Tuesday, June 2, 2009

Jawab Kickdefella 2

Bila Kuda Juga Sakit Kepala

HARI ini (01/06/09) satu lagi catatan mengenai saya dipsotingkan dalam blog Kickdefella. Apa yang dapat saya rumuskan hari ini dia cuba menimbulkan cerita binatang bertanduk dan berkaki empat peliharaan Rasulullah itu. Cerita lama yang tidak relevan dengan isu pertandingan dalam muktamar hari ini. Tetapi bila sudah terdesak apa-apa pun boleh digunakan, hatta tahi kelawar sekalipun.

Cerita ini ditimbulkan dengan maksud nak damagekan saya. Tujuannya mempamerkan niat jahat saya kepada si baju petak-petak merah. Kenapa Kickdefella berbuat begini, tentu ianya atas arahan bosnya itu.

Dia percaya orang akan tidak menyakini apa yang saya tulis apabila saya digambarkan sebagai lanun, perompak dan pencuri. Saya perlu dibusukkan sebusuk-busuknya. Kalau saya tidak didamagekan, tentu orang percaya apa yang saya perkatakan. Bila dilanunkan, maka hilanglah keyakinan umum kepada saya! Di sini tektik reverse psikologi digunakan. Mereka yang tidak cekap akan mudah menerima apa yang disogokkan.

Dan dalam masa yang sama si baju petak-petak merah kena gambarkan sebagai malaikat, Superman ataupun Robin Hood. Kena lukis secukup-cukupnya. Walaupun kentutnya busuk perlu dikatakan wangi. Kalau tidak kata begitu maka akan mislah syuru, atau si penghidu itu akan dikatakan sebagai anak luar nikah.

Dalam tulisan hari ini ada beberapa isu yang ditimbulkan membayangkan kejahatan saya.

1. Saya bermusuh dengan si baju petak-petak merah kerana tidak mendapat komisyen kambing.

Saya minta Kickdefella atau sesiapa saja buktikan bila masa saya mengugut si baju merah petak-petak untuk mendapat komisyen. Sila nyatakan bukti dalam bentuk apa-apa saja. Apa yang berlaku ialah saya meminta si baju petak-petak merah selesai pertikaian mengenai kambing yang bermula dari harga yang mahal seperti mana disebut oleh si baju petak-petak merah. Itu saja. Saya meminta dia berbuat begitu kerana saya tidak mahu terlibat dengan projek JV itu.

Kalau dia berjumpa dengan Mohd Amin Pepet saya kira kerja saya sebagai orang tengah sudah selesai dan saya juga tidak akan berbalah sehingga berlarutan seperti hari ini. Saya tidak akan sampai dianggap ‘bermusuh’ dengan si baju petak-petak merah. Apakah dengan berbuat begitu ianya ditafsirkan sebagai ugutan? Murahnya nilai kepercayaan si baju merah petak-petak kepada saya.

Dijelaskan Mohd Amin bukan sahabat saya. Saya kenal Mohd Amin serentak dengan si baju merah petak-petak mengenalinya. Ini semua sudah saya ceritakan dalam catatan saya sebanyak lapan siri itu yang disiarkan pada tahun 2007, boleh rujuk. Menuduh saya bersahabat baik dengan Mohd Amin adalah pembohong besar si baju merah petak-petak. Mungkin sama bohong dengan kalau saya mengatakan dia berkesedudukan dengan seorang perempuan.

2. Saya mengugut si baju petak petak merah dan jika ugutan itu tidak dipenuhi saya akan menulis buku memburukannya. Katanya saya berjanji? Berjanji dengan siapa? Sekaligus Kickdefella kena turunkan bukti mengenai ugutan itu, bila dan apa kata-kata yang saya lemparkan yang berupa ugutan itu. Apakah bila ada orang hantar mesej atau komenter pada blognya beliau terus mempercayai yang akhirnya menimbulkan perbalahan yang tidak sepatut berlaku ini?

3. Saya juga digambarkan memfitnah si baju merah petak-petak kahwin dengan Cina dan akan tunjuk saksi dan surat nikah. Sekali lagi saya minta Kickdefella menjelaskan saya mengatakan ini di mana dan berjanji dengan siapa. Nampaknya Kickdefella menggunakan tektik cuba memerangkapkan saya dengan sesuatu yang saya tidak kata dan minta bukti daripada saya, dan bila saya gagal mengeluarkan bukti maka saya dianggap sebagai berbohong.

