Friday, July 23, 2010

Ulasan Peristiwa

Umno Selangor Guna 'Melayu Sampah' Untuk Tumbangkan Pakatan

UMNO sangat menyedari bahana yang akan diterimanya sekiranya parti itu gagal merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana itu pengumuman pilihan raya umum akan dibuat bergantung kepada keadaan Umno di negeri itu. Selagi Umno merasakan Selangor tidak selesa maka pilihan raya akan datang tidak segera dilakukan, mungkin akan genap penggal ke 12 parlimen pada Mac 2013.

Sebaliknya kalau Umno berkedudukan selesa di negeri itu, kemungkinan pilihan raya akan dipercepatkan.

Banyak faktor kenapa Umno mengambil perkiraan itu. Salah satunya ialah kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang terkaya di negara ini. Kehilangan Selangor kepada Umno tak ubah seperti hilangnya karung emas bagi parti itu. Duit di Selangorlah yang akan digunakan untuk menjana Umno di negeri lain. Apabila Selangor sudah dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu, maka kekayaan itu sudah tidak ada lagi.

Inilah menyebabkan pemimpin Umno Selangor menjadi gila. Khir Toyo sampai menggelepar terkeluar dari botol kerana sudah tidak jadi MB lagi. Begitu juga dengan Noh Omar yang bercita-cita besar nak jadi MB Selangor, bernasib baik kerana tidak bertanding di kerusi Dun dalam pilihan raya lalu. Kalau beliau juga dibawa ke Dun pasti Noh juga sudah sasau macam Khir Toyo hari ini.

Musibah kehilangan Selangor itu sudah dapat dilihat kini. Bila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat Umno Selangor jadi huruhara. Iyalah orang tidak biasa ditimpa kecelakaan sekali terkena celaka buruk padahnya. Umno sampai tidak tahu untuk lantik siapa jadi ketua hingga terpaksa Najib Razak memimpin Selangor.

Jadi Umno kena wujudkan keadaan selesa di Selangor. Makanya untuk mewujudkan keadaan itu Umno telah melakukan pelbagai strategi bagi mengoncangkan kerajaan Pakatan Selangor dan mengugahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru itu. Macam-macam dilakukan. Awalnya kerja memburukkan Khalid Ibrahim sebagai MB. MB itu dituduh rasuah dan tidak reti metadbir dan sebagainya. Namun ia tidak membawa apa-apa bekas. Rakyat Selangor yang celit maklumat dan tidak berada dalam asap Umno nampak perubahan yang dilakukan Khalid. Dengan sendirinya fitnah terhadap Khalid tertolak.

Lepas itu ditimbulkan cerita yang Mohd Azmin Ali dan puak-puaknya bencikan Khalid. Kononnya Azmi mahukan jawatan MB dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Khalid. Sekali lagi usaha itu tidak membawa hasil. Sebaliknya pertukaran jawatan pengerusi PKR Selangor dari Khalid kepada Azmin mengukuhkan kedudukan parti berkenaan. Isu ini tidak berapa menarik dan mempersonakan rakyat Selangor.

Kini ditimbulkan pula isu pencurian pasir. Umno sengaja menimbulkan isu ini kerana ia dilihat sensitif. Tidak cukup menggunakan media massa, cetak dan eletronik, isu itu dibawa ke istana pula. Ada pihak yang cuba menggunakan istana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain sebelum ini tidak berapa menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini.

Memerhati kepada gelagat dan tindakan Umno Selangor itu menjelaskan ianya dalam keadaan terdesak. Umno Selangor kehabisan modal dan usaha bagi menumbangkang kerajaan Pakatan. Keterdeksakan inisemakin jelas lagi apabila Ezam Mohamad Noor digunakan untuk dijadikan peluru kapor Umno Selangor.

Ezam bersama kuncu-kuncu kini dinaikkan ke atas pentas untuk membantu Umno Selangor merampas balik negeri Darul Ehsan itu. Atas nama moto "Selamatkan Selangor" Ezam bergerak ke seluruh Selangor. Tugas Ezam berbeza dari tugas pemimpin Umno lain. Beliau tidak menghentam Khalid sebaliknya membelasah bekas bosnya. Sedar atau tidak Ezam sudah menjadi perkakas oleh Umno untuk menentang Anwar dengan sedikit upah.

