Wednesday, August 26, 2020

Pendedahan Zafrul tidak lengkap: Yang ditunggu siapa pemilik syarikat

NOTA 

Zafrul perlu dedah sama nama
pemilik syarikat yang dapat kontrak.

SETELAH didesak dan diasak oleh pelbagai pihak akhirnya Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan mendedahkan 101 kontrak-kontrak yang telah diberikan secara runding terus oleh 19 Kementerian dan Jabatan Perdana Menteri seperti mana berikut: 

1. Kementerian Pengangkutan Malaysia empat projek bernilai RM44,477.76 
2. Kementerian Pertahanan enam projek bernilai RM900.86 
3. Kementerian Dalam Negeri lapan projek bernilai  RM 8 517.68 
4. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 12 projek RM12 380.12 
5. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dua projek RM 2 170.79 
6. Kementerian Pendidikan tujuh projek 7 87.49 
7. Kementerian Kesihatan Malaysia empat projek RM 10,87  
8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri sembilan projek  RM10.36 
9. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim tujuh projek bernilai 
RM 8.46 
10. Kementerian Kewangan Malaysia empat projek bernilai RM9.03 
11. Jabatan Perdana Menteri lima projek bernilai RM 8.18 
12. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dua projek bernilai RM 7.36 
13. Kementerian Belia Dan Sukan satu projek bernilai RM6.45 
14. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani lapan projek bernilai RM6.15 
15. Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli 13 projek bernilai RM5.67 
16. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat satu projek bernilai RM1.18 
17. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi empat projek bernilai RM1.17 
18. Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dua projek bernilai RM0.57 
19. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna satu projek bernilai RM0.16 
20. Kementerian Wilayah Persekutuan satu projek bernilai RM0.096
 
Jumlah Keseluruhan RM101 6.61 billion.




Pendedahan itu sesuatu yang wajar, tetapi masih tidak lengkap. Setakat mendedahkan nilai dan bilangan kontrak itu diberikan kepada kementerian dengan mengikut syarat atau prosedur yang dibenarkan tidak jadi masalah. 

Tetapi apa yang orang ramai ingin ketahui dan penasaran ialah siapakah pemilik syarikat-syarikat yang mendapat kontrak berkenaan.

Adalah lebih afdal kalau Menteri Kewangan Zafrul Aziz turut sama menyebut nama pemilik syarikat yang memperolehi kontrak berkenaan. Rakyat mahu ketahui berapa syarikat dimiliki orang Cina, orang India, orang Melayu dan bangsa-bangsa lain yang mendapat projek berkenaan.

Memerhati dan menilai kepada syarat-syarat seperti mana dijelaskan, pemberian perolehan runding terus kepada Kementerian itu oleh Kementerian Kewangan tidak menjadi kesalahan semasa Lim Guan Eng jadi menteri kerana kelulusan memenuhi syarat-syarat ditetapkan seperti mana disebut dalam kenyataan dikeluarkan itu. [wm.kl. 8:12 pm 26/08/2020]

No comments: