CATATAN PERJALANAN
 |
Penanda tangani plat solusi konvensyen, 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. |
WALAUPUN kondisi diri tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu, tetapi semangat untuk melihat sendiri
event politik masih membakar dalam diri ini.
Kerana itu saya mengagahkan juga diri untuk hadir ke
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 anjuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional negeri Kedah di Sungai Petani kelmarin 15 Februari.
Mulanya cadang untuk ke Sungai Petani menaiki kereta, tetapi disebabkan tak larat untuk memandu, ubah menaiki kapal terbang. Kebetulan sdr Zulaimi akan bawa balik kereta dari Alor Setar, jadi sepakat pergi menaiki
flight, balik dengan kereta.
Alang alang di Kedah dua malam juga tidur disana. Entah macam mana saya begitu mesra dengan politik Kedah sejak dari dahulu lagi. Pada saya politik Kedah ada keunikan dan persamaan dengan politik Kelantan, sama tetapi tidak serupa dengan Kelantan, situasi ini menjadi tarikan kepada saya.
Sebaik sampai rumah jam 6.15 petang semalam, selepas rehat satu jam, saya cuba buat catatan perjalanan ke konvenysen berkenaan seperti lazimnya, kerana perangai saya, selagi sesuatu peristiwa, apa lagi penting dan menarik tidak dicatat (diluahkan) selama itu ia menggaru-garu tempurung kepala dan rasa tidak selesa menggodam diri.
Konvensyen itu event penting bagi saya untuk memerhatikan dan buat kayu ukur senario terkini politik di Kedah khususnya di pihak pembangkang. Tetapi saya tewas kepada ketuaan, tidak mampu meneruskan semalam, dan selepas Subuh baru mula menyambuung catatan pagi ini dan kini sudah siap.
Pengamatan.
 |
Sebahagian peserta Konvensyen. |
Konvensyen semalam dalam pengamatan saya, berjaya menjadi satu kebangkitan baru bagi pembangkang di Kedah. Konvensyen itu menjadi pencetus ataupun pemotongan
ribbon untuk PH/BN Kedah memulakan pecutan menuju garis penamat pilihan raya akan satang.
Melihat suasana dan mood konvensyen itu saya yakin ia mampu mengejutkan pihak di sebelah sana. Walaupun ada ejekan dan persendaan nanti, tetapi secara senyap pihak sebelah sana terkesan dengan aura konvenysen itu.
Secara umum sekurang-kurang ada dua faktor kenapa saya kata konvensyen itu berjaya dan beraura.
Pertama, sambutannya hebat dan luar biasa apabila semua parti komponen BN dan PH walaupun ia diadakan dalam tempoh relatif singkat. Katanya waktu diambil untuk mengurus dan mengendalikan konvensyen itu tidak sampai seminggu.
Ia cambah atau digerakkan sebaik sahaja pelantikan pengerusi Pakatan Harapan Kedah yang baru Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail 8 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar. Perubahan itu mengorak semangat untuk Pakatan Harapan Kedah bangkit menyusun barisan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Pertukaran pengerusi itu merupakan peliup untuk bergerak lebih ke depan dengan terbentuk team baru dan tuangan idea komtemporari berstrategi.
 |
Pengarah Konvensyen sdr Basir Ismail. |
Kehadirannya sangat memuaskan. Saya mulanya tidak percaya dewan tempat berhimpun akan penuh. Timbul kebimbangan kepada saya konvensyen itu gagal. Sangkaan saya meleset, Dewan Ghandi tempat berlangsung konvensyen itu penuh sesak.
Menurut penganjur sebanyak 1200 kerusi di sediakan, tetapi saya kira angka kehadirannya melebih dari jumlah itu dan konvensyen itu juga diikuti secara
live streamyx. Konvensyen juga berjalan licin berdisplin ini membuktikan bahawa setiap peserta yang hadir penuh prihatin untuk merubah keadaan. Cuma semasa para pemimpin parti menyampaikan ucapan keadaan bertaburan sedikit apabila peserta kehausan keluar untuk mendapatkan air.
Paling bermakna peserta yang hadir daripada semua parti komponen yang membentuk komponen itu; BN (Umno, Mca dan Mic) PH (Keadilan, Dap, dan Amanah). Kebanyakan yang hadir pimpinan peringkat bahagian atau cabang. Ia juga sepadu dan satu, hakikat ini terpancar melalui konstium merah biru yang dikenakan para hadirin. Merah domankan kepada PH manakala biru BN. Merah biru berpalut menjadi satu gelombang mengindahkan suasana.
Kedua, konvensyen itu dilihat terbuka, maksudkan ia benar-benar menjadi wadah untuk membincang masa depan parti dan juga negeri Kedah secara telus dan ikhlas serta tanpa segan silu. Konvensyen itu memberi sepenuhnya kebeasan untuk menyampaikan pendapat dan pandangan.
Konvensyen itu juga menjadi medium meluahkan rasa tidak puas hati, menyatakan kelemahan masa lalu dan tekad untuk meninggalkan perkara titik bengkit yang timbul di antara kedua komponen itu selama ini dimana elemen itu membawa kekalahan parah. Konvensyen cuba memulihkan semangat dan mencari keserasian dan persefahaman, sehati sejiwa.
 |
Perubahan dan masa depan Kedah terlelak ditangan kedua mereka, Mahadzir dan Saifuddin. |
Semua wakil pimpinan parti diberi peluang secara bebas menyatakaan apa sahaja pandangan dan kritikan ke dalam. Inilah saya katakan konvensyen itu unik dan istimewa.
