Showing posts with label Ahmad Maslan. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Maslan. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Ahmad Maslan langgar signal Zahid?

MENJERNIH MINDA                                                                        

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan (foto) nampaknya telah memberi isyarat awal agar pilihan raya kecil DUN Kajang bakal diadakan, dilumuri dan dihiasi dengan isu yang kotor dan menjijikkan mengenai moral Anwar. Dalam satu kenyataan Ahamad memberi tahu isu liwat yang membabitkan Anwar tidak boleh didiamkan dan rakyat kena diberi tahu.

Beliau juga membuat psywar mengatakan pembangkang meletakan calon yang dibebankan oleh kes mahkamah. Beliau merujuk kepada kes rayuan Anwar berhubung kes liwat II yang masih dibicarakan dimahkamah ketika ini.

Katanya kes video membabitkan 'pembacuh kopi' menyebabkan timbul pesepsi buruk terhadap Anwar kerana mahkamah masih belum memutuskannya. Perkara itu tegasnya tidak boleh disembunyikan dan pengundi di Kajang kena diberi tahu.

Monday, September 30, 2013

Tabik untuk Ahmad Maslan

DARI PARLIMEN                                                                                  

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan atas jawaban dan penjelasan dalam perbahasan rang perbekalan tambahan 2013 bagi Kementerian Kewangan di parlimen hari ini. Saya tertarik dengan cara Ahmad menjawab begitu teratur, lendik dan kemas serta autantik sekali. Semua pertanyaan yang dibangkitkan, serta pencelahan diberi respon yang baik.
Ahmad Maslan

Sikap timbalan menteri atau ahli parlimen sebeginilah yang perlu dicontohi. Berkualiti, telus dan terbuka serta tidak mempersendakan setiap persoalan yang ditimbulkan di dewan. Dalam jawabannya Ahmad tidak menyindir atau menggunakan floornya untuk mengkritik pihak pembangkang seperti mana sering berlaku kepada menteri atau timbalan menteri ketika menjawab pertanyaan sebelum ini.

Cara Ahmad menjawab dan memberi penjelasan diterima dengan senang hati oleh ahli parlimen. Ini terbukti bila mana tidak ada gangguan atau pun sorakan ketika beliau memberi jawaban. Semuanya serius dan memberi tumpuan kepada penjelasannya. Bermakna ahli dewan menerima tanpa takwil.

Monday, March 18, 2013

Ahmad Maslan Merendahkan Martabat Diri Sendiri

MELEPAS DUHA                                                                                                                     

Cadangn Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan supaya orang ramai melihat dan menilai  sendiri video lucah yang sekali lagi cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sesuatu cadangan yang paling buruk dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang pemimpin utama di dalam Umno.

Sebagai orang yang berada dalam Biro Politik Umno dan dianggap salah seorang dari tujuh pemimpin tertinggi yang antara lain tugas dan tanggungjawabnya menentukan hala tuju parti, serta menetapkan tindakan-tindakan semasa parti, beliau harus jaga akhlak dan tidak mempamirkan sifat dan sikpanya sebagai budak-budak mentah Umno yang tidak tahu menilai baik dan buruk.

Kalau cadangan dan gesaan itu datang dari budak-budak Umno, atau si pelontar 'jumrah' di tanah jawi, ataupun si tukang cat kereta atau penjulang manila kad dan sebagainya, tidak menjadi masalah kerana ia dianggap sebagai pantas atau selayaknya. Apakah Mat Maslan ini juga asalnya dari kumpulan sampah sarap itu?

Monday, December 24, 2012

BN Rampas 20 Kerusi Pakatan: Ramalan Rabun Mat Maslan

ULASAN PETANG                                                                                                               

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.

Ahmad Maslan: Syok sendiri?
Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.

