SAYA tidak pasti apakah semasa kecil saya menghidap radang tonsil? Mungkin berlaku, sebab ghalibnya tonsil adalah penyakit yang sering dialami kanak-kanak. Tetapi yang pasti, keadaanya tidak separah hari ini, menghidap tonsil setelah usia setengah abad sesuatu yang memelikkan dan mencabar.Pada usia kanak-kanak atau remaja kita mempunyai daya pertahanan diri (antibodi) yang gagah. Jadi kalau sesekali dihinggapi tonsil atau apa-apa penyakit lain demam selesema, batuk dan sebagainya ia berlalu begitu sahaja. Tonsil menurut kajian perubatannya bukan penyakit yang kronik walaupun ada tahap yang membahayakan.



