Thursday, November 7, 2013

Tuan Ibrahim tidak tanding jawatan Timbalan Presiden

BERITA MALAM                                                                              

Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan beliau tidak akan turut merebut jawatan timbalan presiden buat kali kedua sebaliknya akan menumpukan ke jawatan naib presiden. Beliau yang khabarnya mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan timbalan presiden menjelaskan 'penarikan' itu di atas kehendaknya sendiri dan kerana lebih mentingkan soal parti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadi kini ada dua pencabar jawatan timbalan presiden yang kini dipegang Mohamad Sabu; Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah. Mohamad Sabu telah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden.

Meneliti kata-kata atau ayat-ayat yang disusun Tuan Ibrahim dalam kenyataa penarikan dirinya agak menarik dan ia dibuat dengan penuh keinsafan. Beliau sendiri memperakui ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ertinya tidak ada 'perestuan' langsung darinya untuk mana-mana calon yang bakal berdepan dengan Mohamad Sabu.

Antara lain katanya; kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanat tersebut."

Ayat ini menjelaskan Tuan Ibrahim meletakkan kepentingan dan masa depan parti lebih utama. Beliau memahami seorang yang selayaknya perlu memegang jawatan itu.

Penarikan diri itu juga kerana beliau lebih mengutamakan kesejahtraan Pas daripada cuba meletakkan dirinya di atas. Katanya, "Pas kini berhadapan dengan cabaran masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhwah yang perlu diperkasakan. Inilah menjadi antara faktor beliau menerima atau menolak."

Sekali lagi beliau mahukan kekuatan Pakatan Rakyat diperkasakan dan hanya orang tertentu yang mempunyai kredibiliti dan aura sahaja dapat melakukannya.

Jelas pernyatan itu menggambarkan keinsafan dan kesedaran beliau terhadap tanggungjawab dan amanah menjadi pemimpin. Beliau menyedari menjadi pemimpin bukan sesuatu perkara untuk diseronoki tetapi ia penuh dengan tanggungjawab. Inilah sikap yang perlu ada kepada pimpinan parti Pas.

Bagi saya pernyataan itu jujur dan ikhlas.

Sebelum ini dibayangkan akan berlaku kompromi di antara beliau dengan Mohd Amar yang dilihat dari rahang dan aliran pemikiran yang sama. Diramalkan dalam kompromi itu sudah pasti Tuan Ibrahim akan dilepaskan untuk mencabar Mohamad Sabu. Ia lebih logik dan munasabah kerana dua tahun lepas beliau pernah bersama dengan Mohamad mencabar kedudukan bekas timbalan presiden untuk jawatan itu dalam pertandingan tiga penjuru.

Soalnya kini, apakah dengan penarikan diri Tuan Ibrahim itu ada persefahaman Mohd Amar akan mencabar Mohamad Sabu? Sebaris pernyataan Tuan Ibrahim menyebut; "Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan."

Ayat ini menjelaskan penarikan diri beliau yang diharap mencabar Mohamad itu bukan kerana ada persefahaman (kompromi) dengan sesiapa melainkan atas keinsafannya sendiri.

Tuan Ibrahim memilih Doha untuk membuat pengumuman itu. Pengumuman di luar negara itu boleh disifatkan ianya sebagai sesuatu yang ada teknikalnya atau pun ada helah untuk tidak dilihat sebagai beliau berkompromi dengan sesiapa? Pasti kalau beliau membuat pengumuman itu di dalam negeri akan ada tanggapan sebaliknya. Setidak-tidaknya semasa beliau membuat pengumuman itu tentu ada sesiapa mendampinginya dan ini menyebabkan ianya akan ditafsir dengan berbagai maksud.

Sebelum ini tidak ada terlepas kata-kata sedemikian atau reaksi dari Ketua Penerangan Pas itu yang beliau akan bermaufakat dengan sesiapa. Bagaimana pun ada segelintir orang yang 'sekampung' dengannya menjelaskan perkara itu. Satu maklumat yang sampai ke telinga saya, menjelaskan ada kompromi itu. "Semuanya sudah beres, enta sahaja yang tidak tahu?" kata sumber itu memberi konotasi dan memberi faham kepada saya mengenai kompromi itu.

Memang agak pelik kenapa tidak beliau mencabar Mohamad Sabu? Kalau dibanding dari segi pengaruh peringkat kebangsaan Tuan Ibrahim lebih ke depan berbanding dengan Mohd Amar. Lagipun beliau pernah menjadi Naib Presiden dan kini selaku Ketua Penerangan Pas. Manakala Mohd Amar masih dikira amatur, beluam pernah memegang jawatan di peringkat kebangsaan kecuali Ajk Pas Pusat.

Dengan kedudukan itu agak sukar untuk Mohd Amar mendapat pengaruh. Apa lagi beluau sendiri pernah kalah dalam percubaan untuk mendapat kerusi naib presiden Pas. Seperti dikatakan, kedudukannya dalam kerajaan Pas Kelantan sebagai Timbalan Menteri Besar juga tidak kuat. Beliau akan dibayangi oleh pengaruh Husam Musa di peringkat kebangsaan.

Tetapi apabila menyedari Pas kawasan Kuala Krau mencalonkan Mohd Amar untuk kerusi timbalan presiden ia merombakkan rasa ganjil itu. Yang di-Pertua Pas Kuala Krau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.

Seperti mana kata sumber itu atas kepercayaan perwakilan Pas ada stand tersendiri dalam memilih pemimpin di mana mereka akan berwala' (taat dan patuh) kepada arahan ketua, tidak mudah terpengaruh dengan environment luaran, sumber yang rapat dengan Tuan Ibrahim itu yakin 60% perwakilan akan memilih Mohd Amar?

