Showing posts with label Ulas Warkah. Show all posts
Showing posts with label Ulas Warkah. Show all posts

Saturday, July 31, 2021

Mencermati dan memahami warkah dari istana

 SESUDAH SUBUH

Al Sultan Abdullah: Daulat Tunku.
SEJAK semalam tular sepucuk wakrah yang berlambang (letter head) Istana Negara diyakini ia adalah warkah Yang diPertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang ditujukan kepada perdana menteri Mahiaddin Md Yassin al-Pagohi.  

Surat itu bertarikh 29 Julai mengandungi empat muka surat yang bertanda tangani di pojok atas warkah pertama. Ia mengandungi suara hati dan perasaan baginda terhadap perdana menteri ekoran apa yang berlaku di parlimen, pendedahan revoke (pembatalan) Ordinan-Ordinan Darurat seperti dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan yang juga selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Onde-Onde).