اَلْحَمْدُلِلّهِ bersyukur kita (saya dan isteri) ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan melalui hari-hari tersisa untuk dipenuhi dan dimaknakan dengan segala amal jariah dan perjuangan menegakkan "amal maruf nahil munkar".Bagi diri saya dan juga isteri, kesyukuran mendalam kepadaNya, Tuhan Rabul Jalil, kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama merayakan hari Kemenangan ini - Idufitri sekali lagi. Dalam saat nafas seperti menghujung, masih ada ruang dan peluang dikhaskan buat saya dan isteri, inilah yang memberikan seribu makna dan keisanfan buat kami berdua, orang yang ingat dan mangasihi kami, juga anak-anak, keluarga dan rakan taulan.