Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts
Showing posts with label Rumah Terbuka. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Majlis Raya Azmin Meriah, Ribuan Hadir


CATATAN                                                                                            

Baru pulang menghadiri majlis rumah terbuka Aidifitri Timbalan Presiden Keadilan yang juga Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali. Kali ini majlis mesra Aidifitri beliau bergajak tempat sedikit, kalau sebelum ini di perkarangan pejabat khidmatnya di Taman Melawati kini ke Green Wood, Gombak. Baguslah, kerana diadakan serata dan tidak dimonopoli setempat dalam Dun Bukit Antarabangsa saja.
Sebahagian orang ramai di majlis Aidifitri Azmin.

Biasalah rumah terbuka Azmin dikunjungi segenap lapisan masyarakat. Bukan saja Melayu tetapi Cina dan India juga turut datang. Masing-masing membawa anak isteri dan anggota keluarga. Mereka tidak merasa kekok untuk hadir rumah terbuka Azmin.

Khabarnya walaupun majlis bermula jam 10:00 pagi tetapi jam 9:00 orang sudah berpusu-pusu memenuhi dua khemah besar yang disediakan. Hampir 5,000 yang hadir menjelang tengah hari.