Mengenai isu si baju merah petak-petak kahwin satu lagi ini saya cukup berhati-hati dan menjaga maruahnya. Saya tidak pernah menulis mendedahkan hal ini kepada sesiapa dan di mana-mana juga walaupun saya ada diberikan maklumat mengenainya. Apa lagi kalau saya berjanji dan mengugut untuk mendedahkan saksi dan surat nikah. Tidak pernah berlaku sama sekali. Dari mana Kickdefella mengutip semua ini ataupun dari tafsiran akal kreatifnya saja?

4. Kickdefella mengheret saya supaya berhadapan dengan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia, syarikat yang terlibat menguruskan projek kambing itu. Katanya, Zulkfeli Yaacob bersedia berhadapan dengan saya dan blognya sedia menjadi penganjur. Untuk apa? Kalau Zulkefli nak jelaskan, beliau boleh jelas sendiri. Saya tidak ada apa-apa persoalan mengenai akademi itu dan projek kambing. Saya tidak menafikan apa-apa dokumen yang disiarkan itu sebagai benar belaka. Dan saya tidak mempertikaikan semua itu dari dulu lagi, sebab ia tidak ada kena mengena dengan saya.

Dokumen itu tidak pun menunjukkan saya ada kepentingan dan perlu mengugut sesiapa untuk mendapatkan apa-apa.

Apakah tujuan dokumen itu disiarkan nak menunjukkan akademi membuat pembayaran kepada Mohd Ammin? Kemudian saya mendapat wang darinya? Begitu? Atau Kickdefella nak tunjukkan dia mempunyai bukti? Bukti apa, ianya tidak relevan dengan tuduhan dan dakwaan ke atas saya. Kenapa tidak sama membongkar dokumen yang harus dibayar kepada Mohd Amin?

Dokumen yang didedahkan itu juga bukan berupa rahsia, saya juga ada menyimpannya satu kopi. Apa yang patut Kickdefella dedahkan ialah perjanjian awal yang dipersetujuan oleh kedua pihak. Cuba kaji dan selidik perjanjian itu. Itupun saya tidak perlu mempertikaikan kerana saya tidak ada kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Sebaliknya kalau audit meneliti betul-betul segala dokumen, termasuk pembinaan kandang, pembelian kambing mungkin ada pihak yang akan ditangkap oleh SPRM kerana menyelewerng dan menyalahgunakan kuasa. Bayaran dibuat ke atas sesuatu tidak memadai dengan apa yang ada. Maksudnya harganya berlipat kali ganda. Si baju petak-petak merah pernah memberi tahu saya, dah saya kata rundinglah ana tidak tahu menahu soal harga kambing ini.

Saya cadangkan kepada Kickdefella membawa segala dokumen itu kepada pihak SPRM biar dia siasat ketelusan mengenai projek itu terutamanya mengenai pembinaan prasaranannya daripada menuduh saya berkepentingan dengan projek berkenaan.

Kickdefella tidak perlu mendedahkan dokumen yang tidak ada kena mengena dengan saya kerana ia menyemakkan ruangan blog saja. Penjenguk yang tidak faham akan keliru dan menganggap dokumen itu sebagai relevan dan bukti sahih dan sekaligus akan mengatakan saya jahat. Sekerat nama saya pun tidak ada dalam dokumen berkenaan, usahkan Mohd Sayuti Omar, Sayuti atau Mohd atau Omar pun tidak ada. Jadi untuk apa didedahkan?

Dalam posting itu juga Kicdefella telah menyiarkan satu SMS saya kepada si baju petah-petah merah sebagai menguatkan dakwaan itu. SMS itu juga tidak disiar sepenuhnya. Sebenarya banyak SMS saya yang ada dalam simpanan si baju merah petak-petak yang saya kirimkan kenapa tidak disiarkan sepenuhnya.

Kalau kita hendak tegakkan kebenaran, jangan tekakkan di sebelah kanan sementara kita abaikan sebelah kiri dan membiarkan sebelah kiri terus dengan pembohongan, kepincangan dan kepalsuan. Kita kena bersikap adil. Kita dituntut berbuat begitu.

