Kedudukan tiang gergasi sesayut mata memandang. |
Catatan masa ini subjektif kerana bergantung kepada orang yang memanjatnya.
Husam (Datuk Husam Musa) saya tampak dia lebih awal menjejak ke puncak. Dengan hayunan langkahnya yang panjang, bersemangat dan padu, sekelip mata sahaja dia sudah berada di atas, sambil melambai-lambaikan tangan kepada saya dibawah.
Mungkin dia mendahului saya dan penjejak-penjejak yang lain kerana ingin meruntun semangat, saya khasnya. Husam mengira dalam kondisi tubuh saya yang baru "segar" dan tidak segagahnya mengira tidak mungkin saya larat untuk sampai ke atas.
Ketinggian dianggar hampir 100 kaki berjarak 20 kaki. |
Gambar dua tiang gergasi yang tegak berdiri di atas bagaikan sepohon balak tidak berdaun itu, menyeram dan menggerumkan. Dalam waktu sama menggemaskan hati untuk menggapainya.
Bongkah batu berselerakan. |
Melihat bongkah-bongkah batu sebesar anak gajah itu mengingatkan saya kepada bongkah-bongkah batu yang disusun membinakan Piramid di Geza Mesir. Bentuk dan kepejalan batu yang berselerakan di sekitar reruntuhan kota Namrud itu semacam sama. Sais dan bentuk bebatu itu juga menggambarkan kesasaan orang yang membina kota berkenaan. Bayangkan berapa banyak tenaga untuk "dibongkih" bongkah bebatu berkenaan disusun menjadi sebuah kota.
Sambil merakam gambar di berbagai sudut, saya menampak setapak demi setapak mengikut tangga yang disediakan. Keadaan tangga pula berkelok-kelok berbentuk "zip-Z". Saya tidak mahu ketinggalan merakam panorama walaupun dari satu sudut pun. Semuanya ingin diabadikan.
Tangga itu sendiri sudah menunjukkan kehebatan seni bina kota berkenaan. Ia ditakah dan dipahat begitu indah dan kemas. Kepejalan batu yang dipahat itu menjelaskan betapa utuh dan hebatnya kota tersebut. Keindahan seni rekanya menggambarkan kehebatan Namrud yang terkenal sebagai para reka, arkitak di zamannya.
Husam terus menggamit-gamit tangannya ke arah saya agar terus ke atas. Gamitan itu terus mencabar saya. Ketinggian latar puncak menyebabkan kalau Husam melaung tidak akan kedengaran kerana suaranya dibawa angin. Jadi cara terbaik ialah memberi mesej supaya saya ke atas dengan menggamit-gamitkan tangan.
Tangga batu yang dipahat berliku-liku. |
Sampai di suku perjalanan, selekoh ke puncak, sebahagian kota Urfa dengan kepesatan populasi kurang 1 juta nyawa dapat ditakluki mata. Bandar itu umpama lautan yang menghampar panjang dan melebar. Keadaannya tenang dan damai.
Susanan tangga untuk turun macam gua. |
Bangunan moden dan kusam berbaur, bertindih tindan di antara satu sama lain. kepaduan senibina kalsik dan moden itu mengindahkan bandar berkenaan berusia ribuan tahun itu. Apapun sesuatu yang merujakan, dari segenap jerung menara masjid mengawani setiap sudut. Inilah petanda bagai mana masyarakat (umah Islam) Turki (Urfa) mengangungkan ketinggian syiar agama.
Menara masjid tidak melebihi daripada puncak mana-mana bangunan lain. Syiar agama sangat terpelihara ini sesuai dengan Urfa atau Turki menjadi tapak keagungan kerajaan Islam dibawah pemerintah Uthmaniyah kira-kira 200 tahun lampau.
Sepangjang perjalanan, merukas ke puncak hati berdebar-debar. Sebuah rasa kepuasan dan bangga silih berganti menjelma melurut hulu hati. Puas, kerana dapat mendekati tiang "bbidas" penuh bersejarah itu. Berdebar bimbang kaki tergelecah menyebabkan akan terjunam ke gaung. Bayangkan kalau terjatuh jika kepada terhantu bebatu pejal itu boleh pecah berderai.
Pintu menuju tangga untuk turun. |
Sambil menampak, dalam kepala memikir dan merasai apakah jejak yang dipijak bekasan jejak Namud yang angkuh serta para pengikutnya menapak dan memijak bumi setiap kali melalui ke situ. Tapak kaki saya sengaja dihentak sekuat-kuat setiap kali melangkah dengan niat untuk menghentak jejak Namrud dan melepas geram kepadanya.
Tidak dapat dipastikan apakah tangga untuk ke puncak bukit itu dibina itu pada zaman Namrud, atau kemudian? Kekeliruan timbul; kalau kota Namud itu berada di atas, mungkin tangga itu digunakan untuk menaiki ke kota berknaan. Sebalik kalau kota itu sudah runtuh, pasti ia berada di bawah bukit, reruntuhan itu membentuk bukit berkenaan. Boleh jadi juga tangga yang ada itu diguna oleh para pelancong itu, tangga di zaman Namrud yang dibina untuk menuju ke puncak berkenaan?
