Sunday, December 28, 2025

Perlis dapat MB Baru, kemelut berhenti rehat, Pas kantoi...

ULASAN SORE

KEMELUT politik Perlis "berhenti rihat" sekejap, apabila sekejap tadi, Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah, 57 telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dihadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail.

Abu Bakar Hamzah, 57 selain Adun Kuala Perlis, juga merupakan pengerusi Bersatu dan timbalan pengerusi Perikatan Nasional Perlis. 

Dikatakan "berihat sekejap", kerana apakah pelantikan wakil rakyat daripada Bersatu itu akan disokong oleh Pas yang sebelum ini mencalonkan sekurang-kurang dua Adunnya untuk mengganti bekas MB Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan.

Shukri Adun Sanglang merupakan wakil daripada Pas menjadi wakil rakyat pertama menjadi MB Perlis. Beliau meletak jawatan apabila lima Adun Bersatu bersama tiga Adun Pas menarik sokongan kepadanya.

Kerana ingin menyelamatkan Shukri, serta menghalang Besatu daripada "merampas" kerusi MB daripada Pas, parti agama itu membuat tindakan secara drastik menggugurkan keahlian tiga Adunnya yang ikut menanda tangan SD menolak Shukri.

Sehubungan itu juga Speaker Dun Perlis telah mengumumkan tiga Adun Pas yang hilang keahlian itu turut kehilangan kerusi diwakili masing-masing dan berlaku kekosongan luar jangka ditiga Dun. Mereka ialah Saad Seman (Chuping) Mohd Redzuan Hashim (Gua Sanji) dan Fakhrul Anwar Ismail (Biontong). 

Pemakluman kekosongan itu kepada SPR ditangguhkan oleh Speaker atas alasan Speaker mempunyai tempoh 21 hari.  

Dengan tindakan itu juga Pas yang sebelum ini mempunyai sembilan (9) kerusi Dun tinggal enam (6) kerusi. Jumlah itu hampir sama dengan kerusi Bersatu yang ada lima (5) kerusi dan jika dicampur dengan kerusi pembangkang satu, kedudukaannya sama 6 : 6.

Apakah pelantikan Abu Bakar itu mendapat restu daripada Pas? Ini persoalan yang bukan mudah dijawab. Pas sebelum ini tidak senang dengan aksi lima Adun Bersatu, mendesak Bersatu agar mengambil tindakan ke atas kelima Adunya itu yang menanda tangani (SD) menolak Shukri. 

Dengan mengambil kira sikap asal Pas itu, besar kemungkinan mereka tidak sedia menyokong Abu Bakar dan sedia untuk menjadi pembangkang di Dun Perlis. Jika ini berlaku bermakna kemelut politik Perlis belum mutamad sepenuhnya berkemungkinan akan terus bergelora yang boleh memungkinkan DUN Perlis terpaksa dibubar?

Bagaimana pun terlalu awal untuk diulas si sini, mungkin Pas mendapat ilham dan wahyu baru setelah sedar tersilap langkah memecat keahlian tiga Adunnya yang bertujuan untuk menyilang Bersatu itu. Tindakan yang memakan diri sendiri itu mungkin menyedarkan Pas makna dan erti politik yang memerlukan bukan sahaja istiqamah, tetapi fatanah juga. Sikap tergesa-gesa dan terburu nafsu telah mengkantoikan mereka.

Sekiranya Pas insaf dengan kesilapan itu yang telah memakan diri sendiri, mereka perlu memberi sokongan kepada Abu Bakar dan sedia untuk bersama dalam kerajaan diketuai Bersatu itu. Kerana sokong atau tidak Bersatu boleh berdiri sendiri apabila seorang wakil PH sedia bersama. 

Kita tunggu dan lihat rupa diri sebenar Pas. [wm.kl. 5:25 pm 28/12/2026]


Tuesday, December 23, 2025

Umno perlu move on

PANDANGAN

UMNO perlu move on tidak menjadikan bekas presiden mereka Mohd Najib Razak sebagai isu (faktor penghalang) yang boleh memecah belahkan kesatuan parti itu. Najib bukan segalanya buat Umno. Umno milik semua dan diperkuatkan semua orang bukan hanya oleh satu institusi keluarga saja. 

Ahli dan penyokong Umno harus menerima takdir yang menimpa Najib Razak. Biarlah dia menjalani sisa hukuman dengan tenang, mudah-mudahan beliau akan menemui sesuatu yang bermakna di sebalik hukuman itu. 

Jangan jadikan Najib faktor perpecahan apa lagi memusnahkan Umno. Sayang biarlah membawa laba, benci jangan membawa rugi.

Anggap apa yang berlaku itu sebagai hukum karma. Umno perlu sedar bahawa parti itu tidak boleh bergantung kepada seorang indvidu, tetapi memerlukan “perkapuhan” semua pemimpinnya disegenap peringkat. 

Untuk kembali kuat bukan sesuatu ilusi kerana Umno pernah membuktikan kecemerlangannya sebagai kerajaan. Selama lebih 60 tahun memimpin kerajaan. Rekod Umno masih belum terpecah sesiapa.

Apa yang baik kepada Umno ialah bersatu, bergerak ke hadapan membina memperkasakan parti berkenaan dibawah kepimpinan yang ada kini. Masalah berlaku dalam Umno, ada yang tidak mengikhtiraf Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden. Dalam masa sama juga ada yang nakal cuba menyingkirkan Zahid. Dalam keadaan Umno tidak sekuat dahulu elemen ini tidak sepatut berlaku. 

Selagi Umno bersikap demikian ia tidak boleh mengembalikan kekuatan asalnya sebagai parti memimpin kerajaan. Orang Umno tidak perlu gusar dan kena yakin kalau mereka bersatu, kekuatan Umno akan kembali semula. Bagi Umno untuk kembali cemerlang ia tidak susah sebab ia sudah ada pengalaman, tunggu lagi Umno perlu bersatu saja.

Walaupun ada sebahagian yang meninggalkan Umno dan ada mencari alternatif dengan menyertai parti yang mereka caci sebelum ini, ia tidak menjadi penghalang. Pelarian desperado itu tidak perlu dibimbangi. Harus disedari mereka yang meninggalkan parti itu tidak jujur dan mencari kepentingan dengan parti politik, mereka bukan pejuang Umno sejati. Umno tidak memerlukan orang seperti itu.

Najib Razak biarlah beliau menjalani sisa hukum dengan damai. Meletakkan harapan Najib akan memulihkan Umno sesuatu yang mustahil. Belum tentu kalau Najib come back beliau berjaya seperti dilakukan Dr Mahathir Mohamad. 

Ada orang berteori begitu, Najib akan jadi PM kali kedua. Pengembalian Mahathir tempoh hari kerana sokongan PH dan Anwar Ibrahim, tanpa sokongan PH dan Anwar, Mahathir sudah hanyut. Buktinya dalam pilihan raya ke-15 calon partinya kalah semua dan beliau sendiri hilang deposit. Antara Najib dan Mahathir berbeza.

Orang Umno harus yakin dan melihat ke depan. Najib bukan segala galanya. Dia bukan dewa penyelamat. Cukuplah pemujaan buat Najib kerana dia anak bangsawan. Umno bukan milik golongan bangsawan. Hukuman diterimanya telah nemusnahkan segala reputasi dirinya dalam sekelip mata.

Sampai masanya Umno mengangkat dan menyerahkan Umno kepada pemimpin muda. Terimalah perubahan. Banyak pemimpin muda dalam Umno berpotensi dan jika diberi sokongan mereka berjaya dengan melihat potensi yang ada. 

Beberapa tokoh muda yang boleh disebut ialah Setiausaha Agung sekarang ini Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ahli Majlis Tertinggi, Mohd Shahar Abdullah, Ahmad Maslan, Noraini Ahmad, Azalina Othman Said, Samsul Anuar Nasarah, Zambry Abdul Kader, Ahmad Maslan dan ramai lagi. Termasuk juga ketua pemuda Umno yang lantang dan berani Dr Akmal Salleh. 

Selain itu masih ada golongan profesional dalam Umno juga boleh ditanda sebagai pemimpin masa depan. Mereka sedia berkhidmat cuma tidak diberi kesempatan. 

Sekiranya Khairy Jamaluddin masih dalam Umno, beliaulah orang paling tepat untuk memimpin Umno, namun sayang bekas ketua pemuda Umno ini kurang sabar, kurang memahami budaya dan tradisi politik Melayu dan berlagak lebih pandai kerana berbangga dengan akademiknya. 

Umno harus membuat persediaan untuk mengangkat mereka bagi memikul tanggungjawab memperkasakan Umno. Umno kena yakin dan ikhlas tanpa memisahkan mereka dengan sebarang sentimen, puak ataupun kumpulan atau kroni. Kita yakin kalau Umno move on parti itu akan dapat mengembalikan kekeramatannya. Trims.

Friday, December 19, 2025

Pengajaran dakwah Nabi Muhammad di Taif


SESUDAH SUBUH

Bersama anak menantu dan empat cucu. (Seorang cucu
tak kelihatan). 
LAMA saya tidak mencatat sesudah Subuh. Kali ini terbuka hati untuk mencatat sesudah subuh sebagai pembuka kata pada hari mulia Jumaat 27 Jamumadil Akhir 1447. Untuk catatan saya mahu mengimbau apa yang berlaku semasa mengunjungi Taif dalam rangka mengerjakan umrah bersama isteri, anak menantu dan tiga cucu bulan lepas. Sudah tiga Jumaat saya kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah.

Kenangan yang cukup mengetik hati sepanjang umrah dan ziarah ketika itu ialah semasa bekereta kabel bersama cucu di Taif.


Buat kali kedua dalam hidup saya, itulah menaiki kereta kabel. Kali pertama di Langkawi kira-kira 10 tahun lepas. Walaupun saya kerap mengembara tetapi kereta kebal bukan satu kebutuhan. Kalau bukan kerana diheret cucu-cucu, tidak ada keperluan untuk saya menaiki kereta kabel. Namun menaiki kereta kabel di bumi bersejarah Taif itu memberi sesuatu pengertaina sangat signifikan buat saya.

Saturday, December 13, 2025

Menanti kebijaksanaan Anwar kemaskinikan kabinet


Saya dah beri pandangan saya
kepada PM.
ULASAN MINGGU

DATUK SERI Anwar Ibrahim tidak membayangkan beliau akan melakukan rombakan kabinet secara besar-besaran. Keperluan mendesak ialah mengisi beberapa kekosongan yang ditinggalkan tanpa diduga yang menimbulkan sedikit polemik.

Buat masa ini ada empat kekosongan, pertama yang ditinggalkan Rafizi Ramli, (Kementerian Ekonomi), Nik Azmi Nik Ahmad, (Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kementerian Pelaburan dan Industri Malaysia), kerana tempohnya sebagai ahli Dewan Negara sudah genap, dan Ewon Benedick (Kementerian Usahawan dan Kopreasi (KUSKOP).

Peninggalan oleh Rafizi, Nik Nazmi serta Ewon tampak sedikit menganggu Anwar Ibrahim kerana tindakan itu bukan atas kehendaknya, atau mereka gagal melaksanakan tugas di kementerian itu. Ewon, bertindak meninggalkan kabinet kerana mencari untung dalam pilihan negeri Sabah lalu, manakala Rafizi kerana rajuk apabila kalah kepada Nurul Izah dalam merebut jawatan timbalan presiden Keadilan. Makrifat saya membaca Anwar “tawakus” dengan langkah Rafizi itu.

Sebenarnya untuk mengisi kekosongan itu tidak payah sangat buat Anwar, dan ia pun tidak perlu diriuh randahkan. Masih ada beberapa ahli parlimen, ahli Dewan Negara atau individu/tokoh berkebolehan dan berkopentesi dilantik bagi mengisi kekosongan itu. Ada kalangan menteri boleh dinaikan pangkat untuk mengganti menteri yang merajuk kecewa kerana kalah, jika Anwar tidak mahu menjemput tokoh dari luar kerajaan dan parti.

