Monday, December 1, 2014

Exco Kelantan akan dirombak termasuk TMB?

SUSUPAN PETANG                                                                                         

Mohd Amar Nik Abdullah
Semasa melalui negeri Kelantan dan singgah di sebuah hotel untuk bermalam semalaman saya terdengar dua versi cerita mengenai negeri Kelantan. Kedua-dua versi itu memberi petanda atau maklumat yang tidak baik kepada kerajaan Kelantan Pas pimpinan Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah (AYMA).

Versi pertama ialah kononnya barisan Exco Kelantan akan dirombak bila genap tahun ini. Tidak jelas kenapa barisan Exco yang dibentuk Ahmad Yaakob dalam tempoh tidak sampai 48 jam selepas PRU ke-13 itu perlu dirombak.

Sekiranya ini berlaku bermakna ada sesuatu yang tidak kena atau sudah terjadi dalam kerajaan Pas Kelantan ketika ini. Apabila diberitakan barisan Exco akan dirombak menggambarkan barisan Exco yang ada kini tidak berfungsi atau pun mampu mencapai sasaran yang dikehendaki?

Manakala versi kedua pula juga berkaitan perkara yang sama, kononya Ahmad Yaakob sekarang ini sedang mengenal pasti nama-nama Adun untuk diganti Exco yang sedia ada. Menurut cerita versi kedua bukan semua Exco yang ada perlu diganti tetapi separuh daripadanya diberitakan akan menghadapi perubahan itu.

Exco-exco Kelantan ialah, Hanifa Ahmad, Dr Mohd Fadzli Hassan, Annuar Tan Abdullah, Anizan Abdul Rahman, Abdul Fatah Mahmood, Muntaz Mat Nawi, Che Abdullah Che Nawi, Ramli Mohamad dan Nasaruddin Daud. Ada mereka yang sudah berkhidmat tiga penggal.

Daripada versi kedua berita yang dipunggut dari persinggahan itu, selain daripada separuh daripada Exco berkenaan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah juga dikatakan turut sama terlibat dengan desas desus akan ditukar. Masa ini Ahmad Yaakob dikatakan sedang mencari pengganti Mohd Amar.

Tidak pula diketahui apakah sebab musabab kenapa rombakan bakal dibuat itu melihat TMB sendiri. Bagaimana pun sekiranya ini benar dan ada asasnya menunjukkan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob dalam bermasalah.

Buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai berita yang didengar ini. Kalau ianya benar sudah tentu berita yang kurang enak ini akan meletus juga. Pihak Umno juga tampaknya masih belum mengetahui akan kedua versi berita ini. Atau pun Umno Kelantan sengaja mengamankannya kerana mahu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Penyiasatan akan bermula. [wm.kl.5:20 pm 01.12/14]

4 comments:

Unknown said...

kalau berita ni benar, alhamdulillah. moga pas kelantan jauh dr anasir pas terengganu

bat8 said...

Tuan MSO

Sebenarnya jika dibuat pertukaran TMB dan separuh dari Exco seperti koba angin tu, ia adalah satu langkah yang terbaik buat PAS dan PAS Kelantan. Yang paling p3nting ialah kerajaan PAS Kelantan begitu penting kepada PAS dan pe4juangan Islam. Jadi mempertahankan kerajaan PAS Kelantan dari terkubur didalam PRU 14 nanti adalah pe4kara su4vival PAS dan perjuangan Islam itu sendiri. Tiada individu hata Presiden PAS sendiri dari ini. Tanda-tanda yang kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA akan dihukum ol3h rakyat Kelantan begitu jelas. Ketidakmampuan kepimpinan baru kerajaan negeri begitu teserlah.

Seperti yang saya selalu kata, kerajaan PAS Terengganu dan Kedah boleh jatuh setelah memerintah sepenggal, tetapi kerajaan PAS Kelantan tidak bol3h. Kerajaan PAS Kelantan ialah simbol dan ikon yang boleh dilihat dengan mata kepala setiap rakyat ( bukan gambaran di fikiran semata-mata) tentang pe4juangan PAS sejak ditubuhkan. Ia adalah satu-satunya testimoni bagaimana s3buah kerajaan Islam itu berfungsi didalam suasana sekular yang sentiasa mencari helah dan peluang untuk mel3nyapkannya.

Itu satu hal. Secara realitinya, Nik Amar perlu ditukar. Nik Amar sekarang menjadi liabiliti dan akan menjadi punca/s3bab rakyat kelantan akan menghukumkan PAS. Kita sama tahu sejauh mana k3bolehan Nik Amar sebagai Exco dulu. Secara terus terang, Nik Amar tak tahu gapo satu pasal memerintah.....tak payah nak berlapik. Itu kita belum kecek pasal kebolehan berpencak silat di gelanggang politik sebagai TMB. Kalau masa m3njadi 3xco, bolehlah pakat-pakat tudung tetapi kalau dah jadi TMB, tokleh doh sebab setiap tindakan dan keputusan beliau akan menyeret kerajaan negeri dan PAS sendiri.

Ambo mitok maaf jika terlalu direct dalam hal ni.Bukan ambo benci ko Nik Amar. Ambo sayang s3bab sebagai individu Nik Amar orang baik. Atas sebab sayanglah kita tak mahu dia merosakkan imej dia sebagai orang baik dan merosakkan PAS tu sendiri.

Sekali lagi ambo mitok maaf.

Abuarif said...

Setuju... Jgn bagi pas teganu yg dah kecundang tu mempengaruhi pas kelantan nanti pas kelantan pun tumbg sbb cara bos dia memg dah xbetul....

Cikmat Ibrahim said...

Bukankah boleh dipecat apabila rasuah dibuktikan dimahkamah, seleweng dan berdosa besar seperti zina mengikut versi Terengganu, kalau tidak mesti tunggu sampai akhir penggal, mengikut versi PKR pula adalah apabila KPI tidak dicapai maka bolehlah mulakan langkah untuk pemecatan.

Saya berharap Kelantan memakai versi yang sesuai.