Monday, June 6, 2011

Susupan Pagi

Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin

[kemaskini] Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin membelasah Pas apabila Pas tidak membincang isu video lucah dalam muktamarnya. Menurut akal Muhyiddin Pas sepatutnya membincang untuk mempastikan siapa watak dalam video lucah berkenaan. Mulanya saya tidak percaya kalau sedangkal itu pemikiran seorang timbalan perdana menteri. Tidak ada kualiti langsung.

Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak.

Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu. Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap mengenai perkara itu, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya.

Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hingga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan.

Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Apakah Muhyiddin mahu Pas mahu menjadikan mereka itu sebagai nabi?

Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Kalau tanpa pengesahan tetapi Pas ikut membincangnya maka standard Pas samalah dengan Muhyiddin saja.

Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan desprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya.

Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan.

Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggian budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan.

Hendaknya Muhyiddin akan meralat singgungannya itu dan berilah komen lain yang mencerminkan bahawa beliau mempunyai daya intelektual politik. Dalam hal ini nampaknya Najib lebih unggul dari Muhyiddin. Bagaimana pun sama-sama kita tunggu ulasan Najib mengenai kemenangan Mohamad Sabu. [ttdi.kl.11:00 am 06/06/11]

6 comments:

cucukerinci said...

Itu le dia taraf pemikiran TPM 1Malaysia....nak dikata bangang nanti marah pulak...tugas menyiasat video seks tu bukan tugas PAS...itu tugas Polis...Tapi Polis pun mcm nak main silap mata sebab dah diperbodohkan oleh umno yg dipimpin oleh org bangang sperti TPM madyudin ni...sudahlah wahai TPM....jgn berhujah mcm budak tadika kemas...

juan said...

malu aku dpat TPM yg taraf pemikiran politik nya rendah...aduyai
ade ke isu mcam tu dia nak sruh dibincangkan dlam Muktamar PAS

ahmadyani said...

Orang akan bercakap apa yang ada dalam fikirannya. Bila bercakap soal video lucah yang orang lain sudah tidak mahu cakap, itu tandanya hati dan fikirannya penuh soal lucah. Oh bagaimana nanti bumi M ini bila orang ini menjadi PM. Minta dijauhkan Allah

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Perangai Muhyidin ini tidaklah sesuatu yang memeranjatkan jika kita ikuti perkembangannya sejak menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO Baru dan DPM.

Seolah-olahnya beliau seperti ditimpa "tulah" jawatan setelah memainkan peranan besar untuk menjatuhkan Paklah tempohari. cakap makin merapu, berlawanan dengan realiti sebenar, seolah-olah beliau berada ditempat lain.

2. Ambo kato tulah sebab kelainan pada ucapan/komen beliau mengenai sesuatu isu begitu jauh tersasar.

kita faham jika ianya bermotif politik tetapi jika dinilai atas butir-butir politik sekalipun, nampak sangat jauh tersasar.

Jika ianya mengambarkan stail politiknya mutakhir ini, ia adalah sesuatu yang malang bagi kita orang melayu.

3. Apatah lagi atas jawatan parti dan kerajaan yang dipegangnya sekarang - sangat-sangat merugi dan meletakkan kita orang melayu dalam keadaan yang begitu disadvantage.

Apakah itu setakat itu sahaja kemampuan politik Muhyiddin? Takkan berat gitu mooo.......

4. Jika itu kemampuannya yang sebenar, ini amat bahaya kepada negara yang sedang menghadapi keadaan ekonomi yang parah sekarang.

Jika apa-apa terjadi kepada PM aka najib, beliau akan mengambilalih teraju peperintahan negara dalam keadaan ekonomi yang begitu genting sekarang.

Keraguan besar akan timbul dikalangan rakyat akan kemampuannya menerajui negara.

bat8

hassanbasri said...

Sdr MSO,
Saya pembaca tegar blog sdr.Rutin saya sebelum memulakan kerja, saya akan pasti membaca posting terbaru sdr.
Inilah pertama (sejak bertahun menatapi blog sdr)memberi komen kpd posting sdr. Sebenci manapun kita dengan UMNO dan pimpinannya, seharusnya kita wajib berlapang dada dan melihat apakah ada relevan pandangan TPM itu.Itu bukan hujah dangkal TPM tetapi sdr yang nampak dangkal kerana tidak memahami tentang kesan perubahan undi khususnya orang melayu dlm PR 13. PAS sebagai gerakan yang meletakkan nilai tauhid (aqidah, syariat dan akhlak) seharusnya sensitif isu akhlak yang membabitkan pimpinan pakatan kerana turut mempengaruhi dan menghalangi jalan ke putrajaya.

Inilah masalahnya pas. Sekiranya ada isu yang tidak baik kena pada diri dan rakan, maka berhempas pulaslah mencari hujah, buka quran, buka hadith untuk jadi hujahan untuk membenarkannya. Contoh isu video seks, hujahnya ianya besi yang tidak ada mata dan telinga..sedang kita mengaji dan mengajar bahawa islam pegang quran, hadith, ijma dan qias. Contoh kedua kita kutuk AUKU yg menyebabkan pelajar jadi jumud. Bila isu pelajar digantung oleh Insaniah Kedah, wah bukan main MB kata ini kehendak AUKU. Isu kebebalan MB selangor hendak meneruskan konsert rock MTV live stage di i-city. Mana bantahan pas pusat. Pemuda PAS selangor mana. Piirah.

Tolonglah kita berfikir macam UMNO fikir bahawa rakyat sekarang bukan mudah diperbodohkan dengan lidah tak bertulang tok tok guru. Rakyat w/pun tak ada phd dan master dlm agama tetapi tahu menilai..ini pulak dah nak jadi negara kebajikan. Akhirnya jadilah spt parti UMNO, DAP, PKR, komunis, sosialis semuanya nak jaga kebajikan rakyat. Apah hijrah rasulullah dari mekah yang sebelum ni dimodalkan untuk cari kebajikan. Kalau itulah baik dok kat mekah je..jaga kebajikan. Rujuk surah Al Haj 41. Dr Yusuf Qhardawi dlm kitab fiqh daulah pula terang kepeluan kuasa 1. keselamatan 2. keperluan hidup

mohd sayuti omar said...

terima kasih sdr hassanbasi kerana selalu jenguk blog saya dan memberi komen. rasanya sdr tersasau sedikit dalam mengkritik saya ini. tidak perlu membawa saya ke mekkah atau ke jeddah dalam memahami sikap dan pendirian pas mengenai video lucah. adapaun yang saya pertikaikan tindakan muhyiddin itu yang memaksa pas mengkaji dan membuat keputusan terhadap sesutau yang belum sahih.
belum ada pengesahan rasmi siapa watak dalam video berkenaan, maaf saya tak tenguk tetapi saya yakin kepada polis dan mahkamah. kalau ada polis mengesahkan dan mahkamah mengesahkan baru saya boleh menerima cadangan muhyiddin yang memaksa pas itu. wajar kalau pas tolak, kerana pas bukan parti yang membincangkan soal yang belum sahih kerana forum mereka itu lebih baik difikirkan untuk membincang masalah parti dan strategi masa depannya.
kalau sdr tidak berfikiran kemetot, sdr tidak akan mencapur adukkan komen saya terhadap muhyiddin dengan pendirian besi hadi awang... cubalah pisahkan isu kalau nak bidas saya pun bairlah langsung dan bukannya menokoh tambah dengan isu-isu lain. berlaku adilah.