Monday, March 16, 2020

Dari moral demokrasi kerajaan Muhyiddin adalah kerajaan pintu belakang

SUSUPAN PETANG

Kerajaan Muhyiddin belum diikhtiraf?
DALAM Covid-19 sedang merebak, polemik kerajaan diketuai Muhyiddin Yassin berterusan. Ada dua pihak berpolemik mengenai kerajaan Muhyiddin yang dibentuk 29 Februari lalu. Sepihak mempersoalkan kerajaan itu dari segi semangat demokrasi, (mandat rakyat) sepihak lagi menerimanya seperti kerajaan-kerajaan sebelum ini dibentuk yang memenuhi kehendak undang-undang.

Pihak yang menyokong mempersoalkan,  pertikaian itu disebakan mereka tidak memahami perlembagaan dan kuasa Yang diPertuan Agong. Sementara pihak yang menyifatkan kerajaan itu pintu belakang kerana ia dibentuk tanpa mandat rakyat sepatutnya.

Umum tahu kerajaan Perikatan Nasionl (PN) itu ditubuh apabila berlaku perngkhianatan oleh dua golongan, Bersatu diketuai Muhyiddin Yassin dan segelintir Keadilan diketuai Mohamed Azmin Ali. Soal Matahtir meletak jawatan bukan penyebabkan utama, yang perlu difahami kesempatan yang diambil oleh pengkhianat itu sehingga berjaya melenyapkan kerajaan PH.

Demikian juga apa tujuan dan maksud mereka berbuat begitu, itu soal lain. Pokoknya mereka mengkhianat mandat rakyat yang diberikan dalam Piraum ke 14.

Sudah pasti rakyat yang mengundi ahli parlimen yang khianat itu berdasarkan kempen dan manifesto yang dijaja oleh parti mereka ketika itu, PH. Mereka tidak mengundi dan memilih mereka untuk merealisasikan rampasan kuasa hari ini. Justeru dari konteks inilah maka kerajaan Muhyiddin itu kerajaan pintu belakang dan ia dikudeta secara tidak bermoral.

Adapun peruntukan perlembagaan dan kuasa Yang diPertuan Agong itu, Perkara 43(2)(a) itu bab lain. Jika moral dipenting dan diutamakan sudah pasti kerajaan Muhyiddin itu kerajaan tidak bermaruah dan berprinsip yang perlu disanggah.

Berdasarkan hakikat itu tidak ada sesiapa dari atas kedudukan apa pun, untuk melarang politis dan pemerhati politik untuk menggelarkan atau menyifatkan kerajaan Muhyiddin itu kerajaan dibentuk daripada pintu belakang. Tidak berdosa kalau bertahkid kepada tanggapan begitu.

Dan dari moral politik dan demokrasi kerajaan berusia lebih dua minggu itu masih belum diikhtiraf selagi parlimen tidak berbuat demikian. Sidang pertama parlimen pada pertengahan Mei depan akan menentukan apakah kerajaan Muhyiddin itu diikhtiraf atau pun tidak.

Selagi tiada pengikhtirafan parlimen maka kerajaan itu boleh dianggap sebagai kerajaan "haram".

Dan kalau pun parlimen menerimanya, gelar untuk kerajaan Muhyiddin itu tetap kekal dengan nama kerajaan pintu belakang, sehinggalah beliau mendapat mandat dalam Piraum (pilihan raya umum) ke 15 kelak. [wm.kl.5:41 pm 16/03/2020]

No comments: