Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts
Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Tanda Putera: Tidak Perlu Ditakuti, Tayanglah

ULAS FILEM                                                                                        

Saya baru balik dari menonton filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures & Finas di sebuah pawagam di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya bukan pun berhajat untuk menonton filem itu kerana saya memang tidak 'berahi' kepada filem.

Shuhaimi, lupa kejayaan besar Razak.
Sejujurnya saya seorang yang jenis tidak suka mengongsikan sesuatu dengan orang lain dan suka menikmati bersendirian. Bukan saja filem, bola sepak juga bukan saya gemar sangat. Sepanjang hidup hanya sekali saya menonton bola sepak di stadium itu pun semasa menjadi wartawan. Dan menonton filem di teater tidak lebih tiga kali. Jahil wayang...

Saya tidak boleh berada dalam keadaan hiruk pikut. Tetapi anihnya boleh pula hadir pada acara tunjuk-tunjuk perasaan atau majlis-majlis politik. Itu pun kalau majlis itu relevan dengan pemikiran saya. Tidak semua majlis politik atau demonstrasi yang saya ikut sama hadir.