CATATAN MALAM
Na'im dan isteri ditengah gelandangan. |
Sebab itu sesetengah orang yang menginsafi dan tahu akan tanggungjawab itu, tidak mudah untuk menerimanya, apa lagi mencari-carinya sehingga sanggup melobi dan sebagainya. Manakala yang kurang sense tidak tahu memanfaatkan amanah yang diserahkan kepadanya.
Seorang pemimpin adalah khalifah Allah di bumi ini, menjadi wali atau wakil Allah untuk menjaga seluruh isi alam semesta ini. Ia suatu amanah yang besar.
Menjadi pemimpin bukan setakat menikmati apa-apa kemudahan dan fasalitis disediakan menerusi jawatan demikian. Jauh sekali untuk dijadikan kebanggaan atau meraih glamour dan menjadi selaku harta pusaka daripadanya. Jawatan bukan untuk dimegahi dan meraih untuk kepentingan peribadi.

Kerana memahami tanggungjawab dan amanah seorang pemimpin itulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Na'im Mokhtar tidak mementingkan soal protokol atau memilih majlis/lokasi untuk hadir dan melihat majlis bakal dihadirinya dihias atau melihat ia selesa atau tidak. Beliau seorang menteri yang simple dan humble lebih mementingkan kualiti kerja daripada bergaya.
Bekas Presiden Mahkamah Syariah ini nampaknya benar-benar menghayati semangat, sifat dan akhlak yang perlu ada kepada seseorang pimipin seperti mana digariskan oleh Islam yang diteladankan oleh para khalifah di zaman lampau. Kehebatan daulat Islam lebih 1500 tahun antara lain kerana ketinggian pekerti dan budi para pemimpinnya.

Malam tadi, ketika para pemimpin lain, khasnya menteri sudah berihat atau berseronok dengan sanak saudara di rumah, atau melayan tetamu aidifitri, tetapi Menteri Agama ini turun ke Lembah Gelandangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memantau dan berhari raya dengan para gelandangan dan mereka kurang bernasib baik.
Kira-kira 500 khalayak berhimpun di Lembah Gelandangan itu untuk bertemu dan beraya dengan Menteri Agama ini. Dalam kunjungan Na'im secara spontan dan mengejutkan tanpa protokol itu beliau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada lebih 200 orang gelandangan, yang bermaustautin di situ dan ada juga yang datang dari kawasan luar.
Paling merujakan, beliau bawa sama isterinya. Jarang menteri akan membawa isteri bersama untuk memasuki ke kawasan "semerawut" begitu. Biasanya menteri akan didampingi sang isteri di majlis-majlis selesa berhawa dingin serta didatang para pembesar lain sama.
Selain itu turut sama bersama gelandangan malam tadi ialah Pemangku Ketua Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Ameer Ali Vali Mohamed.
Sebenarnya kehadiran Na'im dilokasi marhaen begitu bukan pertama kali. Sebelum ini beliau kelihatan mengunjungi rumah rumah anak yatim, orang tua dan sebagainya untuk beramah mesra dengan asnaf berkenaaan. Beliau juga turut sama memberi semangat dan sokongan dengan hadir sendiri ke majlis mengimarak masjid dan mengajak anak-anak muda ke acara solat berjemaaah Subuh Seperti Jumaat.
Barang kali disinilah baiknya seorang bukan dari rahim politik atau mempunyai cita-cita politik diangkat menjadi menteri. Apa dilakukan Na'im lebih kepada menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan daripada cuba membina kekuatan politik peribadi. [wm.kl. 9:22 am. 16/04/24]
1 comment:
Alhamdulillah Tahniah
Post a Comment