Zafrul jangan jadi masalah kepada kerajaan Perpaduan. |
Isu seperti ini walaupun pernah berlaku sebelum ini, tetapi dalam kes Zafrul ini ia sedikit berlainan dan spesifik. Justeru ia kena ditangani dengan cermat, dan berhati hati seperti bidalan yang baru saya cipta ini, “kalau hendak menanak gadung, jangan gadung tidak masak, kayu api habis, periok pula rosak.”
Maksudnya jika hendak melakukan sesuatu perbuatan, menuruti perintah untuk melakukan bagi merealisasikan perintah atau agenda, biar ia berjalan lancar, tidak menjejaskan keharmonian yang ada, apa lagi sampai mendatangkan masalah baru.
Tentang Zafrul ini presiden Keadilan Anwar Ibrahim sudah pun membuka mulut mengesahkan hal ini, ada perundingan peringkat awal, katanya. Ertinya isu perpindahan Zafrul dari Umno ke Keadilan ini wujud dan ada asasnya. Bagaimana pun sebelum itu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengatakan dia tidak tahu, dan Zafrul tidak memberi tahunya. Mungkin Zahid simpan untuk tidak mendahului Anwar.
Apakah perundingan berlaku antara Zafrul dengan Anwar sahaja? Dan kenapa kalau itu berlaku. Mustahil kalau Umno tidak menghidunya. Sebagai orang yang dilihat baik dan bertaraf profesional tidak manis dan sepatutnya menyembunyikan sesuatu daripada ketua. Kalau itu berlaku, ia tidak munasabah dan tidak jujur kalaupun tidak boleh dituduh khianat.
Dan seperti ada sesuatu yang hendak diralat oleh Zafrul bila dia sendiri mengatakan dia tidak tahu keahlian dalam parti.
Di sini kenapa saya bilang isu ini kena lihat dengan mata hati bukan mata politik. Sebab seperti ada sesuatu yang misteri disebalik perkara ini. Seperti peralihan itu bukan atas kehendak peribadi Zafrul, tetapi seperti ada kuasa dan desakan dari pihak lain, manakala Anwar pula tidak dapat berbuat apa apa melainkan kena uruskan kehendak itu.
Walaupun peralihan itu sesuatu norma dalam politik dan bersifat subjektif, tetapi ia tidak baik dalam hubungan politik Keadilan dengan Umno. Jika ia tidak dilakukan secara telus, dibimbangi ia boleh dianggap perbuatan menikam kawan oleh Umno. Semisalnya kalau peralihan Zafrul itu kerana desakan dan arahan, atau kemahuan pihak lain, sepatatnya pihak yang ingin melaksanakan hasrat itu memanggil kedua-dua pihak menjelaskan mauduk dan duduk perkaranya. Presiden kedua-dua buah parti itu perlu dipanggil atau dirundingkan.
Kerana rundingan itu tidak teluslah menyebabkan timbul pertanyaan dan kemarahan dari kalangan ahli Umno. Sudah ada ahli Umno mencadangkan agar kerjasama politik antara Umno dengan PH dikaji semula. Idea ini merbahaya dan akan menjadi umpan lazat kepada pembangkang untuk mengail rakyat. Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan nada tidak senang dengan kejadian mencuri ahli partinya yang dikebimbangi boleh berlaku perbalahan.
Munasabah bagi Umno kalau mereka marah dan terkilan dengan agenda itu. Ibarat kita memelihara dan membela lembu liar, bersusah payah buat kandang dan cari rumput makanan, selepas ia besar gemuk dan sado tiba-tiba diambil orang begitu saja tanpa sebarangan bayaran dan rundingan.

Chemistery yang mereka miliki akan mampu selesaikan masalah. |
Rahsia dan maknawi ini yang mereka perlu dikorek dan mengetahuinya untuk mendamaikan jiwa. Jika kedudukan dan maknawi ini difahami, kita yakin isu ini tidak berpanjangan dan bersambung dengan masalah-masalah merewelkan keadaan.
Pertamanya, apa yang perlu difahami kenapa Zafrul perlu pindah parti. Apakah Keadilan sahaja menjamin kedudukannya, dan tidak Umno? Jika dilihat atau ditafsirkan yang mahukan Zafrul atas sebab-sebab keistimewaanya, tidakkah boleh dibincang dengan baik dengan Umno memandangkan Zafrul masih menjadi ahli parti itu, dan pernah bertanding atas tikit BN. Saya yakin jika dibuat secara tertib, Anwar sedia melaksanannya tanpa menimbulkan masalah kepada hubungan baik Keadilan dan Umno.
Dan begitu juga dengan Anwar, kita tidak fikir dia begitu memerlukan Zafrul begitu sekali seolah olah tiada tokoh lain untuk menggantinya sebagai menteri MITI. Siapakah Zafrul kepada perjuangan reformasi selama ini. Jika Zafrul dianggap excellent dalam bidang kewangan dan ekonomi masih ramai orang lain yang setanding dengannya dalam Keadilan atau Umno yang kini hanya meriba tangan dan menanam anggur sudah bertahun.
Lantaran itu dalam hal ini saya melihat Anwar terjempit dengan keadaan yang agak menyukarnya untuk tidak melaksanakan agenda itu.
Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada, dan air tidak akan mudik ke hulu jika bumi tidak senget. Begitu juga dalam kes Zafrul ini Anwar tidak jadi seserius itu melayaninya kalau tiada apa-apa.
Namun kita yakin dan percaya kepada kebijaksanaan dan kearifan memahami masalah oleh kedua pemimpin Keadilan dan Umno terutamanya Anwar dan Zahid untuk menghuraikan permasalahan ini. Sejauh mana kemampuan mereka menghadapi isu ini bakal menjadi penentu keeratan hubungan ahli bawahan kedua dua buah parti tersebut hingga pilihan raya umum akan datang dan seterusnya menjamin kesejahtraan kerajaan Perpaduan ini. [wm.kl. 11:28 am 16/12/202].