Anwar boleh saja pilih mana-mana teknokarat dan juga tokoh politik yang kini tidak aktif lagi tetapi pernah menunjukkan kehebatannya untuk mengisi kekosongan itu. Salah seorang tokoh politik yang dikenali dengan keistimewaan dan kebolehannya ialah Datuk Husam Musa. Walaupun kini Husam agak tersisih dari koridor politik tetapi kalau dijemput paksa ahli politik tidak suka kontroversi itu sedia akur.

Dari kuota PKR misalnya, timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh, layak dan sesuai untuk dinaikkan pangkat menjadi menteri. Kedudukannya sebagai Setiausaha Agung parti dan dikenali seorang loyalitis sangat sesuai. Begitu juga jika Anwar ingin menambah wanita dalam kabinetnya, Dr Fuziah adalah antara orangnya. 

Dr Fuziah berpengalaman luas sebelum ini sebagai ahli parlimen Kuantan selama tiga penggal dan pernah menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penggerak kempen membantah Linyas. Jasa dan pengorbanan besar Dr Fuziah dalam parti ialah menggerakan wanita Keadilan yang pernah lumpuh apabila ia ditinggalkan bagaikan ayam kehilangan ibu oleh Zuraidah Kamaruddin yang mengkhianati parti bersama Azmin dalam episod Langkah Sheraton.

Kalaupun bukan untuk mengambil alih tempat ditinggalkan Rafizi, tempat Nik Nazmin juga pantas buat Dr Fuziah. Bagaimana pun untuk lebih baik berdasarkan latar belakangan pendidikan dan kejayaannya dalam bidang pendidikan, mungkin Dr Fuziah pemegang ijazah sarjana muda (Bachelor’s) dalam Conseling Psychology boleh dibawa ke Kementerian Pendidikan untuk mengambil alih tempat Fadhlina Siddik sekiranya Anwar bermaksud untuk ikut mengemaskan kementerian berkenaan.

Sementara ketua Wanita Keadilan itu boleh dibawa ke kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar yang dikira sesuai dengan iktisadnya sebagai pengamal undang undang dan berwajah tegas. Namun sebagai seorang loyalis Dr Fuziah sedia berkhidmat di mana mana kementerian saja.

Kekosongan ditinggalkan Rafizi yang dibuat atas prinsip katanya, boleh ditiadakan dan boleh diadakan. Sambil mengukuhkan kabinetnya, pelantikan mengisi tempat Rafizi itu juga boleh dilakukan untuk tujuan mengukuhkan kedudukan parti. Rafizi dalam keadaan bersimpang siur kini dilihat tidak banyak membawa kebaikan kepada parti dan kesejahteraan politik Anwar sendiri.

Podcats banyak mudarat daripada kebaikan buat PKR. Maka seseorang individu atau tokoh yang boleh membawa aura kepada PKR perlu dimasukkan ke dalam kabinet sebagai merawat jiwa sakit Anwar kepada Rafizi..Atau kementerian itu yang diwujudkan khas untuk Mohamad Azmin Ali di era Dr Mahathir itu boleh dimansuhkan sahaja dalam rangka mengecilkan kabinet

Kerana kementerian Pelaburan dan Perdagangan dan Industri Malaysia, yang dipegang oleh Tengku Zafrul sebelum ini adalah kuota UMNO (BN) maka ia sudah tentu akan dinilai Anwar untuk mengekalkan status quo itu.

Seorang daripada ahli parlimen Umno atau sebaik-baiknya yang kini menjadi timbalan menteri boleh dinaikkan pangkat. Namun ia agak berat juga kerana peranan dimainkan Zafrul sebelum ini menarik pelabur asing sangat besar, berkesan maka seseorang berwibawa diperlukan.

