Siasat Tragedi Penerjun Maut di Langkawi
SEMALAH tiga penerjun dari 10 Briged Para terkorban di Langkawi Kedah semasa mereka melakukan penerjunan dalam reptai penuh upacara pembukaan Pameran Udara dan Maritin Antarabangsa Langkawi (Lima) 2007 di Kedah.
Mereka terbunuh ialah Siti Hajar Yaakub 24, Nurul Wahida Yusuf, 20 dan Raymond Anak Ducan, 25. Mereka antara 20 anggota penerjun yang tersasar dari zon pendaratan di lapangan terbang itu. Dalam kejadian itu 11 yang lain juga cedera dan ada yang cedera parah dan masih kritikal.
Siti Hajar mati akibat lemas apabila ia terjatuh ke dalam laut sementara Nurul Wahida pula kerana kesejutakan selepas terbenam di lautan.
Sama-sama kita mengucapkah tahziah kepada keluarga ketiga-tiga penerjun berkenaan.
Kejadian seumpama itu adalah pertama kali sejak Lima diadakan. Walaupun kejadian itu adalah takdir namun seharusnya ia diberi perhatian sewajarnya. Pihak kerajaan perlu menyiasat kenapa kejadian demikian boleh berlaku.
Tidak dapat tidak berhubung kejadian itu akan timbul berbagai spekulasi. Angka yang terkorban atau yang terlibat adalah besar. Bagaimana kejadian itu boleh berlaku perlulah disiasat segera dan didedahkan kepada umum agar tidak menimbulan apa-apa tanggapan buruk.
Pertanyaan juga timbul apakah reptai berkenaan tidak dilengkapi dengan pasukan keselamatan secukupnya bagi menghadai sebarang kemungkinan seperti itu yang berlaku itu.
Walaupun ada pihak tertentu tidak mahu kejadian itu dispekulasikan namun ia tidak dapat dielakkan memandangkan kejadian seumpama itu pertama kali berlaku dan mengakibatkan kehilangan nyawa.
Sewajarnya kalau siasatan terperinci untuk mengenali sebab musabab kenapa ianya berlaku. Kerajaan khasnya Kementerian Pertahanan atau mana-mana pihak terlibat dengan pamiran itu tidak boleh menyerahkan kepada Ilahi saja dan menganggap ia sebagai takdir Allah.
Perdan Menteri telah melahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku. Namun dalam pada itu beliau tetap berharap kejadian itu tidak menjejaskan persiapan majlis pembukaannya yang dijadualkan hari ini. Katanya majlis permbukaan perlu diteruskan juga.
Kenyataan dan sikap PM itu menimbulkan sedikit kepiluan kepada kita dan seolah-olah beliau tidak bersimpati atas apa yang berlaku. Benar, nyawa ketiga mereka itu tidak sepenting nyawa para menteri atau Perdana Menteri sendiri. Tetapi dari sisi Allah kedudukannya sama sahaja.
Kita ingin tahu apakah Abdullah akan mengambil sikap seperti itu juga sekiranya yang terkorban semalam melibatkan Menteri Pertahanan Najib Razak, atau istertinya Jeanne Abdullah, atau menantunya Khairy Jamaluddin? Apakah ucapan itu diteruskan juga tanpa terlebih dahulu memberi ruang untuk balasungkawa kepadanya?
Saya peraya kalau tragedi semalam turut meragut nyawa orang-orang itu mungkin upacara pembukaan yang dijadualkan hari ini itu di batalkan atau sekurang-kurangnya ditundakan beberapa jam sebagai penghormatan kepada mereka bertiga.
Tetapi kerana yang meninggalkan itu adalah rakyat atau prajurit marhaen maka ianya tidak sedikitpun dirasakan sebagai satu kehilangan. Walhal pengorbanan dan kesanggupan mereka bertiga mengambil bahagian dalam penerjunan itu sebagai menunjukkan kesetiaan dan komitmen mereka kepada negara.
Sikap yang ditunjuki Abdullah itu tidak menghairankan kita, kerana begitulah selalunya berlaku di negara ini. Berlakulah apa juga samada membabitkan nyawa harta benda orang yang bertanggjawab tidak pernah mengambil tanggungjawab dan risikonya.
Apa lagi untuk mengharapkan mereka akan meletakkan jawatan sebagai simbol kebetertanggungjawaban mereka, samalah seperti mengharap hujan naik ke langit! Al Fatihah untuk roh Nurul Wahida dan Saiti Hajar. [wm.kl. 12: 00 03/12/07]
3 comments:
Jelas pemimpin kita sudah tidak lagi prihatin keatas rakyat biasa. Mereka sudah jadi sombong dengan kuasa politik mereka.
Semoga arwah penerjun2 tersebut ditempatkan dikalangan mereka yang syahid. Beginilah situasi askar2 yang terdedah dengan kematian tanpa perang. Pihak berwajib perlu memandang serius hal ini kerana untuk melahirkan seorang tentera perlukan masa dan kos yang tinggi untuk dilaburkan. janganlah pemergian mereka atas kesilapan teknikal semata-mata. Ambilah iktibar kejadian Nuri di genting sempah. Ramai prajurit mati kerana teknikal.
Biarlah kerajaan tidak menghargai sekalipun, semoga semangat tentera negara tidak lemah. Teruskan pertahankan negara kerana tanpamu, jangan dikatakan negara, pemimpin itu sendiripun belum tentu dapat hidup aman.
www.tintakolo-q.blogspot.com
10% casualty untuk air-borne ops dimasa perang adalah NORMAL, tetapi 10% casualty semasa latihan penrjunan adalah satu kegagalan/incompetence pada PENGENDALI latihan yang jelas tidak mengutamakan aspek safety terutama berkaitan 'pendaratan di air'.Mengambil kira cuaca berangin pada waktu ini sememangnya keadaan yang berlaku itu boleh dijangka.Apakah safety team yang bertanggung-jawab keatas penerjun yang jatuh kelaut itu tahu cara menyelamat anggota yang bergelut dengan 'rigging-line'. Pernahkah para-troopers kita ini dilatih cara mendarat di air itu...teorinya memang ada= penerjun dikehendaki melepaskan 'chute' mereka sebelum mencecah air..pernahkah di lakukan dalam latihan?
Post a Comment