Perasmian projek selamat Selangor, membelasah Anwar sudah bermula malam semalam di Shah Alam. Khabarnya kehadiran tidak menghampakan sangat, lebih 200 orang yang hadir. Korum itu cukuplah untuk Ezam dan kuncu-kuncunya menerima tepuk setiap kali dia membelas dan menyerang Anwar.

Sebenarnya langkah Umno menurunkan Ezam itu sia-sia saja. Ia tidak memberi kesan besar kepada kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor. Ini kerana orang semua sudah kenal dan tahu panjang pendek politik Ezam Mohamad Noor. Mungkin kalau Ezam tidak bersama Anwar sebelum ini berarak di jalan-jalan raya mengerakan demostrasi orang akan percaya apa yang diucapkan. Tetapi kerana sebelum ini beliau merupakan orang kanan Anwar dan tiba-tiba telah mufarakah dari Anwar orang akan mempersoalkan tindakan beliau.

Apa juga kenyataan Ezam dan juga sumpahnya untuk memperjuangkan Melayu, tuduhan ke atas Anwar sebagai egen Yahudi akan ditolak begitu saja. Orang akan soal kenapa beliau selama ini sanggup ke penjara kerana memperjuangkan agen Yahudi? Mustahil kalau Anwar egen Yahudi beliau tidak tahu?

Dengan mudah orang akan menilai tindakan Ezam yang berpaling tadah itu kerana beliau gagal mencapai cita-citanya. Orang akan membuat andaian Ezam berpaling tadah bukan sangat kerana Anwar sebagai egen Yahudi atau hendak memperjuangkan Melayu, tetapi beliau berpaling tadah kerana gagal memujuk Anwar menyertai Umno selepas PKR gagal membentuk kerajaan tahun 2008. Ezam bertindak bukan untuk bangsa tetapi untuk dirinya.

Bayangkan di manakah Ezam dan kuncu-kuncunya kini kalau Anwar sudah menjadi Perdana Menteri? Bukankah Ezam kini akan berada di Putrajaya bersama Anwar? Jadi, keputusan Ezam meninggalkan Anwar bukan kerana Anwar egen Yahudi atau apa tetapi kerana Anwar gagal jadi PM. Itu saja. Selain itu beliau juga kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut kehendaknya agar berlutut dan mencium tangan Abdullah Badawi menyertai Umno sepertinya.

Jadi orang macam Ezam yang prinsipnya boleh dipersoalkan itulah kini digunakan Umno Selangor untuk menggempur kerajaan Pakatan Rakyat. Orang macam Ezam tidak membawa banyak kelabaan kepada Umno kerana beliau adalah Melayu sampah saja yang kelihatan keras, tegas tetapi di dalamnya lembek, pengcut dan mudah cair dengan ugutan selepas ditangkap dan dipenjarakan.

Sepatutnya Umno Selangor belajar daripada kesilapan dilakukan Umno Kelantan. Umno Kelantan dalam usaha hendak menjatuhkan Pas Kelantan pernah menggunakan khidmat ahli-ahli Pas yang munafik, yang mengkhianati parti dijadikan tentera memburukkan Pas dan peribadi Nik Aziz. Apa terjadi atas usaha berkenaan? Ia bukan saja Umno tidak mendapat laba besar sebaliknya kedudukan Pas semakin kukuh.

Semuanya kerana rakyat Kelantan sudah kenal dan arif kenapa mereka itu sedia menjadi alat dan perkakas kepada Umno. Ia bukan kerana kebenaran yang mereka suarakan di pentas ceramah melainkan kerana mengejar sedikit kebendaan.

Begitu jugalah tindakan Umno Selangor menggunakan Ezam dan kuncu-kuncunya yang satu masa dulu berkhemah siang dan malam Jalan Setiabudi, Damansara tidak akan memberi laba kepada Umno sebaliknya menjadi liabiliti kepada parti berkenaan. [wm.kl. 4:20 pm 24/07/10]

2 comments:

Anti Rasuah said...

kawe setuju benar dengan article ni

ezam ........hanyalah ....sampah

ANAFAKIR said...

Sedihnya melihat 'kepanasan' yg ditanggung UMNO Selangor.Mengejar masa utk berkuasa.Noh hanya bakal timbalan pengerusi perhbgan sahaja jika UMNO kembali berkuasa di Selangor.Jika tidak masakan dia hanya menjadi no.2 selepas DS Najib skarang?.Bila terlalu lama mewah sesekali 'makan sayur air' mereka baru sedar tingginya langit dari bumi..