Monday, August 1, 2011

Menyambung Posting

Ustaz Dakwa Pejabat Najib Ada Jin?

Lutut Najib Dibelah?

HARI ini perdana menteri Najib Razak menjalani pembedahan lutut. Tidak pula diketahui lutut kanan atau kiri. Lutut beliau terpaksa dibedah kerana sudah lama menghadapi masalah. Ia terjadi apabila terjatuh ketika melakukan tendangan panaliti semasa bermain fusal. Sebelum ini Najib pernah terjatuh semasa mudanya ketika bermain bola.

Cerita Najib nak belah lutut ini saya tahu dua bulan lepas lagi. Ada seorang rakan Umno memberi tahu hal ini. Isteri rakan itu baik dengan doktor yang melakukan pembedahan lutut Najib hari ini.

Kawan itu juga memberi tahu Najib akan masuk hospital pada bulan puasa. Nampaknya apa yang diberi tahu oleh kawan Umno itu betul belaka.

Walaupun pembedahan itu kecil dan Najib boleh bekerja selepas tiga hari, saya tidak fikir Najib boleh menunaikan solat seperti biasa. Jangan ‘tebeng’ (cuba-cuba) main dengan lutut. Najib kena sembahyang atas kerusi. Saya arif dengan perihal lututnya bila diserang gout. Sedikit sebanyak pembedahan itu menganggu amal ibadat Najib di sepanjang bulan puasa ini.

Tetapi saya tidak fikir kalau Najib hanya sakit lutut saja. Seperti mana posting sebelum ini di bawah tajuk, “Ustaz dakwa pejabat Najib ada jin” saya merasakan apa dihadapi Najib kini ada kaitan dengan makhluk halus dan bukan setakat kerana kompilasi lutut saja. Menurut ustaaz itu yang merawat Najib, memang Najib ada masalah banyak.

Masalah jin agak teruk dan sukar sikit untuk diselesaikan. Ia tidak mudah, kalau tidak kena caranya ia boleh membawa sampai ke mati. Ia lebih berat dari masalah Bersih atau pun cicin permata berlian sebesar kepada lutut. Begitu juga isu Altantuya boleh diselesaikan... tetapi masalah jin agak 'rohok' sikit. Perkara ini berlaku dan terjadi diluar pengetahuan dan hisab yakin kita. Orang-orang moden yang percaya seratus peratus kepada profesional manusia akan menolaknya. Walhal didalam Quran ada disebut akan hal ini.

Menurut ustaz yang berasal dari Pettani itu dia telah dipanggil untuk mengesan jin dalam tubuh Najib. Dalam pengesanannya ia menunjukkan bahawa Najib telah digoda ataupun diganggui oleh jin. Keadaan atau serangan jin ini menyebabkan Najib jadi hilang tumpuan dan kurang bertenaga (spritual). Najib juga yang sememangnya lemah lembut menjadi macam keduguanan saja.

“Banyak jin dalam tubuh Najib, tapi kita dah tarik keluar,” begitu kata ustaz berkenaan. Katanya semasa dia merawat Najib secara Islam itu mulut Najib juga berdarah. Saya cuba tanya ustaz itu jin-jin itu angkara siapa? Ustaz itu enggan memberi tahu, tetapi tersenyum seakan memberi tafsiran berat untuk beliau lafazkan.

Selain itu dakwa ustaz itu beliau turut mengesan dan memeriksa pejabat Najib di kementerian kewangan. Katanya di pejabat itu penuh dengan jin. Bila saya tanya siapa punya angkara, menghantar jin-jin itu ke pejabat kewangan, ustaz itu memberi tahu ia dilakukan oleh berbagai jenis manusia. Paling banyak ialah mereka yang cuba melemahkan Najib untuk memberikan mereka projek. Oh...!

“Jin itu masih banyak,” kata ustaz berkenaan sambil menyatakan dia akan dipanggil lagi untuk merawat Najib dari diganggu jin. Sebenarnya cerita ustaz rawat Najib ini terdedah secara tidak sengaja. Ketika dia menunjukkan gambar-gambar pembangunan sekolahnya saya ternampak ada gambar Najib bersamanya. Melihat ini menyebabkan saya bertanya dan ustaz menjawab dia ke rumah Najib.

