Mereka memerlukan bantuan kita semua. |
Misi ke-2 itu dijangka akan bertolak pada 21 Februari dan berada di sana hingga 28 Februari. Sempena kunjungan dan ziarah itu YDH akan menyampaikan sumbangan berupa permainan kanak-kanak (toys), kepada anak-anak yatim piatu pelarian Syria.
Anak yang diribaan Husam ini kehilangan kaki kanan kerana terkena bom. Begitu juga dengan abangnya. |
Menurut satu kenyataan dikeluarkan YDH, sumbangan berupa alat permainan (toys) kanak-kanak sangat diperlukan memandangkan keadaan mereka yang kini berada dalam kem-kem pelarian kesunyian, bukan sahaja dahaga kasih sayang tetapi kekurangan peralatan itu.
Permainan (toys) diperlukan bagi menghilang rasa bosan mereka di samping mencerdaskan minda mereka selari dengan kanak-kanak lain.
Dengan adanya peralatan permainan itu mereka juga dapat menghilang rasa boring, sunyi dan boleh mengikiskan perasaan rindu dan trauma yang mereka hadapi akibat bencana yang menimpa diri mereka. Buat masa ini terdapat lenih 1 juta kanak-kanak dimana 400 ribu yatimpiatu menjadi pelarian sejak bumi Syria bergolak.
Husam menerima plak penghargaan daripada Omar Musa, Pengerusi Omari Soceity of Orphans. |
Saya menyaksi sendiri semasa sumbangan itu diberikan serta ikut sama menyampaikannya. Mereka menerima penuh kegembiraan laksananya ianya dalam sebuah pesta kanak-kanak. Bukan saja saya yang menitis airmata melihat keseronokan mereka tetapi delegasi lain juga termasuk Husam tidak dapat menahan sebak.
Rentetan misi kedua ini YDH membuka peluang kepada orang ramai untuk ikut sama menyumbang pelbagai bentuk alat permainan untuk dikirimkan kepada mereka (rombongan) untuk disampaikan kepada anak-anak yatim piatu yang menjadi pelarian itu.
Sumbangan itu akan diuruskan bersama Omari Society of Orphans yang diketuai oleh Omar Musa.
Peralatan permainan yang boleh dikirimkan, termasuklah patung, alat bantuan percambahan minda seperti lego, kertas lukisan bersama marker, pencil berwarna dan sebagainya. Apa juga menjadi kesukaan mereka ialah gadget untuk digunakan main games.
Dalam kunjungan YDH baru-baru ini yang diketuai Pengerusi Kehormat YDH, Husam Musa telah menyampaikan pelbagai bantuan kepada lebih 400 orang anak-anak yatim piatu yang menjadi pelarian dibawah kelolaan Omari Soceity for Orphans yang berada di beberapa buah kem pelarian di sempadan Turki - Syria. Sebahagian mereka juga dibawa keluar kem untuk dijamu makan disebuah restoran makanan segera.
Kemuncak misi kemanusiaan tahun lalu ialah penyampaian 200 helai baju sejuk (sweater) bagi persediaan anak-anak yatim menghadapi musim sejuk yang ketika itu sangat memerlukan dan pelbagai peralatan permainan.
YDH juga telah menghulurkan sumbangan untuk pembinaan sekolah pelarian Syria di Turki yang kini masih dalam proses pembinaan dan memerlukan sumbangan ramai. Dianggar lebih RM100 ribu dibelanjakan dalam kunjungan pertama itu.
Dalam masa sama juga satu program dinamakan "Kafalah al-Aitam" - penajaan anak-anak yatim Syria dilancar. Setakat ini 53 orang anak yatimpiatu peringkat awal dilancarkan, dan kesemuanya sudah ada penajaan masing-masing, selaku ibuayah angkat. Husam sendiri bermurah hati menaja sepasang anak yatimpiatu berusia 12 tahun. Saya juga bercadang untuk menajakan atas nama blog Merah Tinta sekiranya ada sokongan para penjengok.
Menerusi projek itu anak-anak yatim disenaraikan itu akan dibiaya segala keperluan termasuk persekolahan mereka sehingga berusia 15 tahun dengan kos USD 50 atau kira RM240 sebulan. Projek berkenaan adalah kerjasama dengan Omari Soceity of Orphans.
Saya berbesar hati kalau para penjengok blog Merah Tinta ikut sama memberi sumbangan dan prihatin kepada nasib anak-anak yatim piatu pelarian Syria ini. Sumbangan anda saya akan menganggap ianya adalah sebahagian "honorarium" untuk membantu kemajuan blog ini. Atas kerjasama saya ucapkan terima kasih banyak. [wk.kl.8:04 pm 08/02/17]
Kanak-kanak lelaki comel ini menderita kanser akibat terkena bahan kimia apabila rumahnya dibom. |
Gembira sambil mengayakan baju sejuk sumbangan Yayasan Darul Hijrah. |
Mereka sangat memerlukan sumbangan dan perlindungan. |
Gadget adalah alat yang disukai oleh mereka. |
Airmata Husam tumpah ketika menyuap makanan ke mulut anak ini. |
"Amu.. amu ..." panggilan anak-anak ini kepada saya, dan mereka meminta kami agar jangan pulang dulu.. |
Kedua ibubapa mereka sudah tiada, kunjungan kami menjadikan mereka ketawa dan ria. |
No comments:
Post a Comment