ULASAN
GURAU Zahid Hamidi ketika berucap di perhimpunan agung tahunan MIC Isnin lepas mendapatperhatian dan diberi persepsi berbagai-bagai oleh orang ramai. Petikan ucapan itu juga tular dalam pelbagai laman media sosial dan dijadikan bahan kempen pilihan raya bagi menghentam UBN.
Ucapan beliau itu bernada gurauan atau seloroh sahaja, yang memberi peringatan kepada para pemimpin BN supaya memastikan Piraum ke-15 dimenangi BN jika mereka mahu selamat daripada didakwa di mahkamah.
Zahid membuat jangkaan sekiranya BN tewas, mereka (pemimpin BN) beramai-ramai akan diheret ke mahkamah. Justerus tegasnya bagi menjamin mereka (pemimpin BN) tidak ke mahkamah perlu memastikan BN menang besar.
Antara pemimpin yang disebut nama oleh Zahid, kemungkinan akan dihadap ke mahkamah sekiranya BN kalah, selain daripada dirinya sendiri adalah; Mohamad Hassan (timbalan presiden Umno), Vicky, Savaranan (pemimpin Mic), dan juga Wee Kah Siong (presiden Mca).
Dalam pada itu juga Zahid turut memberi ingatan kepada Hishammuddin Hussein yang turut sama berada dalam majlis agar tidak menganggap peringatan itu main-main, apabila Hishammudin tersenyum dengan guarau Zahid itu.
Mentafsir dan memahami maknawi peringatan Zahid itu menyebabkan timbul persepsi umum bahawa para pemimpin BN khususnya yang disebut nama itu berpotensi untuk didakwa di mahkamah. Ia juga membaa maksud bahawa Zahid tahu yang mereka bersalah. Apabila Zahid memberi ingatan itu dengan menunding jari ke arah pemimpin itu satu persatu, ia membawa pengertian rahsia (kesalahan) mereka berada dalam pengetahuan Zahid.
Zahid mengatakan demikian tentu berasaskan kepada apa berlaku selepas BN kalah dalam pilihan raya ke-14 lalu apabila Pakatan Harapan memerintah dengan Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri, ramai pemimpin BN diheret dan didakwa di mahkamah.
Tidak sampai sebulan kerajaan PH dibentuk, beberapa orang pemimpin Umno disiasat oleh SPRM, rumah mereka digelidah, rampasan wang jutaan ringgit, harta atau aset disita kemudian setengahnya didakwa atas pelbagai kesalahan; rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dan sebagainya.
Antara pemimpin UBN yang disiasat SPRM dan diheret ke mahkamah, Najib Razak, Bung Mokhtar Raden, Ahmad Maslan, Azezz Rahim, Teuku Adnan Mansor, dan Zahid sendiri yang dituduh lebih 80 pertuduhan. dalam pada itu ada beberapa pemimpin atau wakil rakyat Umno tidak sempat diheret kerana membuat lompatan, keluar Umno menyertai parti pemerintah.
Mengenangkan kejadian itulah menyebabkan Zahid memberi peringatan agar para pemimpin BN mengambil kesempatan dengan pilihan raya yang akan berlangsung untuk menebus apa yang berlaku.
Kenyataan berseloroh Zahid itu cepat diambil oleh pihak pembangkang dengan memberi gambaran dan menterjemahkan bahawa pembubaran parlimen dibuat secara tergesa-gesa itu untuk menyelamatkan para pemimpin Umno.
Orang ramai yang tertenya-tanya kenapa pilihan raya perlu diadakan walaupun ramai yang membantahnya mula dapat mengerti dan memahami akan tujuan dan motifnya, iaini untuk selamatkan pemimpin BN.
Penasihat DAP Lim Kiat Siang beliau terkejut dengan ucapan Zahid itu dan mentafsirkan apa disebutnya sebagai mendedah tembelang sebenar yang ada dalam BN. Manakala presiden Pejuang Mahthir Mohamad pula meterjemahkan pilihan raya diadakan adalah untuk menyalamat pemimpin Umno daripada didakwa bukan untuk kepentingan agama, rakyat dan negara.
Sesungguhnya kenyataan atau kata-kata "motivasi politik" Zahid itu mengejutkan dan ia tidak wajar keluar daripada mulut seorang bertaraf presiden parti. Apabila Zahid berseloroh demikian umum dapat menilai sejauh mana kredibiliti beliau sebagai seorang ketua ianya sangat begitu rendah dan dangkal sekali.
Seorang ketua tidak akan membuat ucapan mengundang keadaan negatif sedemikian walaupun berseloroh, kerana ia boleh dieksploitkan untuk menghentam dirinya balik. Serendah itulah tahap dan minda kepimpinan yang ada kepada anak Bagan Datuk ini. Zahid sering merendah dan mendedahkan ketidakmampuannya dalam senda guraunya termasuk dalam ucapannya. [wm.kl.10.10 am 13/10/2022]
No comments:
Post a Comment