Bila mendengar cakap ustaz itu saya teringat kepada berita Najib nak bedah lutut. Apakah kesakitan lutut Najib itu ada kena mengena dengan jin. Sebab setahu saya jin suka duduk di sendi atau pun memakan tulang. Semasa kecil dulu orang tua-tua menceritakan jin makan tulang sebab itu kalau ada tulang lembu, kerbau dan sebagainya tidak dikambus bagi memudahkan ia dimakan jin.

Apakah jin sudah mulai makan tulang lutut Najib? Hanya para bomol dan paranoma sahaja boleh menjawabnya.

Kalaulah benar dakwa ustaz itu, elok kalau Najib terus mendapat rawatan dari jin. Sakit disebabkan jin tidak boleh diselesaikan menerusi perubatan secara saintifik atau klinik. Mungkin boleh juga dicuba manalah tahu, gunakan cincin berlian sebesar kepala lutut itu. Ambil cincin bawa ke lutut atau pun masukkan ke dalam baldi ambil airnya jirus dilutut Najib.

Semasa tempat perhimpunan anak Kelantan di rantauan di Kelana Jaya Sabtu lalu saya terdengar cerita seseorang yang mengaku baik dengan adik Najib yang bernama Nazir. Katanya Nazir ada merungut kepada kawannya bahawa abangnya (Najib) dalam kesusuhan. Dia tidak menjelas lanjut apakah yang disusahkan Najib kini.

Apakah kerana lutut atau kerana cincin? [ttdi.kl.12:30 t/hari 01/08/11]

4 comments:

mr edz said...

jin pakai cincin namanya tu

Andaforex V 1.01 said...

ramai pemuda zaman sekarang ni dah tak percaya pasal jin ataupun mahluk halus mahupun ilmu sihir dan guna-guna..bagi saya..saya masih lagi percaya dengan jin dan ilmu-ilmu sihir itu..sebab saya sendiri juga telah merasa sehingga saat ini..
alhamdullilah,kerunsingan dan masalah yang disebabkan oleh syaitan@iblis itu telah berkurangan setelah berubat menggunakan dukun perubatan islam..

Salam
Cityiklan
Sabah,Malaysia

Unknown said...

bolehke cincin mahal tu direndam dan kemudian dikasi minum untuk pulihkan lutut. ini kisah mistik juga. mungkin ada kelebihannya dari cincin yang mahal tu, kalau digadai boleh dapat skru berlian, tetapi doktor pakar dari kutub utara kena panggil. kelakarlah MSO.

kampung.kelawar said...

Kita bisa merancang tetapi rancangan Allah adalah ketetapan.Segala sesuatu itu berlaku adalah hasil perbuatanmu,itulah peringatan Allah kepada hambaNya.Sebab itu kita jangan mempermainkan agama;membuat sumpah palsu,fitnah dan menzalimi orang lain.Tidak ada maslahah atau mengharuskan melalkukan sesuatu yang mungkar dan bathil.
Berhubung dengan jin atau setan ianya adalah sesuatu yang benar.Sehinggakan dinayatakan Rasulullah SAW bahawa syaitan itu mengalir melalui pembuluh darah.Saya ada seorang sahabat yang menderita sakit.Puas berubat dengan perubatan moden tetapi tidak sembuh-sembuh,lalu beliau pergi berubat secara tradisional dan dia diberitahu ada gangguan.Gangguan itu melalui makan dan minum.Melalui gula dan kopi yang dijambi bagi tujuan kebaikan oleh isterinya untuk supaya mereka berkasih sayang suami isteri.Tujuan yang baik.Cumanya isteri kawan saya tersebut mendapatkan bomoh yang mengamalkan sihir atau memelihara jin,bagi tujuan kebaikan suami siteri tersebut,.Setelah berubat Alhamdulillah sahabat saya ini baik.Sebab itu menuntut niat dan cara mesti betul,tidak boleh melakukan sesuatu yang menghalalkasn cara saja.