ULASAN LAMBAT
Muhyiddin Yassin cuba mencari justifikasi kenapa jawatannya sebagai timbalan presiden Umno digantung? Apakah beliau masih memperkaui bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan ia masih menjadi sebuah badan siasah yang ada wibawa?
Begitulah, jika ditafsir nada kekecewaannya atas apa yang berlaku. Muhyiddin mengungkit dan mempersoalkan tindakan ke atasnya dibuat bukan berlandaskan fakta yang konkrit sebaliknya lebih kepada kepentingan untuk menjaga kuasa sang presiden.
Muhyiddin menghuraikan jawatannya digantung kerana mengkritik presiden parti demi kebaikan dan masa depan parti. Jadi apabila ia berlaku begitu menunjukkan dalam Umno tidak lagi meletakkan kepentingan parti yang disuarakan ahlinya, tetapi lebih mengutamakan kepada ketua.