar, terutamanya kepada Pas. Pas jangan melihat Amanah atau gelombang yang terbentuk dari pemecatan Husam itu sebagai riak kecil dalam cawan sahaja. Pas perlu membaca riak kecil itu bakal menembalikkan cawan dan menumpahkan semua air di dalamnya. Kesilapan pemimpin Pas membaca perjalanan arus ini memungkin mereka akan hanyut dan kelemasan di hujung tanjung.
Tegasnya tidak mustahil Amanah akan menjadi parti disenangi oleh rakyat. Apa yang perlu Amanah lakukan mempamerkan kelainan dalam bersiasah, mengutarakan pembelaan kepada rakyat serta memadamkan politik arragont, sombong dan bangga riak mendabik dada kononnya akulah yang perfect. Amanah harus bertindak melestarian kehendak dan perasaan orang muda khasnya rakyat Kelantan seluruhnya.
Berdasarkan kepada sejarah dan fakta bermulanya sesebuah parti politik, termasuk Pas sendiri ia mengambil masa panjang untuk estibelish, nah begitu juga dengan Amanah. Namun dengan pendekatan yang baharu, stail politik kentemporari, anak muda sebagai penggerak dan enjin utamanya, masa untuk Amanah menjulang subur ke atas tidaklah selama tempo diambil oleh Pas. Yakinlah.
Makanya kalau Amanah meletakkan sasaran dan harapan untuk membentuk kerajaan di Kelantan ia bukan ilusi kosong atau mimpi di siang hari, tetapi pasti ada fakta-fakta yang nyata dan jelas. Dan bagi sesetengah pendokong dan taksub kepada parti agama jangan terlalu kuat metertawakan ilusi berkenaan kerana bimbang akan tersendak dan kembung perut sehingga dapat membawa maut pula. Wassalam Mso.
No comments:
Post a Comment