Ini bunyi SMS yang saya hantar kepada si baju petak-petak merah dan dipetik separuh saja oleh Kickdefella dengan motif Allah s.w.t. saja yang tahu;

“As’kum biar apa anggapan sdr pd saya, saya takan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi (akhir 2007) saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritikan pd sdr.”

SMS itu bukan setakat itu saja ia ada sambung lagi. Saya siarkan sepenuhnya SMS berkenaan;

A’kum biarpun anggapan sdr kepada saya, saya takkan membawa rasa kecil hati selamanya. Mulai jam 11 malam tadi saya tamatkan segala aktiviti melepas geram dan kritik pada sdr. (Ini yang Kickdefella tidak masukan) Ini kerana saya berpegang pada janji, di mana saya akan berhenti apabila berlaku salah satu, sdr jumpa dgn Mohd Amin atau Tok Guru larang saya. Semalam tok guru dengan penuh rendah diri minta saya hentikan serang sdr. Katanya ba’la (cukuplah) hentam Gusam. Cukup la.
From: 0192336996 01/11/2007 8:39 am

Dan satu lagi SMS dari saya; “Apabila tok guru menyanyangi sdr, saya kena terus menyanyangi sdr. Semoga harapan saya untuk melihat sdr berjaya akan tercpai. Selamat berjuang. Wassalam. From: 0192336996 01/11/2007 8:37 am

SMS ini saya kirimkan kepada si baju merah petah-petah selepas Tok Guru meminta saya berhenti menghentamnya pada suatu malam saya berjumpa dengan Nik Aziz di rumah Kelantan, di Kuala Lumpur. Untuk membuktikan saya akur kepada janji saya mengirimkan SMS itu dan berhenti mengkritiknya.

Kickdefella kena berlaku adil, kenapa tidak siar SMS-SMS lain dari si baju petak-petak merah itu? Kenapa harus memilih SMS tertentu saja. Ini saya turunkan SMS dari si baju petak-petak merah kepada saya. Di mana dalam SMS ini dia menghina saya dan saya balasnya sehinggalah saya rasa dia amat bodoh dan kebudak-budakan dan saya tidak membalasnya selepas itu.

“Penulis bisa (hebat – MSO) kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia.”From 0199804975 7:17 pm 7/12/07

Apa yang hendak diceritakan si baju petak-petak merah dalam SMS ini ialah kononnya saya mengugut beliau dan saya memakan duit rakyat. Saya nak tanya siapa yang ada ‘mulut besar’ untuk membaham duit rakyat? Siapa yang berkuasa ke atas balak, tanah, kawasan getah klon, buat bandar baru Tunjung dan sebagai. Apakah saya sebagai penulis cabut atau Exco? So macam mana saya boleh makan duit rakyat? Dan apakah bila saya suruh dia berjumpa dengan Mohd Amin itu satu ugutan? Mudah sekali tohmahannya.

Ini satu lagi SMS dari si baju petak- petak merah:

Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.” From: 019804975 8.09 pm 10/26/07.

Seperti saya sebut bila masa saya ugut beliau dan tagihkan wang komisyen. Ini tuduhan paling keji beliau ke atas saya. Dengar apa pula balasan dari saya kepadanya;

“Sham (panggilan manja saya kepadanya) demi Allah ana tak nak satu sen pun. Ana tak sangka anta masih belum kenal siapa ana. Tanyalah Tok Guru apa yang ana lakukan. Ana merayu pd anta tamatkan kisah ini demi masa depan dan harapan rakyat pd anta.”

Apa yang si baju petak-petak merah balas selepas itu, ini dia:

“Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.” From: 0199805975 8: 23pm 10/26/07.

Ini pula balasan daripada saya: “InsyaAllah Tuhan juga sedang memerhati demo.”

Saya mula berbahasa kasar dengannya apabila dia tidak lagi tahu berbahasa lembut dengan saya.

Daripada SMS ini menampakan si baju petak-petak merah alim, tawaduk, jujur, zuhud dan ikkhas. Kadang dia memulakan SMS dengan doa bagi menunjukkan dia alim. Inilah saya katakan munafik, munafik jenis unta bengkok kaki. Tahu macam mana unta bengkok kaki?
Dan ini SMS daripadanya pula;

“Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,” – From: 0199805975 8:37 10/26/07.

