Showing posts with label Debat Sinar. Show all posts
Showing posts with label Debat Sinar. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Batal debat kalimah Allah, desakan Abim tepat

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) agar akhbar Sinar Harian membatalkan wacana berhubung isu kalimah Allah di antara Khalid Samad dengan Noh Omar yang dirancangkan pada Isnin depan adalah tepat sekali.

Wacana berkenaan tidak perlu kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Apa lagi wacana berkenaan berlaku di antara dua orang penganut Islam. Pas juga seharus tidak membenarkan Khalid untuk berdebat walaupun atas sifat peribadinya kerana ia akan dilihat pandangan Khalid kelak adalah pandangan Pas.

Menurut Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang senantiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.