Friday, May 10, 2024

Anwar bentuk atmosfera baru politik

ULASAN 

Nassaruddin menyampaikan
cenderamata kepada Anwar.
LAWATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu semalam melengkap dan mengenapkan penjelajahan beliau selaku Perdana Menteri ke negeri-negeri diperintah pembangkang. 

Lawatan itu memberi erti dan makna besar kepada seluruh rakyat negara ini, terutamanya bagi bangsa Melayu.

Di luar kesedaran Anwar telah membentuk atmesfora baru politik dalam negeri ini mengajak rakyat lebih bijak dan rasional berpolitik, apabila beliau berkunjung ke negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu dimana semua negeri itu dikuasai pembangkang. Keutamaan diberikan itu menunjukan keterbukaan dan kewasaannya berpolitik berasaskan prinsip syariah dan adat budaya bangsa.

Beliau memberi keutamaan kepada negeri-negeri berkenaan membuktikan bahawa beliau tiada dendam dalam politik dan iltizamnya untuk memajukan Melayu dan Islam sangat jelas. Amalan politik jumuk dan lapok menganak tirikan negeri tidak sehaluan dengan Kuala Lumpur sudah berlalu, dan itu yang mahu dinyahkannya dari dahi minda kita. 

Kita faham secara relatif graf pembangunan di negeri negeri berkenaan tidak setanding dengan negeri di Pantai Barat dimana ia perlu ditop secepat mungkin agak jurangnya tidak kian meluas. Sedar atau tidak lebih enam dekad berlaku ketiadak-adilan itu tanpa dipedulikan sesiapa, pemerintah (PM) sebelum ini.

Sebagai perdana menteri Anwar akan cuba mengseimbangkan keadaan ekonomi, sosial dan infrastruktur di negeri-negeri berkenaan. Itulah tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya kini. Sebagai seorang pengamal syariah Allah beliau sangat obses kepadanya. Justeru beliau sedia dan sanggup melupai segala keraguan, kecaman, sindiran penghinaan terhadapnya sebelum ini oleh pembangkang dan sebagainya, seperti beliau melupai segala penyesaan dan keazaban yang diterimanya lebih 10 tahun dalam penjara. 

Sanusi sambut ktibaan
Anwar di airport.
Kelebihan yang dimiliki Anwar beliau nekad akan melaksanakan apa yang diyakini tanpa menghiraukan titik bengik. Anwar seorang yang mementingkan kualiti dan kewarasan bersendikan ajaran agama.

Beralih angin.

Perkembangan politik negara dalam tempoh hampir dua tahun ini tampaknya sudah beralih angin. Keadaan tampaknya sudah mulai dapat menerima dan menyedari akan kehebatan Anwar sebagai satu-satu seorang Adi Jagat negara yang tulen.

Beliau tidak beretorik dalam hal ini, untuk memberi kesaksamaan kepada negeri-negeri berkenaan, melainkan dibuktikan. Beliau mahu pastikan apa yang menjadi cita-citanya itu terlaksana sedaya dan selekas mungkin. Anwar menyedari ia perlu mengqadakan pembangunan untuk rakyat kerana tertinggal dua dekad setengah. Lantaran itu jika diperhatikan perjalanannya "gaduh lorat" langkah tangkas dan ia seperti tidak kecupukan rehat kerana mengajar waktu bagi mendakap sesuatu yang kesekian lama terlepas.

Misalnya beliau memberi tempoh dua bulan untuk menoktahkan kemiskinan di negeri-negeri berkenaan disamping mengalirkan jutaan peruntukan pembangunan tanpa banyak basa basi, kerenah. Ini adalah penanda aras kepada komitmennya yang sama-sama ditunggui kita semua.

Anwar diapit Shukeri dan Dr Maza.
Bersama perdana menteri ke 10 ini tampaknya kita sudah bergerak ke landasan yang betul untuk bangunkan negara dan bangsa serta melakukan anjakan berpolitik. Kegilaan berpolitik tanpa ada had dan batas, yang berlaku setiap masa sehingga merenggang dan meremukkan perasaan sesama sendiri, tanpa disedari ia merugikan sudah kian terpinggir. 

Kebobrokan ini disedari sama oleh Nassaruddin apabila beliau menegaskan, kita perlu berpolitik lima tahun sekali sahaja, manakala Sanusi Muhammad Nur pula dengan tulus memohon maaf kepada Anwar di atas keceluparan dan nekad untuk bersikap beradat di masa hadapan. Dua kenyataan dari MB itu cukup mengharukan kita, dan ia pemula ke atas persefahaman yang cukup indah.

Untuk merealisasikan harapan dan impian bersama, ini sudah pasti ia tidak ada keuupayaan mutlak kepada Anwar bersendirian melainkan perlu dibantu dan disokong oleh pihak termasuk pemimpin pembangkang khasnya ketua-ketua kerajaan negeri. Apa ditunjukkan Menteri Besar Kelantan, Nassaruddin Daud, Kedah, Sanusi Md Noor, Ahmad Samsuri Mokhtar, Terengganu dan Mohd Shukeri Ramli, Perlis, membuka mengobek era politik baru. 

Anwar berdoa bersama Samsuri
dan pegawai kenan kerajaan.
Tidak kurang penting juga, para ilmuan, tokoh agama, pendakwah, guru-guru pondok, pimpinan NGO perlu ikut beriltizam bersama atas satu semangat dan maksud mahu melihat kita maju dan berjaya. Semua perlu menginsafi bahawa persengketaan politik tidak memberi sedikit pun keuntungan. Sepatutnya sebagai insan kita perlu menyumbang hatta sebesar nila untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Semua rakyat tanpa kira sentimen dan idealogi poltiik mengalu-alukan ucapan ahlan wasalan dan kalungan perdamaian yang diberikan oleh Nassaruddin, Sanusi, Shukeri dan Samsuri ke atas lawatan dan kunjungan Anwar Ibrahim. Ia sungguh profesional dan membahagiakan. Gambaran jelas apabila ribuan rakyat menghadiri Sambutan Aidifitri Madani 2024 yang diadakan di negeri-negeri berkenaan.

Syabas kepada semua kerana mempamirkan politik "albab" sesuai dengan pemerintahan kerajaan Madani kini. Semestinya seluruh rakyat patut mengambil kesempatan dan peluang yang ada kini, Anwar adalah anugerah Allah untuk Malaysia, yang juga tempiasnya sudah dikecapi dunia. [wm.kl. 9:59 am 10/04
5/2025]

1 comment:

Anonymous said...

Sandiwara SiKitol