PANDANGAN
Elemen atau cara Pas berpolitik memperalatkan agama menjolok dan sangat bahaya apabila tegal memutar belit dan mengelirukan hukum hakam agama. Untuk menang Pas sanggup melakukan apa sahaja sampai ada individu Pas selamba menukarkan rasuah jadi sedekah, fitnah jadi sunat, bidaah jadi amalan. Kenyataan itulah menyebabkan parti itu dikatakan mengkeladaikan agama.
Pas bukan sahaja setakat bersikap demikian, ada kalanya ia mempunyai ciri ciri bersikap fanatik dan akstrime sampai sanggup mati. Pas menanamkan doktrin melampaui kepada pengikutnya demi untuk mendapatkan kuasa, sanggup mentakfirin pihak tidak akur dengannya. Dengar seruan atau tagline dipakai Pas dalam membangkitkan semangat meremangkan roma. Ada mirip babarisme.
Bukan itu sahaja, kebendulan Pas berpolitik juga memual dan meloyakan. Pas hari ini tidak professional dan waras lagi. Ia seperti terdesak kerana tidak selari dengan arus tan tuntutan semasa. Semua yang kerajaan laksanakan tidak baik dimatanya dan dinafikan. Mereka mencari apa jua cara untuk menidaknya.
Matlamat Pas diwujudkan untuk menegakkan kebenaran dan menentang kemungkran sudah dawas. Semangat tolenrasi dan diplomasi, jiwa tasamuh sudah tiada dalam Pas. Kehemahan juga sudah tanggal daripada Pas.
Pas banyak tidak waras dalam semua hal ini. Namun dalam keadaan tidak waras ini Pas ada kekuatan sendiri, bijak menggunakan kelemahan orang Melayu atau membawa sikap baru kepada Melayu dalam beragama agar menerima doktrinnya. Parti satu ini licik menggunakan kesempatan dan peluang yang ada, mencuri kesempatan atas kedangkalan setengah Melayu itu sendiri.
Salah satu cara ialah penampilan mereka yang berbudayakan Islam. Mereka tahu psikologi orang Melayu akan mudah terpesona dengan wajah dan budaya orang yang dianggap sebagai Islam apabila berjubah dan serban. Pas mengambil kesempatan (beridentiti) kerana itu mereka pakai jubah berserban dan berkopiah. Padahal pakaian itu adalah costume, bukan asas iman dan takwa. Namun dari setengah Melayu naif minda mengira itulah Islamik yang dicari.
Kerana Pas tahu pengikutnya di bawa teruja dengan cara itu maka mereka limpias kosmetikkan diri mereka dengan cara begitu. Dengan bedak dan gincu Islam. Sedar atau tidak, langkah Pas itu bahaya. Ia sebuah penipuan dalam terang. Kerana itu sudah sampai masanya tindakan dan cara Pas berpolitik itu wajar ia dicegah, kalau perlu digubalkan undang undang atau akta khas untuk mencegah Pas, jangan lewat lakukan segera sebelum terlambat.
Mengambil sikap membiarkan Pas atas pertimbangan ia parti orang Melayu, mungkin tidak tepat kerana peluang itu akan diambil kesempatan untuk mereka kembangkan doktrin sesat parti itu. Sikap Pas yang keras dan langka ini tidak akan berubah. Walaupun kerajaan Madani dibawah Anwar Ibrahim bersikap terbuka dan memberi peluang tetapi tidak diendahjan, makahan semakin galak memperolok olokkan Anwar.
Hari ini mereka kemas bertapak di negeri peratus Melayunya tinggi, sedikit masa lagi mereka akan menjalar ke negeri Melayu yang peratusnya separuh tidak mustahil akan menaklukinya.
Membiarkan Pas tak ubah seperti membiarkan untuk melihat masa depan negara yang suram dan boleh menganggu kesuburan dan kehormonian bernegara. Barang kali tepat kalau saya ibaratkan Pas ini tak ubah seperti rumput Israel, atau nama saintifiknya, cenchurs ciliaris.
Dari kalangan petani rumpu ini cukup bahaya dan sangat menganggu. Keberadaanya mengancam tanaman dan merosakkan struktur alami tanah, kerana ia bersifat menakluki. Rumput ini cepat merebak dan merosakan tanaman dan juga tanah. Segala air dan nutrien dalam tanah dikepahnya menyebabkan tanaman kekurangan air dan nutrisi.
Sejarah rumput ini juga menarik dan ada semacam kesamaan dengan Pas. Ia berasal dari padang pasir. Ia bersifat invasif kerana cepat merebak. Kalau dibiarkan ia akan merampas hak tanaman lain. Bukan itu sahaja keberadaanya juga merosakkan struktur tanah dan ekosistem pertanian.
Demi kesuburan tanah dan juga keamanan apa jua tanaman, maka rumput ini hendaklah dihapuskan atau sekurang kurang dibatasi dari berkembang dengan diadakan sekatan atau pun undang undang khusus. Perlu diracun. Atau cari alternatif lain agar kehadiran rumput ini dapat dimanfatkan dengan menggunakan teknologi politik yang canggih. [wm.kl. 2:53 pm 18/03/2025]
No comments:
Post a Comment