Sunday, September 15, 2024

Tolak MoU PN sengaja mahu seksakan rakyat

ULASAN

PERIKATAN Nasional (PN) secara rasmi menolak MoU dengan kerajaan Perpaduan daripada menerima peruntukan bagi kawasan parlimen diwakilinya. Perkara itu dinyatakan oleh ketua pembangkang Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini. 

Penolakan itu menunjukkan kedegilan dan keenggan pihak pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi kepentingan rakyat umum. PN jelas mementingkan politik peribadi dan mengekalkan fahaman jumudnya daripada menzahirkan politik professional dalam negara ini dan terus mengingkari titah Yang diPertuan Agong sebelum ini.

Hamzah memberi tahu pembangkang menjadikan alasan ada empat syarat yang ditetapkan dalam MoU itu tidak dapat diterima oleh pihaknya termasuk, ianya tidak menjamin keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin oleh Perlembagaan.

Selain itu katanya, MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

Tambahnya lagi deraf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte.

Selain itu dalih pembangkang, MoU itu juga turut mengandungi perkara-perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara ahli Parlimen, sedangkan setiap ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Manakala presiden Pas Abdul Hadi Awang (Tok Dor) dalam kenyataannya menyokong penolakan itu menganggap perjanjian (MoU) berkenaan tidak mengikut sifat tabii amalam demokrasi yang menempati ajaran Islam.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Persekutuahn telah membatalkan perjanjian royaliti minyak untuk Kelantan dan Terengganu.

Penolakan tawaran itu menunjukkan pembangkang enggan bekerjasama dengan kerajaan dan masih terus mahu berpolitik tanpa ada senggang, rehat. Penolakan itu juga menunjukkan keegoisan pembangkang yang masih mengigau untuk mengambil alih kerajaan secara rampasan alias tebuk atap.

Dengan tindakan itu pembangkang mengira ia memberi keuntungan kepadanya kerana ia boleh dijadikan modal, untuk menjual cerita kepada rakyat bahawa kerajaan Madani kini zalim tidak adil dan sebagainya. 

Kerana ghairah untuk berpolitik mereka tidak sedar penolakan itu suatu tindakan tidak bijak dipihaknya kerana ia mengabaikan pembangunan dan bantuan infastruktur untuk rakyat. Penolakan itu tidak ubah pembangkang sengaja mahu mengsangsarakan rakyat di kawasannya dengan itu rakyat marahkan kerajaan dan kekal menyokongnya. 

Peruntukan dijanjikan itu merupakan peruntukan khas kepada wakil rakyat bagi kemajuan di sesuatu kawasan parlimen diwakilinya seperti mana dinikmati ahli parlimen kerajaan. Apabila perjanjian dan tawaran itu ditolak, maka tiadalah peruntukan tersebut disalurkan melalui ahli parlimen pembangkang.

Bagaimana pun rakyat dalam kawasan diwakili pembangkang tetap menerima peruntukan tersebut yang akan disalurkan menerusi kaedah lain, apabila pembangkang tidak bersedia untuk bekerjasama jadi pemudah cara untuk membantu rakyat.

Ada baiknya juga dengan penolakan itu, kerana ia memberi peluang terbaik untuk kerajaan membentuk badan atau agen memudahkan penyaluran wang dan pembangunan ke kawasan pembanagkang. Satu mekanisme perlu diwujudkan agar rakyat dalam kawasan diwakili pembangkang tidak ternafi menikmati pembangunan dan kemudahan sama seperti di kawasan diwakili kerajaan.

Untuk memastikan peruntukan itu dapat disalurkan dengan teratur, kerajaan perlu mewujudkan penyelia parlimen ataupun pengarah parlimen di kawasan-kawasan berkenaan. Terdapat 74 kawasan parlimen yang diwaikili PN.

Pelantikan penyelia atau pengarah parlimen ini perlu disegerakan demi kemudahan rakyat. Pihak kerajaan juga tidak perlu menimbang atau berlembut dengan pembangkang lagi untuk menerima MoU berkenaan. Sikap tolak ansur dan lemah lembut kerajaan selama ini dengan pembangkang sudah mencukupi. Apa yang perlu difokus kini ialah kepentingan rakyat.

Penolakan MoU itu tidak merugikan apa-apa pun di pihak kerajaan, sebaliknya ia menjadi bukti kepada rakyat akan sikap timbang rasa kerajaan dan azam mahu mewujudkan susana politik kondusif, tetapi tidak diterima pembangkang.

Kalau pembangkang mengambil sikap degil, egois maka wajar kerajaan juga melayan sikap itu dengan rasa ego dan sombong, kerajaan kena menari mengikut gendang, apa lagi kerajaan mempunyai kuasa penuh dan mendapat sokongan lebih 2/3 di parlimen untuk terus memimpin negara ini.

Kesimpulannya penolakan MoU dan tawaran kerajaan itu menjelaskan pembangkang secara tidak langsung mahu menyeksakan atau menganak-tirikan rakyatdiwakilinya agar ia dilihat umum kerajaan hari ini zalim dan tidak adil adil. Kerja pembangkang ini menimbulkan persepsi buruk dan membuat naratif jijik.. [wm.kl. 6:01 pm 15/09/2024]

2 comments:

Anonymous said...

Mou pun luar tabii. Ikut pengubal. Yg suka luar tabii. Biarlah walaun percaya dengan pimpinannya. Ke arah betul. Banding walanun yg mudah ditipu dengan pidato berapi. Bahalol jer yg percaya dengan janji si aljub. Aljub maksiat dengan Tuhan. Dengan walanun tiada hal. Sebab walanun pun suka yg maksiat.

Anonymous said...

lebih bahalol dan jahil murakab org yg percaya buta2 konon pas nak tegakkan islam..apa pas dah buat..apa bukti pas perkukuhkan islam..anda lahir tahun nila yg tak tau kes liwat tu hya agenda politik..kes memali apa cerita..dua pemimpin skrg berganding bahu setelah berbelas org mati angkara dua mahluk tu..dengan walaun no hal.sb mereka bodoh dan suka ditipu