Semua pemimpin parti bercakap sebebasnya, setengah tanpa teks menyatakan apa tersekang di hati, terbetik difikiran tanpa ada batas dan segan silu. Semua fikiran dan idea dilontarkan disambut tempukan gemuruh peserta diterima secara insaf.
Atas semangat dan pengertian itu kadang-kadang ada bicara yang menyinggunng pihak lain, tetapi diterima tanpa sunggutan atau "sokses sokseh" di belakang.
Keduanya, kesemua wakil-wakil parti komponen semua hadir. Tidak ada seorang pun yang ketinggalan. Semua mereka mengambil bahagian. Paling membahagiakan juga para pemimpin veteran, aktivis dari semua parti turut memberi partisipasi.
Antara yang ternampak oleh saya, bekas MB Kedah
Ahmad Bashah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Jamil Khir, dan beberapa yang saya tidak hafal namanya. Daripada Amanah turut hadir bekas Pengerusi Amanah,
Datuk Phahrorazi Zawawi,
Ustaz Redhuan dan para veteran yang juga aktivis semasa dalam Pas. Hanya dua tokoh Amanah yang terlihat Mahfuz Omar dan Dr Ismal Salleh, mungkin mereka keuzuran atau sibuk ber
podcas.Kesediaan mereka yang untuk hadir bergabung dengan tokoh-tokoh muda memberi semangat ini merupakan komitmen bagi menjayakan konvensyen itu yang bertema 1 Tekad 1 Visi 1 Hati. Kehadiran dari semua fraksi itu melambangkan wujud kesatuan hati dalam muafakat rakyat BN/PH.
 |
Chua Tiong Gee |
Konvensyen itu dijalankan tiga sessi. Sessi pertama ialah ucap utama disampaikan oleh Pengerusi Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Mahadzir Khalid. Secara simboliknya kemunculan kedua tokoh ini menunjukkan PH dan BH terus akan bersama untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Mereka bukan tegak sepentas, tetapi akan menghayung langkah ke serata ceruk Kedah.
Kemunculan mereka menafikan cerita buruk dari belakang yang menujum tidak ada akan ada keserasaian di antara BN dengan PH.
Dengan keduanya muncul mengepalai konvensyen berkenaan, menjadi seperti induk ayam yang akan dibuntuti anak-anak dari belakang. Keikhlasan, iltizam yang dipancarkan keduanya juga mengkagumkan.
Tidak cukup dengan apa yang dilowongkan Saifuddin dan Mahadzir, ia juga disusuli oleh ucapan pemberian semangat, dan pernyataan keyakinan daripadaa ketua-ketua parti nyang membawa naluri ahli akar umbi.
 |
Asmiru Anuar Aris |
Yang tampil ke pentas untuk berucap dan menyampaikan gagasan dan wawasan mereka serta menyatakan nekad kebersamaan dan sehati sejiwa ialah; Pengerusi Mic Kedah S Suresh a/l Subramaniam, Pengerusi Mca Kedah, Chua Tiong Gee, pengerusi Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris dan pen gerusi DAP Kedah Tan Kok Yewe.
Turut sama berucap membentang pandangan dan harapan masing-masing, timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno Kedah Abdul Azeez Abd. Rahim dan pengerusi Keadilan Kedah Nor Azrina Surip.
Sebelum itu satu sessi wacana bebas bagi membincang halangan dan solusi memadukan PH/BN Kedah juga diadakan dengan menampilkan dua tokoh wanita pusat Ketua Penerangan Wanita BN Rosni Zahri, ketua wanita PH Aiman Athirah al Junid dan tokoh muda ahli parlimen Sungai Petani Taufik Johari. Wacana atau town hall itu dipengerusikan sdr Omar Mokhtar.
Sebelum konveysen menutup tirai dengan pembacaan resolusi konvensyen, penggulungan keseluruhan konvensyen dilakukan oleh Pengerusi Umno Kedah Madhazir Khalid dan pengerusi Perpaduan Kedah Saifuddin Nasution Ismail. Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan perjalanan konvensyen yang dilihat pada semangat yakin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mampu memberi cabaran kepada Perikatan Nasional dalam pilihan raya kelak.
 |
Pembacaan resolusi oleh sdr Dr Taufik Johari. |
Saifuddin tanpa berselidung menyebut, halatuju, serta nekad dan visi utama konvesnyen itu adalah untuk merealisasikan bagi capai kerajaan dalam penantian. Nasihatnya jangan mudah tergugat dengan ugutan persendaaan PN atau mana-mana pihak sebalik seluruh ahli PH/BN bergerak ke hadapan untuk mencapai visi itu.
Dan atas kejayaan konvensyen berkenaan ucap tahniah harus disampaikan kepada jawatankuasa pelaksananya yang juga merupakan gabungan di antara PH/BN manakala pengarah konvesnyen sdr Basir Ismail. [wm.kl.12:47 17/02/2025]
No comments:
Post a Comment