SUSUPAN MALAM
KENYATAAN Dr Mahathir Mohamad mengenai Zakir Naik yang memberi gambaran pendakwah itu tidak boleh bercakap soal politik dan menyerahkan kedudukannya kepada siasatan polis, menunjukkan PM itu tidak akan membela Zakir atas alasan persaudaraan Islam atau untuk menyelamatkan dia daripada dikenakan tindakan dibawah undang-undang negaranya, India.
Zakir Naik dikehendaki oleh kerajaan India atas beberapa kesalahan salah satunya melakukan aktiviti pengubahan wang haram.
Tuduhan ke atas Zakir itu sama seperti tuduhan dikenakan oleh kerajaan Mahathir ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
Sebagai PM, Mahathir tentu melihat dan memberi keutamaan kepada keamanan dan keharmonian negara ini terlebih dahulu. Tidak ada keperluan untuknya dan sesiapa sahaja mempertahankan Zakir kalau kedatangannya ke sini menjejaskan keharmonian yang ada.
Kalau Mahathir "membenarkan" Najib didakwa di bawah akta pengubahan wang haram, tidak ada sebab untuk beliau "melarang" kerajaaan India daripada mendakwa Zakir yang dituduh dibawah akta yang sama.
Banyak pihak membuat desakan agar Zakir dibawa keluar daripada negara ini ekoran beberapa kenyataannya yang sensitif dibuatnya. Selain dari 100 laporan polis, berbagai individu politik dan mereka berkedudukan termasuk bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor memberi pendapat agar status diberikan kepada zakir dikaji sebelum.
Malahan Rahim Nor tegas mengatakan Zakir perlu dibawa keluar dari negara ini. Kenyataan Rahim itu dilihat profesional dan jujur kerana beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Sekiranya kerajaan terpaksa menghantar Zakir keluar dari negara ini dan keselamatannya terancam, maka parti politik atau pihak yang menganjurkan syarahan berunsur politik pendakwahnya itulah perlu bertanggungjawab. Kontroversi Zakir bermula apabila beliau diundang berucap dalam satu majlis di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu yang dihadiri puluhan ribu.
Dengan mengambil kira kontroversi dan kemarahan orang ramai kepada Zakir bermula di Kota Bharu, maka penganjur di Kota Bharu itulah kena bertanggungjawab. Majlis dihadiri Zakir itu dianjurkan oleh kerajaan Kelantan.
Umum tahu kerajaan Kelantan adalah dibawah pemerintahan parti agama (Pam).
Saya sudah mencatat dalam Facebooks saya, tindakan Pam memanggil Zakir berucap di khalayak adalah tidak sesuai dan membawa maksud politik yang jelas. Apa lagi ia berucap menyentuh perkara politik yang diharamkan buatnya. Dua kenyataan politik yang tidak menunjukkan bijaksana Zakir yang diberikan pemastautin tetap negara ini apabila beliau menyentuh dan mengkritik orang Cina dan India yang sah dan menjadi warga negara ini.
Zakir seperti mana dilaporkan beliau berkata, masyarakat India di negara ini lebih taat kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding dengan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad.
Sementara kenyataan yang menyentuh perasaan orang Cina pula apabila beliau meminta orang Cina meninggalkan Malaysia lebih awal daripadanya, kerana menganggap orang Cina juga sebagai tetamu negara ini sepertinya.
Dua kenyataan itu sangat menyengat dan menimbulkan kemarahan khasnya orang Cina dan India. Zakir sepatutnya tidak menyebut dan menyinggung hal itu dalam usaha mempertahankan dirinya. Beliau sepatutnya lebih hati-hati dan bersikap merendah diri dan tawaquf sesuai sebagai seorang pendakwah bertaraf antarabangsa.
Bagaimana pun Zakir tidak boleh disalahkan seratus peratus. Pihak penganjur juga bertanggung jawab dengan apa yang berlaku. Sepatutnya "tuan kija" (tuan rumah) memberi panduan kepada Zakir sebelum dia berucap. Penganjur sepatutnya lebih sensitif dan membaca implikasi yang bakal berlaku bukannya semata-mata menjadikan Zakir sebagai bahan politik pandir murahan untuk kepentingan Pam.
Justeru bagi saya, dalam kes dihadapi Zakir kini, telah disoal siasat polis dua kali sehingga catatan ini dibuat (jam 8:00 malam) beliau masih di Bukit Aman, pihak penganjur juga perlu dipanggil untuk disoal siasat. Diharap polis khasnya Polis Kelantan tidak melepaskan penganjur yang bertanggungjawab memberi pentas politik kepada Zakir Naik itu.
Apa dihadapi Zakir itu bolehlah dikatakan perangkap untuknya. Satu penganiayaan. Beliau dibenarkan bermastautin di sini atas nama persaudaraan Islam dan demi kepentingan Islam juga. Dengan berlakunya apa yang berlaku ini, maksud baik itu sudah tidak bermakna lagi, sebaliknya kecelakaan untuk semua warga yang berlaku.
Diharap Zakir lebih memahami hati budi dan sosio politik negara ini. Apa disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (foto) agar beliau melawat ke Melaka untuk mengenal model perpaduan rakyat negara ini sangatlah tepat. Adzly mungkin boleh menyediakan segala kemudahan untuk lawatan Zakir ke Melaka nanti. [wm.kl.11:11 pm 19/08/19]
Zakir terperangkap dalam mainan politik pandir. |

No comments:
Post a Comment