Dia meletakan saya sehina-hinanya. Satu tuduhan dan sikap yang tidak terduga sama sekali boleh keluar dari hati seorang pembantu kepada ulama bertahun-tahun yang saya anggap sebagai sahabat, bukan kawan... tetapi sahabat! Kata-katanya sangat kesat dan langsung tidak menggambarkan profesional dan ketamdunan. SMS dan kata-kata inilah menyebabkan saya kecewa dengannya. Kecewa amat sangat dan akhirnya membawa kepada kritikan bertubi-tubi saya demi melihat dia berubah perangai dan fiilnya sebab dia bakal menjadi pemimpin.

Itulah SMS terakhir dan saya tidak membalasnya. Saya tidak menghubunginya lagi. Bagaimana pun dua tiga bulan lepas ada lagi SMS dari beliau yang masuk juga kurang senonoh bunyinya. Kalau perlu akan saya catatkan di sini suatu masa nanti.

Perkataan dan ayat-ayat dalam SMS-SMS si baju merah petak-petak itu boleh direnung dan dikaji. Siapakah yang emosi dan benarkah saya melakukan ugutan? Apakah dalam SMS itu ada unsur-unsur ugutan? Saya tidak tahu dari celah mana yang menyebabkan dia merasakan saya mengugutnya.

Mengenai bagaimana sikap saya terhadap krisis antara Akademi Keluarga Bahagia dengan Mohd Amin itu, Kickdefella boleh bertanya kepada salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya. Saya pernah menyebutkan kepada ahli lembaga Pengarah itu agar jangan melayan Mohd Amin yang membuat tuntutan bukan-bukan. Apakah makna dan erti kata-kata saya itu?

Hanya mereka yang ingin kebenaran, tidak diselaput oleh kanta sentuh ketaksuban yang tebal dapat menerima penjelasan ini. Dan saya tidak kesal kalau ada juga yang enggan menerimanya kerana saya faham dalam dunia politik siapa ada kuasa dan kedudukan akan lebih didengar daripada mereka yang tidak memiliki apa-apa kuasa keduniaan. Sudah menjadi lumrah dunia manusia suka kepada pujian dan tidak suka kepada kritikan meskipun ianya bertujuan baik.
Namun saya tetap akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai penulis.

[Kepada Sdr Kickdefella dengan ini saya memohon maaf jika bahasa dan corak penulisan saya beremosi dalam menjawab dakwaan dan singgung sdr. Sebagai hamba-Nya saya tetap lemah dalam segala-galanya. Salam ] [wm.kl. 9:00 am 02/05/09]

20 comments:

Anonymous said...

Salam MSO,

Saya rasa saudara di pihak yang benar, dan berhak sepenuhnya menjawab segala tohmahan terhadap saudara, lebih-lebih lagi dalam blog saudara.

Bagaimanapun, sekiranya saudara terus memilih untuk berkonfrontasi setakat ini, saya khuatir peranan saudara menyedarkan/menegur politikus tempang ini akan setakat dilihat sebagai pertikaian peribadi, dan tidak ada kaitan dengan kais pagi makan pagi rakyat susah di luar sana.

Oleh itu, selain mempertahankan diri saudara, diharap saudara dapat mengupas tentang fikrah/rukun politik politikus petak merah ini dan kesannya terhadap rakyat jelata di sana. Saya yakin MSO, faham apa maksud saya tetapi sengaja mahu me-mikroskop-kannya kepada si petak2 merah kerana sayangkan PAS.

Sekiranya diulas kaitan politikus ini terhadap PAS secara mendalam dan luas(bukan setakat projek kambing), saudara MSO mungkin khuatir, kredibiliti PAS mungkin luntur dan terjejas di mata penyokongnya atau simpatisannya. Atau MSO sendiri akan dimaki dan dimusuhi oleh penyokong tegar yang tidak mahu melihat secara waras dengan niat mahu memperbetul atau memperbaiki PAS.

Hanya mereka yang banyak masa, dan mendalam fikirannya boleh mengaitkan cerita yang fokusnya sebesar mikroorganisma ini dengan fikrah atau bakal strategi politikus ini apabila lebih berkuasa kelak.

Bagaimanapun, saya ucapkan semoga saudara terus bersabar dan kental menghadapi dugaan ini.

Wassalam

MindaPositif said...

Assalamu 'alaikum,

Makan sebulan juga bagi saya yang faqir 'ni mendapat jawapan (?) atas pemikiran yang berlegar di benak ini.

Persoalan yang saya duk terfikir, kenapa agaknya seorang penulis dan penganalisis sehebat MSO seolah-olah 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan Husam Musa (HM).

Bila blog diarymaya mula beroperasi dan tiba giliran Baju Petak-Petak Merah dihikayatkan, saya agak teruja. Memang teruja. Setelah saya baca hingga ke siri terakhir sebelum dihentikan bagi memberi laluan kepada Muktamar PAS, saya mula mendapat gambarannya.

Bagaimanapun, saya sedar, saya hanya membaca cerita sebelah pihak. Pun begitu, oleh kerana pihak yang sebelah itu seseorang yang saya hormati, maka agak cenderunglah saya yang faqir ni menerimanya sebagai fakta.

Melalui jawapan MSO kpd Kickdefella ini, gambarannya semakin jelas.

Akhirnya saya (suka) menyimpulkan, MSO walaupun amat sayang kepada HM, tetapi ada sesuatu yang amat peribadi yang telah benar-benar mengguris hati nubarinya.

Begitu juga HM.

Entah kenapa, hati kecil saya seolah berbisik, ada orang ketiga yang memainkan peranan. Hati kecil saya tiba-tiba membaca surah An-Naas.

Rasanya, perkara ini akan selesai, jika MSO dan HM duk minum kopi sama-sama di rumah TGNA.

Ini semua ujian orang berjuang. Ujian kpd MSO. Ujian kpd HM. Ujian kpd TGNA. Unfortunately, setiap ujian, maka ada markah lulus dan gagalnya. Lulus pulak, ada lulus gred A, B dan C. Gagal pun ada grednya.

Demi perjuangan Islam, harapnya ketiga-tiga tokoh ini dapat jumpa sambil minum kopi cicah sekuk dengan penuh takwa kepada Allah dengan kadar segera. Ittaqullah...

Wallahul-musta'an.
Wassalam.

al-faqir ilalLah,
sangFaqir

fatwapujangga said...

Salam.
Mso, sebenar saya amat terkejut apabila diberitahu bahawa kickdefella bertugas di pejabat MB.[gaji buta]beliau tk masuk opis pun,masa beliau banyak di Pejabat GMC, dengan pakaian isteri yang tidak senonoh, serta beliau yang merupakan perokok tegar tanpa segansilu merokok depan tok guru.
Pernah Isteri beliau dengan berambut perang seluar paras bawah lutut mengikuti krew GMC membuat rakaman video disebuah pondok, terkejut kambing para tok guru pondok.
Kemudian dengan menggunakan krew dan peralatan GMC beliau menubuh syarikat lain untuk mendapat projek, duit hasil projek dimasukkan ke akaun persendirian.Apabila beberapa orang staff mempertikai tindakan beliau,salah seorangnya bernama Hasri mereka ini telah dipecat kerja 24 jam.
Hasri telah mengadu hal ini kepada SUP, si Anwar Bukri, Jawap anwar" Ambo dok tau apo-apo , tak leh buat gapo".Kick tidak pernah menjadi ahli pas macam Mso juga. Ini lah musuh dalam selimut yang dipelihara oleh Husam Musa.Teruskan pendedahan kelicikan politik Husam Musa ala-ala umno ini.Selamatkan PAS dan selamatkan kerajaan kelantan dari Husam Musa dan Kickdefella.

Atan said...

Salam, MSO;

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Sdr pemblog apoapojelah. Penghentaman dan pembantaian itu kelihatan bercorak peribadi. Sdr MSO harus menjauhinya. Kadangkala terlalu defensif juga. Anyway, syabas dengan pendedahan itu.

Sosok Mohd Amin Pipet ini adakah sama dengan Dato' Haji Mohd. Amin Pipet?

Salam perjuangan.

Mohd Azrul Azuan said...

Salam

Sy just nk komen,bg sy adab org yg menuduh adalah dia yg kene tunjukkan bukti.tp kickdefellah ni pelik,dia yg tuduh,dia pula yg mnta org yg dituduh kemukakn bukti.ibarat org tuduh kita merompak,pastu yg menuduh mnta kita buktikan kita tak merompak sdgkn dia tak buktikan tuduhannya.adalah jadi tanggungjawab dia utk buktikan,tuan tak perlu gelabah dgn tuduhan tak berasas.

Pelik,hingga kpd perkara yg aib (kahwin dgn prmpuan cina) dibangkitkan sdgkn tidak pula disertakan detail bila dan di mana tuan sebutkan perkara.suka hati petik cerita yg tak ada asal usul.

Anyway,sy masih keliru,mgkn disebabkan tak tau isu kambing ni.ada kesempatan nnti saya akn cari post tuan tntg kambing pd 2007 dulu.apapun,sy nampak,kickdefella byk cakap atas angin dan ketaksuban,sma juga dgn pengomennya,komen sedap mulut tanpa ilmu dan fkta.sy stuju cdgn pengomen di atas yg cdgkn tuan,tok guru n husam dok semeja settlekn perkara ni.ia akn jadi lebih murni.husam akn berubah,tuan pn akan berbaik ngan husam,pas pun akn dpt keuntungan.ada pun tentang kickdefella,biarkan dia menjerit sorg2.

Wassalam

Anonymous said...

saya merupakan peminat blog MSO dan juga Kickdefella. dalam keadaan sekarang saya rasa amat confused pihak mana yang benar sebenarnya.kedua-duanya saya baca, kedua-duanya mempunyai hujah yang tersendiri dan yang terbaru, Kickdefella telah mempamerkan iklan permohonan maaf daripada YB Nozula di akhbar hari ini. bagi saya, alangkah moleknya perbalahan ini diberhentikan dan saudara boleh mengulas topik yang lebih baik daripada membincangkan individu yang saudara tak suka.
Akhir kata,kalau saya jadi perwakilan PAS dalam muktamar nanti, sudah tentu saya memilih Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden.

Syeikh YB said...

kepada pakcik MSO dan Husam :

1. Berhenti dan keluar dari lingkungan api fitnah

2. Andai di pihak benar sekali pun, rakyat jelak melihat fitnah.

3. Berhenti mempertahankan diri sebab menyendiri lebih baik agar fitnah berkurangan

Anonymous said...

Salam'alaykum.

Saya baca kedua-dua ulasan dan menuruti perbahasan di blog Kick dan Tuan MSO. Kesimpulannya, saya setuju dengan cadangan di atas agar perkara ini diselesaikan dengan cara tahkim yang mana orang tengahnya Tok Guru sendiri.

Biarlah Tok Guru dengar sendiri dari Tuan MSO dan Haji Husam pertikaian yang berlaku.

Saya percaya, jika Tuan MSO benar dalam menulis dan sayangkan PAS, Tok Guru akan menasihati Haji Husam. Begitu jugalah sebaliknya.

Sebagai pendokong Islam, (meskipun Tuan MSO bukan ahli PAS) lebih comel dan lebih manis kalau hal ini diselesaikan cara anak-beranak. Ia juga lebih menepati sunnah yakni menurut sistem kehakiman Islam.

Ada satu perkara yang saya musykil sejak mengikuti tulisan Tuan MSO berkenaan Haji Husam ini, yakni apakah Tuan MSO pernah menasihatinya secara peribadi sebagai sahabat sebelum mula menulisnya di blog terbuka seperti ini?

Tuan MSO tentu lebih faqih mengenai hak-hak sahabat dalam Islam.

Apa pun yang Tuan MSO lakukan, keikhlasan dan kebenaran yang menepati sunnah akan membuahkan ketenangan dalam hati.

Secara peribadi, saya tidak berpihak pada mana-mana individu. Saya tidak kenal Tuan MSO dan saya juga tidak kenal Haji Husam. Saya hanya suka kepada kebenaran. Siapa yang benar, lambat-laun Allah akan tunjukkan secara nyata bagai Allah menzahirkan purnama di langit terbuka.

Apa yang penting dan sangat penting bagi saya ialah PAS terus dipimpin oleh hamba yang ikhlas dan disayangi Allah.

Hanya ALlah yang MAha Tahu siapakah hamba yang dicintaiNya.

Allah akan mengangkat hamba yang dicintaiNya untuk memimpin gerakan Islam ini sebagaimana Allah memilih Thalut sebagai raja dan pahlawan sedangkan kaumnya membencinya.

Pengikut yang sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari penyokong yang ramai tetapi bagai buih di lautan.

Wallahua'alam.

Hamba.

along7275 said...

assallammualaikum,MSO saya rasa cukuplah tu dgn pertelingkahan ini ianya tyidak membawa kebaikan langsung untuk kedua belah pihak.yang pasti ianya hanya membuka pekung didada kedua2 belah pihak sahaja.disamping itu ia jugak memberi peluang peluru sahaja untuk pihak politik lawan PAS.WASALAM semoga tuan MSO tabah menerima dugaan kecil pada kali ini

RBF Online said...

bongkar ,bongkar mso

kasi cerita dgn jelas jika husam ada salah guna kuasa dan rasuah di kelantan.

jgn cerita sekerat-kerat mso.biar rakyat tahu cerita sebenar. jika tidak mso terus menanggung dosa kerana bersubahat sama menutup kemungkaran.

nasru said...

sebagai pengikut setia saudara dari Anwar masih TPM sampai sekarang, adakalanya penulisan saudara dianggap tepat dan salah oleh pandangan saya tersendiri.

Kali ini saya menyokong saudara kerana saya tahu dan faham apa yang berlaku tanpa mahu menuduh saudara secara membabi buta.

Husam bukanlah sempurna dan begitu juga saudara. Soal kambing yang diungkitkan adalah dari pemikiran kolot orang yang hanya tahu meraih populariti dengan tulisan yang tidak ada faedahnya.

Secara peribadi, catatan Kickdefella tidak pernah menarik perhatian saya kerana isinya hanya berdasarkan perasaan dan gerak hati saja.

RBF Online said...

penulis mcm mso ni adalah penulis yg benar. kerana semua pihak tidak berpuashati dgn beliau. umno tak puasa hati,pas tak puas hati,pkr tak puas hati.

bila semua pihak tidak berpuashati itu tandanya penulis itu telus.

harus diingat penulis mcm mso ni adalah 'polong tidak bertuan'. dia belasah semua kiri kanan belakang depan mana yg tak kena.

mso ni bukan penulis upahan atau anjing peliharaan yg diberi makan dan ditugaskan utk menjaga keselamatan tuannya shj.

kalau nak ikutkan tak puas hati,saya sendiri pun byk tak puas hati dgn mso. tapi saya buang ke tepi semua itu,kerana saya anggap apa yg mso tulis itu sebagai satu teguran dan kritikan yg pedas.jgn lah kita hanya nak org tulis puji-pujian saja terhadap kita. tapi kritikan tidak mahu terima. macam tu bila kita nak perbetulkan kesilapan kita.

kpd adik,adik yg masih berhingus lagi,mari sini abg nak beritahu. mso ni mula menulis sewaktu aku sekolah rendah lagi tahun 80an. pengalaman politik dan penulisan beliau memang banyak.sampai sekarang dlm simpanan saya tak kurang 10 biji ada buku tulisan mso.

tetapi ,mengapa sampai sekarang mso masih bertahan ? kerana dia tulis benda yg benar, kalau dia bohong dah lama dia mampus pun.

ada pihak sebelah sana mengaitkan abg mso dgn ajaran sesat. apa nak peduli,itu abg dia. bukannya anak bini atau mso sendiri. bukannya seluruh ahli keluarga mso mengamalkan ajaran sesat.

lain lah kalau anak2 mso yg mengamalkan ajaran sesat,bolh lah kamu semua salahkan mso,kerana gagal mendidik anak2.

kalau nak dikira adik beradik, bagaimana pulak dgn khalid samad dan shahrir samad. mengapa tidak salahkan khalid samad kerana gagal pas kan adik beradik beliau sendiri.

lain kali nak bercakap pakai kepala otak.jgn pakai kepala lutut.

teruskan menulis mso.kerana blog dan buku mso sering menjadi tatapan org ramai dan ahli-ahli politik,termasuk menteri2 dan timb menteri.

kepada kickdeselak. sebelum bercakap pasal islam,tlg betul diri mu dan keluarga mu sendiri dulu. mu dah bertaubat belum dgn perbuatan2 mu yg suka mabuk2 dulu? ataupun sekarang ini masih mabuk lg ?

