Showing posts with label Multaqa Ulamak. Show all posts
Showing posts with label Multaqa Ulamak. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Resolusi Multaqa sebagai pengemas kilas...

ULAS MULTAQA 2                                                                        

Saya menelaah dan menghayati beberapa kali 16 resolusi yang dicapai dan dirumuskan hasil Multaqa Ulamak se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak Pas. Multaqa atau pertemuan itu merupakan program berkala dewan itu, dua kali setahun. Kekerapan itu berkebetulan pula dengan peruntukan Perlembagaan Pas yang menetapkan parti itu akan membuat pemilihan kepimpinan setiap dua tahun sekali.

Kerana kebersamaan itu menyebabkan ada "syaitan" beranggapan tujuan Multaqa itu diadakan sebagai menjadi platform atau pun landasan bagi dewan itu berkempen memastikan kepimpinan ulama yang menjadi slogan parti agama itu, dan orang yang disucikan kekal dan tidak diganggu oleh kumpulan lain yang juga menghulurkan niat untuk mengembangkan Islam menerusi organisasi bernama Pas.

Mungkin begitulah pentafsiran daripada kaca mata politik. Tetapi beberapa resolusi yang diputuskan serta keadaan dalam pertemuan itu tidak boleh dinafikan ia merupakan wadah kempen atau persiapan menjelang muktamar Pas Jun nanti. Ia diadakan untuk kepentingan segolongan bukan secara keseluruhan demi mengukuhkan Pas.