Friday, August 19, 2022

Seandainya Najib ke penjara?

CATATAN SEBELUM JUMAAT 


Najib mengaku dia sendirian.
SAYA tidak mahu tahu serta membuat spekulasi apakah kesudahan dengan rayuan Najib Razak di Mahkamah Persekutuan yang sedang berjalan kini. Yang saya cuba hendak perkata dan persoalkan, apa akan jadi dengan Najib dan para penyokongnya sekiranya mantan PM itu gagal dalam rayuannya dan akan dibawa ke penjara? 

Warga Umno amnya dan penyokong tegar Najib khasnya, perlu membuat pertimbangan dan persediaan awal untuk menghadapi segala kemungkinan itu. Mereka harus bersedia, apakah jalan dan langkah seterusnya untuk diambil. Sebuah perjuangan tidak boleh dimatikan apabila seseorang ketua itu hilang. Patah tumbuh hilang berganti. 

Gambaran awal perbicaraan mendengar rayuan Najib yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan kini melalui jalan sukar. Harapan Najib boleh dianggap sebagai musnah apabila Mahkamah Persektuan terdiri daripada lima penal diketaui Tun Maimun Tun Mat, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohamad Diah, menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi mempertikaiakan integriti hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Selepas penolakan itu, hakim-hakim mahkamah rayuan sebulat suara sekali lagi menolak permohonan peguam Najib, Hisyam Toh Peh Teik untuk meminta penangguhan hingga empat bulan bagi membuat persediaan. Keadaan makin celaru apabila kumpulan peguam Zaib Ibrahim, Sufian TH dan Partenrs, telah meninggalkan Najib bersendirian di mahkamah.

Najib dalam kenyataan mengulas apa yang berlaku itu menganggap diri sebagai bersendirian di mahkamah yang mana menyifatkan nyawa dan kebebasannya terancam. Saat dan ketika ini benar-benar mengenalkan Najib akan perbezaan rendahnya bumi dengan tingginya langit.

Senaro itu dan pengakuan Najib sendiri menggambarkan sukar untuknya melihat rayuannya diterima. Dalam kenyataanya beliau menyebut: "Saya tidak malu untuk mengatakan, saya terdesak, sebagaimana sesiapa pun litigan yang berada dalam keadaan kesusahan seperti saya .

Saya kini berada dalam situasi di mana hak saya untuk mendapatkan peguam dan perbicaraan yang adil cuma ilusi kerana saya membuat keputusan yang saya fikir adalah untuk kepentingan terbaik saya pada masa itu." 

Bertenang. 

Kepada penyokongnya, sama ada apakah anda penyokng tegar Najib atas nawaitu perjuangan, atau hanya simpati ataupun hal-hal lain yang personal, kerana hubungan kekeluargaan tidak kisah? Itu adalah hak anda dan kewajiban anda. Dalam saat bekas PM itu berhadapan dengan suasana kritikal sewajarnya beliau disokong. 

Cuma apa yang perlu diketahui dan dinsafi, sekiranya Najib diheret ke penjara, beliau tidak memiliki kebebasan seperti hari ini lagi. Ruang untuk bercakap, membalas serta membuat troll dalam media sosial sudah tidak ada lagi. 

Sekatan dan Sop  dalam penjara tidak mungkin untuk beliau terus "menghibur" diri seperti sebelum ini. Sop dalam penjara sangat ketat dan sukar untuk berkompromi. Bila sudah meringkuk dalam penjara beliau tidak boleh melawat anak atau cucu di luar negara, hatta di dalam negari pun, kecuali dalam kes-kes tertentu yang boleh dipertimbangkan oleh pihak penjara. Apabila dipejanra saat itulah baru kita menyedari akan mahalnya nilai sebuah kebebasan.  

Kalau pun berlaku, hak asasnya tidak disekat, Najib dibenarkan menonton televisyen dan membaca surat khabar atau buku-buku agama, mengenai perukunan, asal usul kejadian manusia serta hari pembalasan sahaja. Itu buku atau bahan yang cocok untuk mana-mana banduan. Pun sebelum dibekalkan bahan bacaan itu ia terlebih dahulu disemak dan diseleksi.

Biasanya juga mereka akan dibekalkan kitab-kitab agama, ilmu ketuhanan dan kemanusiaan mengikut kepercayaan masing-masing. Almaklumlah berada dalam tahan sangat terasing, sunyi menyekasakan sehingga ia boleh melumpuhkan minda yang seseorang yang sedang melaluinya. Bukan sedikit mereka yang tidak kuat semangat mengahadapi truama sampai jadi gila. 

Kalau pun Najib boleh bernafas setelah di penjara nanti, ialah ketika bersama anggota keluarga sahaja yang dibenarkan membuat lawatan mengikut masa dan jadual tertentu. Atau ketika dengan para peguamnya. Itu pun kalau Najib ada kepentingan dan sangkut paut dengan kes-kes mahkamah yang memerlukan beliau dibawa di mahkamah. 

Jika tidak, maka beliau akan terperap dan terjeruk dalam penjara, hidup sebagai seorang banduan yang perbezaanya 360 darjah dengan kehidupan diluar. Terjeruk dalam sel samalah seperti buah yang tersimpan tanpa disentun dan makan lama-lama ia boleh memburuk, mereput dan tidak bermanfaat lagi. Inilah cabaran besar Najib dan beliau memerlukan kekuatan fizikal dan mental bagi menghadapinya. 

Mengenangkan itu, wajar kalau penyokongnya dan juga partinya memikir sesuatu tindakan atau pendekatan bakal diambil bagi memastikan semangat juang Najib tidak akan hilang. Semangatnya tetap utuh dan kukuh menghadapi segala kemungkinan itu. Beliau  perlu diberikan eneergi dan semangat agar tidak lemah dan semangatnya tetap kuat. Penjara bukan pusara, itu yang saya lihat apa berlaku kepada Anwar Ibrahim. 

Dalam hal ini sebaik-baik contoh dan role model yang perlu diteladani Najib ialah Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan para penyokong tegar Najib tirulah semangat yang ada kepada penyokong Anwar. Sesungguhnya jalan dilalui Anwar sangat baik untuk dijejaki dan ditiru serta dihayati oleh Najib Razak. Hendak tidak hendak, suka atau tidak kalau Najib tertakdir masuk penjara beliau perlu membaca "kitab-kitab tahanan" yang ditulis oleh Anwar. [wm.kl.12:00 pm 19/08/2022]

No comments: