Monday, June 15, 2009

Ulas Kecoh Parlimen

Jangan Bawa Perangai Buruk Ke Dalam Parlimen

ANTARA sebab kenapa saya kurang berminat untuk mengikuti sidang parlimen ialah tidak mahu menyaksikan aksi-aksi kebudak-budakan kekadang lebih jelek dari makhluk berkaki empat atau tindakan mahu mencari publisiti murahan dan glamor berkelas badut.

Mungkin, kerana kita sudah terbiasa dengan hal itu menyebabkan tidak betah untuk melihatnya. Bagi pemerhati dan pelawat muda, anak-anak sekolah atau ketua-ketua cawangan yang dibawa dari ceruk kampung untuk melawat parlimen mereka suka melihat apa yang berlaku dalam dewan. Mungkin bagi mereka dengan telatah itu menandakan ahli parlimen mereka proaktif!

Perbalahan ahli-ahli Yang Berhormat akan dijadikan bahan atau buah tangan untuk dibawa balik di sekolah atau ke kampung. Atau bahan cerita kepada kawan yang tidak datang. Mereka akan memberi tahu bahawa suasana dalam dewan terhormat itu tidak seperti digambarkan, penuh dengan maki hamun dan gelagat yang meloyakan bagi menggambarkan betapa hebatnya ahli Parlimen 'berdebat' sesama mereka.

Tetapi kerana itulah (parlimen) tempat menggubal undang-undang dan dasar negara suka tidak suka terpaksa juga pergi untuk melihat dari dekat serta mengikuti perbahasan ahli-ahli parlimen sekaligus menilai ahli parlimen manakah yang cerdik dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin rakyat.

Selain itu tujuan ke parlimen, daripada untuk menyaksikan aksi yang memualkan itu gunanya untuk minum/makan dan berjumpa dengan kawan, jumpa dengan menteri, timbalan menteri yang juga sebagaian daripada ahli parlimen yang dikatakan tadi.

Di parlimenlah lokasi paling mudah untuk berjumpa dengan menteri bagi menyampaikan sesutau hajat dan maksud kerana di sini kurang birokrasi tidak seperti di pejabat mereka.

Seperti mana maklum persidangan hari ini juga tidak terkecuali daripada berlaku kekecohan dan penampilan gelagat macam makhluk berkaki empat. Seolah sepanjang sesi parlimen kali ini tidak akan pernah aman dengan aksi dan kerenah melampau sesetengah ahli Dewan kedua-dua belah pihak.

Barang kali inilah hasilnya kalau parlimen sudah tidak mendapat majoriti 2/3.

Kekecohan yang berlaku hari ini menyebabkan tujuh orang ahli Dewan dihalau keluar dan digantung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

Mereka yang digantung ialah Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Bruas), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Zulkefli Ahmad (Kuala Selangor).

Kekecohan bermula bila mana sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, Nizar melaungkan perkataan “bubar Dewan” sambil mengenakan lilit di kepalanya berbunyi “Bubar DUN”. Gelagat itu tidak disenangi oleh Spekaer Pendikar Amin Mulia kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.

Tindakan ke atas Nizar rasanya sesuatu yang menyesalkan. Dan dari sudut lain pula tidak seharusnya Nizar melakukan sesuatu sehingga tindakan itu dikenakan kepadanya. Nampaknya Nizar masuk ke Dewan unttuk menjadi hero baru.

Nampak sangat beliau masih terbawa dengan sentimen di DUN Perak yang menjadi kelam kabut baru-baru ini. Lebih mendukacitakan apa yang berlaku ke atas Nizar itu berjangkit kepada ahli parlimen lain yang kurang senang dengan tindakan dikenakan ke atas bekas MB Perak itu. Mereka juga turut sama dihalau dan digantung menghadiri sidang dewan.

Tindakan dua MP Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham itu mungkin munasabah kerana mereka masih tidak dapat melupai apa yang berlaku di Perak dan sebagai menyokong rakan mereka Nizar Jamaluddin. Peristiwa rampasan kuasa menyebabkan mereka tidak dapat mengawal nafsu amarah mereka.

Tetapi yang boleh disoalkan apa hal dengan tiga wakil rakyat Pas yang tidak berasal dari Perak; Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Zulkefli Ahmad (Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Mereka tidak sepatutnya ikut sama bersentimen dengan apa yang berlaku di Perak itu. Sebagai seorang ahli Parlimen mereka sepantasnya tahu membezakan watak semasa berdemonstrasi di jalan-jalan raya atau ketika dimajlis kempen-kempen pilihan raya. Apa yang mereka lakukan itu tidak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat yang mereka wakili!

Sekiranya tindakan atau rasa simpati ke atas Nizar itu hendak ditonjolkan kenapa tidak kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbuat demikian? Mengapa Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang dan Lim Kiat Siang serta yang lain-lain lagi tidak ikut sama memakai lilit sebagai memprotes itu?

Saya nampak ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Rahim Wan Abdul yang mendampingi Nizar semasa mengadakan sidang akhbar tidak pun mengenakan lilitan protes berkenaan?

Di sini jelas bahawa apa dilakukan Nizar itu hanya rancangan beliau sendirian bersama MP dari Perak dengan sokongan beberapa MP lain. Bagi saya apa yang berlaku tidak menunjukkan sikap profesional dan matang mereka sebagai ahli parlimen.

Tidak usahlah membawa perangai buruk berlebih-lebihan yang dibawa dari luar sana ke dalam parlimen. Hormati parlimen! Kalau bukan ahli parlimen sendiri yang menghormati dan menjaga kemuliaan dewan siapa lagi yang boleh diharap menghormati dan menjaganya?

Ingatlah kalau tindakan dan aksi kita keterlaluan menyebabkan rakyat dapat menilai apa sebenarnya kita ini? Jadi sebelum rakyat mencemuhi kita perbaikilah perangai, perwatakan dan jangan diulangi kejadian atau perbuatan yang boleh merendahkan martabat kita sebagai ahli yang berhormat. [parlimen.kl 5:00 pm 15/06/09]

13 comments:

RBF Online said...

nizar bukan cerdik sgt wahai mso

sepatutnya pas gugurkan saja keahlian nizar. org mcm nizar inilah yg akan merugikan barisan jamaah pas

that guy said...

kenapa? apa masalah nye??
salah ke? ya..munking betul ini perancangan nizardgn beberapa MP perak..so? whats the problem

its not them..its us...

abu muaz said...

Kita nak bincang soal akhlak dan perilaku yang baik dengan UBN. Nak hormati parlimen.???? Aksi keterlaluan????? semua ini siapa yang ajar menjadikan kita semua kurang ajar.Pedang lawan pedang maka kurang ajar lawannya kurang ajar.

zamzamri said...

Salam MSO....
Dah terang lagi bersuluh, itulah sifat pemimpin yang dipilih untuk memimpin rakyat. Peluang untuk membantu kawasan parlimen mereka disia-siakan kerana amarah yang tidak terkawal....Bertindaklah dengan waras wahai ahli-ahli perlimenku..

bujey said...

biarla dia nak buat apa pun takkan sumanya nak tanya pimpinan atasan. ko ni MSO, jgnla konservatif sgt. aku sokong nizar wat camtu.. yg penting rakyat tak lupakan kezaliman bn. ini politik, biasala tu. klu ikut otak stopa ali n nasa, silap2 teruk pas nanti masa pru13.

penawarrindu said...

Salam hj mso, Tuan Guru Presiden Masih berada di kota London, mana mungkin beliau memakai sama tag "bubar Dun" tapi yang peliknya MP Permatang Pauh dan Ipoh Timur pun tak Pakai.

Ayaaaa, lim Kit siang sama bro anwar apa pasal lu olang talak pakai itu tag??? kalau hadi awang talak pakai aaa.. itu khalid samad mesti bising-bising woooooo

Unknown said...

Apale nak jadi pada kaum peribumi ni..mudah jadi alat...janganlah nak populariti..sanggup..jadi puppet...turun padang...lihat bagaimana kaum peribumi dibuli oleh pihak swasta..,yang taukehnye ..China..dan India...

painah said...

salam MSO,
tidak semua setuju ngan apa yg tuan tulis dan saya salah seorang yang langsung tak bersetuju ngan hujah tuan ni. Biarkan mereka ngan cara yg mereka rasa benar dan tuan tulis dr sudut tuan pulak.

Bagi saya ini satu cara mengingatkan rakyat bahawa jangan terus termakan dengan janji kerajaan perpaduan yg di sokong penuh oleh tuan dan sekelompok kepimpinan pas.

Biar isu perak terus hangat.... teruskan NIzar.

Anonymous said...

Kenapa MP PAS lain di PERAK tak tahu?? KEnapa MP DAP yg tahu??
Nampak jelas NIZAR dah jadi KUDA TUNGGANGAN DAP perkara yg kita amat takuti!!

Ku ingat Taqwa said...

merenung dari jauh tentang sikap ahli parlimen malaysia termasuk speakernya yang lembab.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Wahai PR or UBN, korang ingat tempoh 4 - 5 tahun ni lama sangat ke.... Pengundi atau tax payor bukan bodoh tahap gaban macam wakil rakyat dok pikir (regardless PR or UBN)...

Please la... we are watching U. U failed to deliver we will kick your ass...

Time to berkhidmat utk rakyat...

Anak Lenggong said...

Sepatutnya sebagai saorang pemimpin yang membawa mesej islam (KONONNYA LAA) sepatutnya menerima qada dan qadar daripada ilahi..mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut dan ianya merupakan satu ujian daripada alaah kepada umatnya..

macamni lah pabila manusia dah tidak boleh berfikir ..sebijak mana pun manusia itu ..sekiranya berkelakuan sedemikian dengan sendirinya akan menunjukkan siapa diri dia sebenarnya...

Dahulu ada dikalangan rakyat melahirkan rasa simpati terhadapnya tetapi pabila sudah terlampau sangat rakyat mula rasa muak dan bosan dengan gelagat niza...tengok zambry..beliau tidak hiraukan apa yang terjadi..beliau terus berkhidmat kepada rakyat walaupun segelintir daripada mereka tidak menyukainya..lama kelamaan rakyat akan mula berfikir siapa zambry dan siapa nizarr

RENUNG SEJENAK...! said...

slm abu muaz, klau kurang ajar nk dibalas kurang ajar, knp Saidina Ali tk libas je dengan pedang si kafir yg meludah mukanye...?