Pemandangan dari satu sudut tempok kota Namrud. |
Dari satu maklumat mengatakan masih terdapat banyak khazanah peninggalan Namrud yang bernilai di bawah reruntuhan itu. Tetapi anihnya kawalan keselamatan di sekeliling kawasan kota itu tidak begitu ketat sangat. Sekiranya khazanah di bawah reruntuhan itu banyak dan berharga pasti kawalan ketat diadakan.
Kawalan hanya di pintu masuk untuk menuju ke atas bukit itu sahaja, sementara ada dua pondok untuk membeli tikit. Untuk naik ke puncak dikenakan sedikit bayaran.
Mengenai tangga tadi, dari pengamatan dan penilaian saya, saya percaya tangga untuk ke puncak itu adalah tangga asal. Ia digunakan untuk naik ke puncak kota berkenaan. Di atas kota itulah diletakkan panji-panji kekuasaan Namrud atau pun berlangsung upacara bagi menunjukkan kekuasaan Namrud. Dan yang pastinya di atas puncak itu terletak dua tiang gergasi, dan tangga itulah mungkin digunakan untuk membawa Ibrahim ke atas untuk dilangsungkan ucaparan melontar Ibrahium ke dalam lautan api.
Saya cuba mengesan jejak-jejak ketika Ibrahim digiring untuk ke upacara pembakaran di sepanjang tangga berkenaan. Saya cuba membayangkan mencari jejak-jejaknya. Jika tidak dianggap khurafah ingin saya mencium tangga bekasan jejak Ibarhim itu sebagai menghormati beliau.
Sudah separuh perjalanan saya lewati. Tidak ada rasa penat dan tenaga masih kuat. Keinginan untuk meninjau sendiri ke tempat bersejarah dikisah dalam Quran memberi energi luar biasa kepada saya. Sedikit pun tidak ada rasa mengah-mengah. Cuaca dingin dengan suhu sekitar 10 Celcius mungkin memberikan keselesaan buat saya.
Saya terus merakam gambar setiap pemandangan yang terjangkau dek mata. Begilir-gilir menggunakan kamera, tabled IP dan juga handphone, gadget.
Sesampai di suatu ruang setelah 3/4 menuju puncak, setentang dengan sebuah masjid yang terletak di bahagian Timur, saya berhenti. Masjid itu ialah masji Ibrahim (Hilal Ibrahim II) yang baharu. Ia dibina pada tahun 1980. Masjid Ibrahim lama yang berdekatan dengan malulidnya dibina pada tahun 1808.
Masjid itu sebenarnya termasuk dalam taman, Balikligo yang merupakan taman lawatan para wista di Urfa. Di sekelilingnya dipenuhi dengan pokok-pokok kayu yang rengges, (rengges ialah tidak berdaun) kerana musim sejuk. Di musim bunga nanti pemandangan masjid berkenaan menjadi lebih indah dan permai. Pokok-pokok akan mengeluarkan bunga dengan berbagai warna menjadikan ia persis gambaran dalam sebuah Jannah.
Kelihatan masjid Nabi Ibrahim yang baru (1980). |
Zaleha ialah anak Raja Namrud yang beriman dengan Nabi Ibrahim. Disebabkan kedegilan tetap menerima ajaran Ibrahim, menyebabkan Namrud membakar Zaleha hidup-hidup. Boleh jadi juga bagi Zaleha beliau menyimpan rasa cinta mendalam kepada Ibrahim disebalik mahu beriman kepada Tuhan Ibrahim.
Masjid lama di Hilil Ibrahim (1808M) |
Mereka terbang ke atas kemudian menjunam dan membuat bulatan. Sebentar kemudian ia berpecah kemudian bertakut kembali. Iya satu perunjukan akrobatik yang cukup merujakan.
Tasik ini terbentuk dari bekasan bakaran Ibrahim. |
Lama saya memerhati lagak dan gaya terbangan burung itu, sehingga terlupa untuk merakam gambarnya.
Tepat 26 minit kaki saya sampai ke puncak di laman tiang gergasi. Saya berhenti, menyedut udara dan menenangkan fikir. Melurut kedua belah lutut, menepuk-nepuk punggung dan membuat senaman kecil. Husam dan yang lain sudah melilau di atas memerhati tiang gergasi berkenaan. Mata saya tidak berkelip memerhati kedua batang tiang berkenaan, dari bawah hinggalah ke puncaknya, dari puncak hinggalah ke bawah ke tapak asas. Menakjubkan!
"Oh sampai juga enta, hebat.." sapa Husam menyedari kemunculan saya. Dia terus membuat penyelidikan dan tafsirannya mengenai kehebatan kota itu dengan akalfikirnya.
