ULASAN KABINET
BARU 10 hari Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, telah mula nampak hasilnya. Dalam mesyuarat khas kabinet hari ini, beberapa tindakan dan arahan segera sudah dilakukan oleh beliau berhubung perkara yang menjadi perhatian yang sangat ditunggu-tunggu dan dituntut oleh rakyat.
Hari ini semua menteri sudah mulai masuk ke pejabat masing-masing di Putrajaya dan menghadiri mesyuarat khas kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Semua menteri termasuk dua timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof hadir, kecuali Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak hadir.
Kegagalan bekas menteri Kewangan di zaman Ismail Sabri dan Mahiaddin Yassin menjadi PM itu menimbulkan tanda tanya, tetapi mungkin beliau ada urusan lain lebih besar daripada kepentingan negara pada saat ini.
Antara perkara yang mendapat perhatian langsung oleh Anwar ialah mengarahkan supaya monopoli import beras oleh Bernas yang menjadi persoalan kesekian lama yang sudah menjadi barah buah negara. Dalam arahan itu beliau berjumpa dengan pemilik Bernas yang menjadi pengimport tunggal beras menerusi Syed Mukhtar al Bukhary.
Perdana Menteri mengarahkan agar syarikat itu membuat pembayaran kepada pesawah sebanyak RM10 juta untuk bulan ini dan RM50 juta pada tahun hadapan.
Isu pemonopolian beras oleh Bernas ini sudah lama dipersoalkan, tetapi tidak ada sebarang solusi mengenainya. Semasa kerajaan PH terdahulu menteri bersangkutan lebih banyak bercakap daripada berbuat, gagal mengatasinya malahan. Menteri berkenaan tidak pernah melakukan apa-apa tindakan untuk menyelesaikannya.
Anwar sudah lama memerhati isu ini dimana pengimport mendapat keuntungan besar sedang pesawah masih melarat.
Perkara kedua, membatalkan cabutan khas perjudian yang telah dilaksanakan di era kerajaan Islam dokongan Bersatu dan Pas dahulu dari kekerapan sebanyak 22 kali menjadi hanya lapan kali sahaja bermula 1 Januari depan. Tindakan ini dilihat komitmen Anwar untuk membenteraskan atau mengurangkan perjudian di negara ini.
Sebelum ini semasa kerajaan PH (2018-2020) kekerapan sudah dikurang daripada 22 kali kepada lapan kali, tetapi ia dipulihkan semula kepada kekerapa asal sebanyak 22 kali. Tindakan ini dilihat sebagai kontradik sehingga menjadi bahan ceramah utama Anwar semasa kempen pilihan raya lalu bagi menempelak PN yang memimpin kerajaan ketika itu.
Perkara ketiga ialah para menteri bersetuju untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus. Keputusan ini diambil sebagai menunaikan janjinya sewatu berceramah di Tambun yang menyebut beliau akan mengurangkan gaji perdana menteri dan menteri serta memperkecilkan saiz kabninet.
Pembentukan kabinet Kerajaan Harapan tiga hari lepas memperlihatkan kabinet kerajaan Perpaduan bersaiz kecil sebanyak 28 kementerian dengan 25 orang anggota termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Keputusan yang diumumkan selepas pasca mesyuarat itu khas kabinet hari ini juga menggembirakan rakyat apabila Anwar memberi tahu harga baru telor akan diumumkan oleh Mohamad Sabu. Harga telor dan ketiadaan telor menjadi isu panas sepanjang kempen pilihan raya lalu.
Menurutnya perkara itu dipersetujui selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. [wm.kl. 7:32 pm 05/12/22]
No comments:
Post a Comment