Wednesday, November 16, 2022

G70 sokong dan pilih Anwar sebagai perdana menteri

 ULASAN

Anwar disokong sebagai PM Ke-10
ANWAR Ibrahim terus mendapat dokongan dan sokongan untuk memimpin negara ini dengan memegang jawatan tertinggi negara selaku perdana menteri ke-10. Sokongan dan dokongan itu berdasarkan kepada akhlak, ketokohan serta kemampuannya sebagai pemimpin dan pasukannya yang diyakini.

Dokongan kali ini bukan sahaja diterima dari kalangan masyarakat marhaen dan komuniti politik yang mendokong gerakan Reformasi diperjuangnya 20 tahun lampau, sebaliknya dokongan dan sokongan juga diterima daripada profesor Melayu yang bernaung dibawah apa dinamakan G70.

G70 terdiri daripada para professional intelektual dari berbagai bidang dan displin ilmu. Antara yang bernaung di bawah G70, adalah:   

Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Othman | Profesor Emeritus Sasterawan Negara Dr. Muhammad Haji Salleh | Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam | Profesor Emeritus Dato’ Wira Dr. Jamil Osman | Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain 

| Profesor Emeritus Dr. Ismawi Zen | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Md. Tahir Md. Azhar | Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ir. Hassan Basri | Profesor Emeritus Dr. Md. Nordin Lajis | Profesor Emeritus Dr. Abdul Aziz Jemain | Profesor Ustaz Dato’ Dr. Mohd. Nor Manuty | Profesor Ustaz Dr. Razali Nawawi | 

Profesor Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff | Profesor Dato’ Dr. Ir. Wan Ramli Wan Daud | Profesor Dato’ Dr. Mohd. Redzuan Othman | Profesor Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid | Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar | Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom | Profesor Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj | Profesor Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim | Profesor Datuk Dr. Nik Mohd Zain Nik Yusof | 

Profesor Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Nordin | Profesor Datuk Dr. Md. Radzai Said | Profesor Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi | Profesor Datuk Dr. Anwar Ismail | Profesor Dato’ Dr. Sheikh Ghazali Abod | Profesor Dr. Saadiah Mohamad | Profesor Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman | Profesor Dr. Mohd. Nor Nawawi 

| Profesor Dr. Mohamed Aslam Haneef | Profesor Dr. Zarinah Abdul Hamid | Profesor Dr. Rosnani Hashim | Profesor Dr. Ida Madieha Abd Ghani Azmi | Profesor Dr. Nora Abdul Hak | Profesor Dr. Najibah Md Zin | Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal | Profesor Dr. Noor Hassim Ismail | Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil | Profesor Dr. Hatta Sidi | Profesor Dr. Mohd. Shukri Othman | Profesor Dr. Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan | Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rashdi | Profesor Dr. Abdul Latif Samian 

| Profesor Dr Rogayah Mohamed | Profesor Dr. Ishak Yusoff | Profesor Dr. Norhayah Zulkifli | Profesor Dr. Arsiah Bahron | Profesor Dr. Md. Sidin Ahmad Ishak | Profesor Dr. Noriah Mohamed | Profesor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf | Profesor Dr. Ahmad Rahman Songip | Profesor Dr. Ir. Shuib Sahudin | Profesor Dr. Norsheila Fisal | Profesor Dr. Mohd. Roji Sarmidi | Profesor Dr. Amiruddin Ismail | Profesor Datin Dr Roslina Othman | Profesor Dr. Azami Zaharim | Profesor Dr. Abu Bakar Mohamad 

| Profesor Dr. Salmijah Surif | Profesor Dr. Mohd Maarof Moksin | Profesor Dr. Mohammed Selamat Madom | Profesor Dr. Sulaiman Sajilan | Profesor Dr. Mohd Shahwahid Othman | Profesor Dr. Abdullah Embong | Profesor Dr. Wan Fuad Wan Hassan | Profesor Dr. Elias Saion | Profesor Dr Noor Akma Mohd Salleh | Profesor Dr. Ir. Wan Mahmood Wan Ab Majid | Profesor Dr. Tuan Daud @ Wan Ramlee Wan A. Kad

Sehubungan itu satu deklarasi G70 mengajak rakyat mempergunakan Piraum ke-15 sebaik mungkin dan menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10 dikeluarkan hari ini. 

Ada enam perkara dizahirkan kenapa masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan perlu menyokong dan menyokong deklarasi berkenaan.

1. Rakyat Malaysia mesti menggunakan hak dan tanggungjawab memilih pada PRU-15 akan datang dengan mengundi pakatan politik yang mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat, serta mengundi calon-calon yang memiliki prinsip integriti, amanah serta bebas dari amalan rasuah. 

2. Rakyat Malaysia mesti memilih calon-calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam bagi membina sebuah kerajaan yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik serta bertekad memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa terhadap kepentingan rakyat dan negara. 

3. Rakyat Malaysia diseru agar mendukung calon-calon daripada pakatan politik yang bertekad mengembalikan maruah negara, membina semula keyakinan pelabur, mengukuhkan kedudukan mata wang, membaik pulih ekonomi dan seterusnya membina semula penghormatan dunia terhadap negara. 

4. Rakyat Malaysia diseru agar menolak calon-calon daripada pakatan politik yang didapati telah mengkhianati amanah demokrasi dan menyalahgunakan kedudukan politik sebagai medan memenuhi kepentingan diri dan kumpulan. 

5. Rakyat Malaysia diseru agar menolak calon-calon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum, dengan melaga-lagakan rakyat berbilang bangsa dan budaya, demi meraih keuntungan politik kepartian masing-masing. 

6. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap calon-calon Perdana Menteri, kami berpendirian bahawa ANWAR IBRAHIM adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk dengan berteraskan Islam sebagai agama persekutuan, serta memulihkan reputasi negara di mata dunia, bersama pasukannya dalam PAKATAN HARAPAN pada PRU-15.

G70 berpendapat dan mempercayai Anwar merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan, dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan peribumi.

Dengan deklarasi itu bermakna G70 menolak calon-calon PM lain seperti Ismail Sabri Yaakob, Mahiaddin Yassin ataupun Dr Mahathir Mohamad atau Abdul Hadi Awang.

Menurut G70 deklarasi itu diperbuat atas kesedaran beberapa perkara antaranya, menyedari: 

1. Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) merupakan satu kaedah perlembagaan dalam sistem demokrasi negara yang mesti dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia, demi memastikan negara memiliki sebuah kerajaan yang teguh, beramanah dan bertanggungjawab terhadap masa depan rakyat; 

2. PRU-15 merupakan peluang terbaik rakyat Malaysia mengangkat ketua kerajaan yang berwibawa dan dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa; 

3. PRU-15 adalah ruang bagi rakyat Malaysia menyertai secara aktif dalam memilih sebuah kerajaan yang mampu membina sebuah sistem urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang cekap, telus dan bebas rasuah; 

4. Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai isu rumit dan kepincangan masyarakat luar biasa yang belum pernah dihadapinya sebelum ini, yang boleh memporak-perandakan negara. [wm.kl. 6:22 pm 16/11/2022].



No comments: