ULASAN PEMILIHAN UMNO
Keputusan pemilihan kepimpinan baru Umno untuk tahun 2013 - 2016 telah pun diketahui. Ketiga-tiga naib presiden dipilih semula untuk terus menyandangkan kerusi mereka. Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Apdal tidak sukar untuk mempertahankan kedudukannya. Zahid mendapat undi tertinggi untuk naib presiden dengan mengutip 185 undi. Beliau nampaknya begitu ghairah dengan kemenangan itu sampai mengumum sendiri kemenangannya mendahului pengumuman pengerusi jawatakuasan pemilihan.
Shafei Apdal pula mengutip 174 undi manakala Hishamuddin Hussein mengutip 100 undi yang mengatasi seorang lagi calon naib presiden yang sebelum ini didendangkan akan menang dengan sembilan undi saja. Calon berkenaan ialah Mukhriz Mahathir mengutip yang 91 undi, setakat jam 2:30 pagi tadi.
Sebagai rekod dua lagi calon naib presiden, Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam mendapat tujuh undi. Kedua-dua calon ini bolehlah menyiapkan paku keranda terakhir mereka. Petunjuk jelas kepada mereka berdua bahawa aura mereka telah pun lupus. Mereka sepatutnya sedar dan insaf dan jangan lagi mencari alasan-lasan klise untuk memperakui yang diri mereka masih relevan. Tidak semua perangai Mahathir Mohamad patut diceduk.
Showing posts with label Pemilihan Umno. Show all posts
Showing posts with label Pemilihan Umno. Show all posts
Sunday, October 20, 2013
Transformasi yang tidak berjaya dalam Umno
Labels:
Pemilihan Umno
Saturday, September 28, 2013
Transformasi dalam pemilihan Umno sejauh mana demokrastiknya?
MENJELING UMNO
Sesuai dengan peralihan kepimpinan Umno dari 'oder lembik' (Pak Lah Badawi) kepada 'oder keras' (Najib Razak), kepimpinan baru sedang bersemangat untuk melakukan transformasi bagi menjamin Umno menjadi sebuah parti yang gah dan berintegriti selama-lamanya.
Maka proses pemilihan pemimpin pun dibuat secara baru. Dalam kaedah baru ini sistem kouta sudah tiada lagi, sesiapa saja boleh bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat presiden, timbalan presiden, ketua pemuda, wanita, puteri atau ahli MT.
Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk bertanding dengan syarat namanya masih ada dalam buku pendaftaran Umno. Itu sahaja. Jangan hirau apakah seseorang itu layak, aktif ataupun sepanjang masa berkhidmat kepada parti dan ahli di kawasannya atau tidak.
Sesuai dengan peralihan kepimpinan Umno dari 'oder lembik' (Pak Lah Badawi) kepada 'oder keras' (Najib Razak), kepimpinan baru sedang bersemangat untuk melakukan transformasi bagi menjamin Umno menjadi sebuah parti yang gah dan berintegriti selama-lamanya.
Maka proses pemilihan pemimpin pun dibuat secara baru. Dalam kaedah baru ini sistem kouta sudah tiada lagi, sesiapa saja boleh bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat presiden, timbalan presiden, ketua pemuda, wanita, puteri atau ahli MT.Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk bertanding dengan syarat namanya masih ada dalam buku pendaftaran Umno. Itu sahaja. Jangan hirau apakah seseorang itu layak, aktif ataupun sepanjang masa berkhidmat kepada parti dan ahli di kawasannya atau tidak.
Labels:
Pemilihan Umno
Subscribe to:
Posts (Atom)