Saya terus dengan keterjuaan. Merakam seluruh kawasan. Merakam bungkah-bungkam batu-batu yang bersar yang berselerak di atas. "Mungkin bungkah batu-batu ini adalah sisa-sisa runtuhan bangunan yang sengaja dikekalkan. Kedudukan asalnya juga mungkin tidak diubah untuk dijadikan saksi," kedengaran Husam memberi penjelasan dan membuat andaian, entah kepada ssiapa. Dia menepuk-enpuk bungkah-bungkah batu berkenaan, merasia ketebalan dan hawa batu itu.
Saat Husam menjemah bungkah-bungkah itu fikiran saya terus melayang. Cuba membayangkan akan betapa tekun dan gigihnya para pengikut Namrud membina kota berkenaan. Membayangkan macam mana dengan peralatan yang "kuno" manual mereka mengangkat bungkah-bungkah itu, menyusun dan melekatkan menjadi sebuah kota. Kejayaan membangunkan kota besar itu menunjukkan kehebatan dan kekuatan semangat yang dibentuk oleh Namrud.
Tepat sebaik saya menyentuh salah satu tiang gergasi itu di sebelah kanan menghadap ke Timur itu, azan kedengaran bersahutan dari kota Urfa. Azan asar. Dari atas puncak itu kedengaran azan sangat jelas. Suara azan itu sahut menyahut laksana penduduk Urfa merayakan sebuah kemenangan besar. Mendengar itu saya terhenti dan menghayati seruan suci itu sehabis nafas. Saya perlu berbuat begitu kerana itulah pertama dan mungkin terakhir kali saya mendengar seruan suci itu di puncak kota Namrud.
Sebahagian dari taman rekreasi menempatkan Aye Zaleha. |
"Tiang itu macam cagak bbidas, diletakkan Ibrahim dalam pelapik, kemudian ditarik ramai-ramai, dan dilepaskan ke dalam lautan api. Tubuh Ibrahim melayang layang, yuppp kemudian borkkk... jatuh dalam api.." kata-kata dan suara gemula Cik tatkala menceritakan kisah itu berdengung dalam diri.
Kota Urfa dari arah Timur. |
Saya berjalan bergerak dari tinag ke tubir kota itu menjenguk ke kawasan pembakaran yang menjadi tasik itu. Saat suara azan menyebut kalimah Hayya alal solah, haiya ala falah, saya membayangkan Ibrahim muncul dari bawah bakaran itu. Azan itu saya dhomankan ianya dilaungkan oleh Ibrahim?
Gambaran wajah arwah Cik juga silih datang berganyutan di mata dan fikiran. Saya menjadi sebabk, dan sekelumit ingatan bersama Cik menjelma memenjara diri. Terbayangkan akan wajahnya, duduk bersela lendik saat membaca sirah menceritakan kisah Ibrahim a.s. dibakar Namrud.
Setelah lebih satu jam berputar di atas puncak reruntuhan kota Namrud itu, saya beredar turun. Untuk turun ini ada cerita lain. Ia mesti melalui jalan yang berbeza. Pintunya terletak di sebelah kiri ke arah Timur. Jalan turun menjadi lebih sukar daripada jalan (tangga) untuk naik ke puncak.
Untuk turun kita harus melalui terowong (tunnel) yang seakan gua. Gua-gua itu ditarah dan dipahat menjadikan anak tanga. Keadaanya berliku-liku dan jika tidak ada lampu yang dipasang, ia menjadi gelap "gelemat". Udara dan oksijenya tidak mencukupi dan laluan ini sangat bahaya kepada mereka yang menghidap asma.
Saya sendiri saat menapak turun, teringat kepada peristiwa yang menimpa saya, jatuh dalam bilik air. Kejadian menyebabkan dahi menerima tujuh jahitan itu menjadi truama buat saya setiap kali menaiki atau menurun tangga tinggi. Lutut tiba-tiba menjadi ketar sukar untuk menapak. Nasib baik ada sdr Hafiz Ismail, yang saya jadikan sebagai pemimpin. Saya meminta dia berada di balang manakala Syafi putera Husam dihadapan untuk mengawasi perjalanan turun saya.
Sekali lagi melihat kepada binaan tangga dalam gua berliku itu mencerminkan akan kehebatan arkited dan seni bina di zaman Namrud. Terowong berbentuk gua itu dipercayai digali untuk membina anak-anak tangga. Sekali lagi saya dapat menyimpulkan bahawa kota Namrud, termasuk istananya, tempat upacara kepercayan dan perayaan berlangsung di atas puncak bukit berkenaan.
Semenara di bukit batu itu juga digali untuk membina ruang-ruang bilik, dan sebagainya. Sesampai di bawah tatkala menjenguk ke atas, saya tidak terfikir dalam keadaan baharu pulih dari sebuah kesakitan, saya mampu berbuat demikian. Demikian kuasa dan kehendak Allah. Misi kemanusiaan Syria ini menjadi trapi buat saya. [wm.kl.11:17 am 02/02/17]
No comments:
Post a Comment