Showing posts with label Kesilapan Najib. Show all posts
Showing posts with label Kesilapan Najib. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Khairy Tidak Diberi Peranan Dalam PRU-13

ULAS & RUMUS                                                                                                                  

Mungkin saya terlepas pandang atau kerana terlalu leka memerhati gerak kempen Pakatan Rakyat yang menyegar dan menyeronokkan maka tidak banyak saya memerhati apa yang berlaku dalam Umno. Sehingga kini setelah lebih seminggu kempen berjalan, saya tidak nampak kelibat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberikan fokus oleh media arus perdana alias penjilat buntut, aktif berkempen.

Kerja Khairy hanya main ambil-ambil gambar saja.
Tidak ada rencana khas atau liputan khusus mengenai gerak kerja dan kempen oleh ketua pemuda yang tidak diberikan kuasa itu. Apa.. adakah interview khas dibuat oleh media massa itu memaparkan wawasan dan aspirasi pemuda Umno dalam pilihan raya kali ini? Kalau kalibat atau wajah senyum manis mesra Kamilia Ibrahim tidak ada di dalam media arus perdana atau 'talibising' tidak anih dan pelik lagi.

Kamiliah sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno, meletakkan semua jawatannya dalam Umno sebelum Umno mengutus surat memecatnya.