KHUTBAH PAGI
Muhyiddin perlu diberi kata dua. |
Sekiranya masing-masing sudah merasa kehidupan terancam atau bakal terjepit, maka sesuatu tindakan perlu dilakukan. Menanti dengan mengharap seperti janji burung Belatuk untuk membawa ulat kepada Murai, rasanya perbuatan yang tidak memberi kebaikan. Dan sia-sia sahaja.
Belatuk atau Hud-Hud tidak akan mudah simpati kepada si
Murai kerana mereka berbeza kedudukan, pangkat dan ada tanggungjawab berbeza.
Dengan
kemelut masalah pandemik Covid-19 hari ini masih gelap belum ada sinar penyelesaiannya,
maka rakyat perlu memberi KATA DUA kepada kerajaan. Kerajaan yang dipimpin oleh
Muhyiddin Yassin hari ini perlu diberikan deadline atau garis sempadan untuk
mereka mengatasi masalah yang makin kritikal kini.
Sekurang-kurangnya
dua tindakan ikhtiar yang tidak disenang rakyat telah diambil kerajaan; PENGISYTIHARAN
DARURAT dan penyambungan PKP. Walaupun sudah dua minggu kebijakan itu diambil
tetapi belum ada tanda-tanda pandemik ini berakhir. Kes kian bertambah, jumlah
kehilangan nyawa juga menimbun. Sedikit masa lagi tidak mustahil jumlah akan
menjadi 1,000. (Kita harap tidak) Perkembangan ini seperti ikhtiar itu tidak direstui atau Tuhan tidak mendengar doa kita.
Setiap hari, sejak pengisytihar darurat dan PKP 2.0 diadakan jumlah kes masih purata sehari antara 4,000 hingga 5,000. Walaupun ada percubaan untuk menjustifikasikan angka itu kononnya berlaku silap teknik kerana ada kes-kes lewat lapor atau bertindih dalam penjumlaahnya, nampaknya tidak menjadi. Apakah setelah kesilapan teknik itu diperbetulkan jumlah kes menurun? Tidak juga. Ertinya justifikasi itu tidak berbaloi. Keadaan itu jadilah seperti kita menipu diri sendiri.
Bertolak
dari situ rakyat perlu mengambil tindakan berani dan tegas dengan memberi ultimatum (kata dua kepada kerajaan). Terbaik kata dua ialah, berikan sedikit masa
lagi kepada kerajaan untuk mereka terus berikhtiar mengurang Covid serta meringankan
beban ekonomi rakyat.
Sekiranya dalam tempoh diberikan itu relatif gagal, kes bertambah, ekonomi rakyat kian menirus, wajar dianjurkan Muhyiddin dan kabinetnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Atau dalam bahasa terhormat, Muhyiddin perlu kembalikan kebijakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan masa depan kerajaan.
Terserah kepada kebijaksanaan Agong apakah baginda mahu melantik
perdana menteri baru kemudian menyusun barisan kabinet yang baru, atau mengambil keputusan parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Sekiranya Muhyiddin dan para menterinya sudah tidak terpikul beban dan masalah ini, beliau tidak perlu bersikeras meneruskannya. Kerana risiko atas perbuatannya adalah kepada rakyat dan negara bukan kepada beliau dan anak beranak dan keluarganya. Muhyiddin perlu peka dan sedar realiti ini dan mempedulikan kepentingan umum bukan peribadi dan puak.
Diharap dalam diri Muhyiddin ada setitik ehsan dan pengertian dalam masalah ini. Jangan kata orang kerana malu hendak bertanya ia akan terus kesesatan. Apabila sudah rasa sesat kembalilah ke pangkalan jalan. Itu formulanya.
Muhyiddin tidak harus membawa bara di atas telapak tangan kerana tangan akan terbakar, bara pula tidak menjadi api dan menerbitkan cahaya untuk orang lain. Tentunya apa yang berlaku di Myanmar turut berlaku di sini, dimana rakyat Myanmar ramai-ramai bertindak memukul periok nasi menandakan mereka benci dan geram dengan darurat yang di laksanakan di sana.
Sebaliknya kalau dalam tempoh dua minggu akan datang keadaan reda dan menunjukkan perubahan positif kita jangan malu-malu untuk menyokong kerajaan PN. [wm.kl.10:34 am 05/02/2021]
No comments:
Post a Comment