PENDAPAT
Apakah mereka mengambil sikap menjadi syaitan bisu dan buta kerana perbuatan itu melaba buat mereka. Atau pun telah membuat konsesus bahawa politik Machiavelli boleh dipraktiskan dalam parti itu secara berleluasa?
Adalah sesuatu yang malang sekali kalau para ulama dan mereka yang fakih agama turut tergadai atau mengikut arus "hedonisme" atau "hipokritsme" dalam politik pAS. Ini berbeza dengan cerdik pandai atau pimpinan terdahulu.
Saya ingin menyebut dan menceritakan sedikit pengalaman saya, semasa saya dekat dan berkawan beberapa pemimpin pAS yang menjadi idola saya suatu waktu dahulu macam mana mereka berfungsi dan bertindak sebagai pemimpin dan murrabi siasah.
Mereka sama sekali tidak membenarkan pengikut atau ahli bawahan membuat sesuatu bertentangan dengan nilai perjuangan. Mereka akan menegurnya tanpa mengira siapa. Mereka sangat menjaga integriti pAS sebagai parti agama.
Saya sebut tiga orang sahaja pemimpin terdahulu sebagai contoh yang memainkan peranan dan tanggungjawab mereka selaku pemimpin.
Pertama ialah Allahyarham Mohd Asri Muda. Beliau pernah menegur seorang pemimpinan muda pAS apabila pemimpin itu mengutuk seorang pemimpin parti lawan secara berlebihan dalam ceramahnya.
Padahal kata-kata pemimpin itu semasa ceramah tidaklah seteruk mana pun, tetapi Asri menegurnya.
"Kita berceramah ni jangan mengutuk lawan lebih-lebih, kita kena banyak ceritakan apa yang parti kita hendak bawa dan perbezaan dengan parti kita. Kita menjual idealisme bukan fitnah" demikian kata Asri.
Seorang lagi, Tokguruku Nik Aziz. Beliau juga pernah menegur seorang pemimpin pAS bukan kerana membuat fitnah tetapi hanya kerana merokok kerana menurutnya merokok itu makruh.
Bayangkan kalau ia membuat fitnah dan mencerca lagilah akan ditegur pemimpin berkenaan.
Seorang lagi Allahyarham Ustaz Yahya Othman. Satu masa beliau menjadi pengarah pilihan raya kecil di Kelantan. Dalam pilihan raya itu pihak musuh telah cuba memperdayakan rakyat dengan menjanjikan untuk bahagi tanah pinggir. Mereka telah mengedarkan borang untuk diisi oleh pengundi.
Menyedari perbuatan pihak lawan itu, saya cadangkan kepada beliau agar pAS juga ikut buat hal sama, edar borang untuk bagi tanah pinggir. Apa kata Ustaz Yahya; "tidak boleh cara itu kita meniupu rakyat, itu berdosa". Bagi almarhum menipu untuk mencapai kemenangan tidak boleh.
Nah, begitu teliti dan mengambil beratnya para pemimpin pAS terdahulu dalam mendidik dan menjaga akhlak anak buahnya. Hal itu tidak berlaku dari kalangan pemimpin pAS para ulama dan ustaznya kini.
Mereka usahkan hendak mencegah sebaliknya seperti merestui pula ahli termasuk wakil rakyat mereka sendiri menabur fitnah, dengan memfitnah pihak lawan. Bah muslimat juga sudah berani "membuka baju dalam kedai" maksudnya tabur fitnah.
Ternyata pendekatan, sahsiah pAS kini jauh berbeza dengan pAS zaman dahulu yang lebih mirip dan menepati ciri-ciri sebuah jemaah Islam yang didamba dan dihormati ramai. Trims. [wm.kl. 1:44 08/11/2023]
No comments:
Post a Comment