Ada dua atau tiga ahli parlimen bertaraf timbalan menteri boleh dipertimbangkan, antaranya ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang kini menjadi timbalan menteri Kerjaraya boleh dinaikan pangkat sebagai menteri. Seorang ahli lagi Parlimen Cenderoh, Anwar Nasrah yang kini timbalan menteri KDN.

Jika Anwar meminta pandangan daripada presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno boleh juga menghulurkan nama ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah untuk diangkat sebagai timbalan menteri. Beliau pernah menjadi timbalan menteri Keewangan I dan II sebelum ini. Dalam hal ini tidak ada keperluan dan kewajaran kalau tiba-tib Zahid ingin merestui nama Khairy Jamlauddin, yang bagi saya nama Khairy untuk ditunjuki Zahid jauh panggang dari api.

Ataupun tempat ditinggalkan Tengku Zafrul itu boleh diubah kepada ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani yang kini memegang potfolio Menteri Perdagangan dan Komoidi. Dengan pengalaman, berlatar belakang korporat dan kewangan Johari layak untuk memegang jawatan itu. Bukan itu sahaja senioritinya dalam parti sebagai salah seorang naib presiden juga sesuai.

Sebenarnya tidak ada masalah bagi Anwar untuk mengemaskinikan kabinetnya yang sedang dinanti kini. Tepat kalau beliau tidak mahu melakukan rombakan besar-besaran alasan usia kerajaan tinggal setahun lebih lagi seperti ujarnya sebelum ini, Anwar boleh menyusun semula kabinetnya dengan mantap dipenggal ke dua nanti, insyaAllah.

Sebaliknya jika beliau berubah fikiran untuk melakukan rombakan bagi memberi kesan kepada kerjaannya, kata orang alang-alang pinda, rombakan tidak dapat lari membabitkan beberapa kementerian yang dilihat dewasan ini dipersoalkan ramai. Antara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pelajaran (KPM). Tidak mustahil juga ia terheret kepada kementerian Pengangkutan yang dipegang Anthony Loke Siew Fook kini yang khabarnya kurang disenangi kerana keegoisannya yang kurang mesra pengguna.

Sama-sama kita tunggu kebijaksanaan Anwar mengemaskinikan kabinetnya kelak. Saya jangka ia akan diumum selepas Krismas nanti. Cuma kita harap bila ia dikemaskininya ia biarlah benar-benar kemas, tidak longgar dan dalam masa sama dapat memantapkan kerajaan dan partinya (PKR). Pembentukan kabinet nanti juga perlu dilihat dari sisi untuk menghadapi ancaman dan tentangan berterusan daripada bekas timbalan presiden PKR dan bekas menteri ekonomi Rafizi yang akan tetap melempiasi dendam kesumatnya.

Apapun yang baik serahkan kepada kebijaksanaan dan wisdom Anwar yang memiliki kuasa prerogatif untuk membentuk dan mengatur kabinetnya. Apa yang berlaku beliau lebih tahu daripada kita. [wm.kl. 10:09 am 13/12/2025]

Sunday, December 7, 2025

Preview ringkas pilihan raya Sabah

KESIMPULAN

Hajiji angkat sumpah
sebagai KM.
PILIHAN RAYA negeri Sabah yang ke-17 sudah pun selesai, dan kerajaan baru juga telah dibentuk. Hajiji Noor, 69 daripada GRS sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Berbagai pihak telah membuat analisa dan ulasan mengenai pilihan raya tersebut. 

Saya terlewat untuk memberi sedikit kupasan ringkas kerana sewaktu keputusan pilihan raya itu saya berada di Makkah. Sepanjang di tanah haram saya tidak mahu mengotor ihram saya dengan politik, justeru saya berpuasa sunat politik seketika sehingga kembali ke tanahair malam 4 Disember. 

Untuk melengkapkan ulasan saya mengenai pilihan raya Sabah, sebagai sambungan catat sebelum ini yang tak lengsai, saya cuba membuat sedikit ulasan dari persepktif saya sendiri dengan berpandukan pandangan peribadi.