Skuad Peninjau said...

Salam, Pak MSO,

Rasa rasanya saya tau puzzle tu pasal apa. Kenapa Pak MSO bagi sekerat sekerat? Nak bagi suspen ker? Kalau nak dedah, dedah cepat cepat, biar perwakilan boleh fikir dalam dalam sebelum hari pemilihan nanti.

Saya hormati Pak MSO dengan suspennya, dan akan kunci mulut sampai puzzle tuh menjadi gambar yang sempurna. Ada banyak cerita di sebalik gambar ini. Saya tunggu Pak MSO ulas dulu....mesti gempak.

Allahua'lam.

yiemega said...

Salam Tuan MSO,

Saya turut membincangkan hal ini di dalam blog saya, diharap dapatlah Tuan MSO Membacanya di http://www.suaragenerasimuda.com
dan tuan juga boleh membincangkanya di blog tuan, harap maklum

Teruskanlah Perjuangan Murni Mu....

Variasi Biz Trd said...

Salam

Bermaaf-maafan lah sesama kita. Hidup di dunia ini hanya sementara, akhirat yang kekal abadi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga-moga kita akan dibangkitkan di Padang Mashyar nanti tanpa dosa-dosa. Insyaallah

justice through law said...

saudara mso,saya minta saudara jelaskan,ade org pas kata saudara attack husam sbb husam xberi projek buku penerbitan di bwh kerajaan negeri kelantan tu.saya xpastila betul ke x.itu fitnah2 mereka terhadap saudara.

Mad Riz said...

saya minta Tuan buat novel kisah ni. Kalau nak olah2 tu xpela. sebab menarik untuk di baca.

agletek said...

salam...

nampaknya makin terang lg bersuluh....
apatah lg dgn jawapan dari PA Husam...
nampak sangat tersasar....
dan hanya cut n paste...

kpd MSO...
teruskan dgn penulisan yg lebih kendur...
agak keras gaya penulisan MSO...
utk peminat Husam...
teguran adalah kebaikan utk seseorang itu...

TIADA seorang pun MAKSUM kecuali Rasulullah SAW

dewa said...

Saya rasa tidak salah untuk seseorang itu menulis apa sahaja... sebab setiap penulis ada sebab untuk menulis dan yang paling penting ialah bukti, berdasarkan pengalaman tuan haji yang berpuluh tahun menulis, saya yakin tuan haji berada dipihak yang benar dan mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong penulisan tuan haji... teruskan menunjukkan kebenaran... saya yakin Allah akan membantu pihak yang benar...

kepada penyokong YB Husam, saya cadangkan kepada sesiapa yang tidak berpuashati dengan penulisn Tuan Haji, anda semua boleh membuat laporan polis... Biar polis siasat sedalam-dalamnya... tetapi ingat jangan sampai menyusahkan diri sendiri pula...

Saya teringat kata-kata arwah editor saya dulu, kalu nak jadi penulis kita mesti sedia untuk didakwa... dan sebelah kaki kita berada didalam penjara... saya yakin Tuan Haji juga bersedia...

Mv Agusta said...

Kenapa perlu takut menyatakan kebenaran. Takut merosakkan parti. Bila kena batang hidung maka cuba disembunyikan bangkai gajah. Hampir semua pemimpin Parti Ajaran Sekular menyerang dan menelanjangkan pemimpin UMNO yg juga saudara seagama mereka. Tak ada pulak pemimpin seperti Nik Aziz menegah dan menegur tentang fitnah. Inilah jenis pemimpin yg munafik dan bakal menghuni api neraka.Wal haramu wall halalku menjadi amalan bagi mendapatkan kuasa. y mengenali MSO dan menghormati beliau walaupun kami berbeza idelogi politik. Beliau berani memperkatakan sesuatu dan mempertahankannya kerana beliau akan memastikan sumber berita terlebih dahulu. Itulah mso