Penarikan diri Tuan Ibrahim ini saya tidak mahu menyimpulkan apakah ia satu kompromi dengan Mohd Amar atau tidak? Saya lebih suka menganggapnya satu keinsafana dan keikhlasan Tuan Ibrahim. Bagaimana pun diingatkan dalam apa juga keadaan saya tetap berpegang kepada falsah politik saya, bahawa tidak ada keikhlasan, kejujuran dan kebenaran di dalam politik.

Pengumuman Tuan Ibrahim itu telah mengakhiri penantian Husam Musa yang juga buat masa kini katanya berada di luar negara. Naib Presiden itu sebelum ini hanya menunggu pendirian Tuan Ibrahim saja. Nah, Tuan Ibrahim sudah bersuara kini semua orang ingin mendengar suara Husam pula. Apakah pendirian dan pilihan beliau. Akan bertanding jawatan timbalan presiden, atau naib presiden atau pun tidak bertanding apa-apa jawatan dan akan membiarkan Mohamad Sabu menang tanpa bertanding?

Di kejauhan malam ini saya dapat membaca apa yang tersekang di sanubari bekas Exco Kelantan itu. Saya merasakan dia juga akan turut mencabar Mohamad Sabu sekiranya Mohd Amar juga berbuat demikian. Cuma politik baik saya terfikir, apakah tidak mustahil kalau Mohd Amar juga mengambil sikap seperti Tuan Ibrahim mahu mengutamakan kepentingan parti dan tidak mahu pakai baju sais free, maka beliau akan membiarkan Husam untuk berdepan dengan Mohamad Sabu.(?) [wm.kl.11:52 t/mlm 07/11/13] * tanpa edit

1 comment:

bat8 said...

Tuan,

Ambo amat terharu membaca email Dato Tuan Ibrahim yang hanya menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden. Teserlah ketinggian peribadi beliau yang harus menjadi contoh kepada semua pemimpin PAS. Beliau telah meletakkan kepentingan perjuangan Islam,jamaah didepan dan menolak kep3ntingan karier politik peribadi kebelakang.

Benar kata beliau bahawa perjuangan PAS sekarang lebih mencabar dan memerlukan individu-individu yang mempunyai k3mampuan yang tinggi menduduki jawatan-jawatan utama dalam saf kepimpinan pusat yang dapat meng3mudi PAS agar berada didepan sekali dalam percaturan politik yang canggih hari ini. Disinilah para calon perlu membuat introsp3ktif seperti Dato Tuan Ibrahim untuk melihat diposisi mana mereka layak duduk didalam jamaah. Politik PAS bukan jembatan untuk mencari 3 TA seperti politik UMNO.

Atas kesedaran ini saya rasa barisan kepimpinan PAS yang baru idealnya seperti berikut:

1. Timbalan Presiden - Husam Musa. Mat Sabu bukan tak bagus tetapi dalam mengharungi cabaran politik baru sekarang ,t3naga Mat Sabu sebagai p3ngerak massa l3bih efektif jika beliau menjawat jawatan sebagai salah seorang naib presiden.

Jadi,elok jika beliau bertukar posisi dengan Husam.

Mengapa saya kata Husam l3bih layak? Hari ini kita p3mimpin2 muda DAP b3gitu m3nonjol membangkit isu-isu penting seperti k3naikan mi yak, TPPA,GST dan lain-lain isu komtemporari. Sedangkan PAS l3bih banyak menyepi. PAS perlu berupaya meyaingi DAP terutama m3mbangkitkan isu2 yang m3ny3ntuh kepentingan orang melayu yang sedang dijual seperti ikan tamban ol3h UMNO sekarang.

Sebab PAS gagal untuk menyaingi DAP dalam isu2 besar yang canggih inilah telah memberi peluru kepada UBN menjaja yang PAS telah ditugganggi oleh DAP dan PKR.

Jadi pada saya, susuk tubuh yang sesuai untuk memikul tugas ini adah Husam atas jawatan Timbalan Presiden. Nik Amar dok rok langsung. Pongoh tok diperlukan untuk membawa misi ini.


2. Naib Pr3siden - Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan seorang wakil ulamak yang progresif. Mahfuz 3lok duduk dalam AJK Pusat kerana beliau perlu tumpu perrhatian untuk memulihkan PAS Kedah dan menawan Kedah dalam PRU 14. Pada saya tak ada calon yang l3bih sesuai selain Mahfuz untuk mengalas tugas ini.

3. Ketua Penerangan - Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebenarnya beliau telah menjalankan tugas ketua penerangan dengan cemerlang. Tugas penting Ketua Penerangan adalah untuk berinteraksi dengan ahli terutamanya dalam memantapkan mesej PAS keakar umbi dengan efektif. Juga untuk melaksanakan program untuk menarik sokongan rakyat berbilang kaum untuk menyokong PAS.

Pada saya tidak ada susuk tubuh yang paling sesuai untuk melaksakan tugas ini dengan baik k3cuali beliau. Susuk tubuh ini boleh diterima oleh ahli-ahli dengan baik dan juga mampu membawa imej PAS dan Islam dengan baik kepada rakyat diluar sana.

Keperibadian beliau, kemantapan ilmu dan keupayaan beliau membaca realiti disekeliling dengan baik akan merupakan satu aset bernilai dalam menghadapi suasana politik baru yang kita lihat hari ini.