Showing posts with label Abdul Rahim Mohamad Radzi. Show all posts
Showing posts with label Abdul Rahim Mohamad Radzi. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Abdul Rahim bukan lagi KSU di KDN?

SUSUPAN MALAM                                                                               

[kemaskini] Di suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen. Entah macam mana tiba-tiba keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan kononnya KDN ada 10 bukti grade B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua Setiausaha (KSU).

Menurut pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas. Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi.

Kemudian semasa berbual-bual dengan pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh rakannya di jabatan berlainan, yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU di KDN lagi.