Friday, February 17, 2012

Susupan Petang

Buang Buku Jingga
Mat Maslan Ulangi Perbuatan Anwar, Khir Toyo


Bila saya tengok gambar Ahmad Maslan sedang memegang Buku Jingga untuk dibuang ke dalam tong sampah di sebuah pentas yang indah di hadapan para peneroka saya teringat kepada dua peristiwa satu yang menimpa ke atas diri saya sendiri dan satu lagi ke atas Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Peristiwa yang menimpa saya ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengherdik dan memperlekehkan saya apabila saya menulis sebuah buku politik berjudul Anwar Ibrahim: Mimpi Dan Realiti. Buku itu mengkritik peribadi dan stail politiknya. Kejadian itu berlaku selepas tiga tahu apabila berliau tersua dengan saya di parlimen.

Saya masih ingat antara herdikan Anwar; "Buku you memalukan apa lagi kalau dibaca oleh anak-anak sekolah, elok di tong sampahkan!" Oh...begitulah kata Anwar dengan suara yang angkuh. Di sekelilingnya ada beberapa orang kawan saya yang mendengar herdikan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia orang nombor dua terkuat di Tanah Malaya.

Saya tidak mudah gelabah dan gentar dengan herdikan Anwar. Saya menjawab dan menyambut kata seperti mana gendang yang Anwar tabuhkan. Dia juga peragah dengan tindakan saya yang dia kira saya anak cicak.

Di dalam buku itu ada saya tulis fasal dia bergambar dengan perempuan dan bersalam dengan wanita bukan ajnabi. "Lepas ini dengan perempuan mana pula you nak taruh dalam buku?" begitu tanya Anwar dengan menyinga.
Tanpa membiarkan saat berlaku saya terus menjawab; "tenguklah dengan artis mana you bergambar saya akan masukan."

Selepas itu ada lagi dialog keras dan kering saya dengannya. Rasanya tidak elok kalau saya turunkan di sini sebab perkara ini sudah berlaku lebih 19 tahun. Peristiwa itu berlaku tahun 1993 dan mungkin Anwar sudah pun melupainya apabila beliau membaca buku saya membela beliau selepas dizalimi Mahathir berjudul; Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa.

Peristiwa kedua yang mengimbaukan ingatan saya tatkala melihat gelagat Mat Maslan ialah yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Pegawai itu dihadiahkan penyapu kerana jajahan yang dibawah pentadbirannya gagal menunjukkan prestasi seperti mana ditetapkan, pentadbiran lemah menyebabkan cukai tidak banyak dikutip.

Kononnya dengan pemberian penyapu itu sebagai simbolik untuk pegawai itu membuat pembesihkan ke atas para pegawainya yang lemah dan gagal mencapai prestasi yang diharapan. Pemberian itu dibuat di satu majlis yang dihadiri oleh semua pegawai daerah. Niat Khir mungkin baik tetapi cara yang dibuatnya tidak beradat.

Kedua peristiwa yang saya sebut tadi, baik yang menimpa saya oleh Anwar dan yang menimpa pegawai daerah Hulu Selangor oleh Khir Toyo seakan telah terbalas. Walaupun saya tidak mengharap Anwar jadi seperti hari ini, terlepas jawatan Perdana Menteri di era Mahathir, tetapi ia terubat dengan apa yang ada hari ini. Yang sudah biarlah sudah malahan hari ini simpati dan kesian saya kepada Anwar menyebabkan saya membela kezaliman dilakukan terhadapnya.

Setidak-tidaknya Anwar akan mengenang kembali apa yang saya tegur beliau dalam buku berkenaan. Apa yang saya peringatkan kepadanya di dalam buku berkenaan adalah demi kebaikannya tetapi dianggap sebaliknya waktu itu. Itu satu kesilapan di mana kita sebagai manusia jangan mudah meremehkan nasihat orang lain hatta dari siapa yang memberi nasihat dan kritikan itu.

Begitu juga nasib yang diterima Khir hari ini telah menginsafkannya. Walaupun pemberian penyapu itu bukan sebab utama beliau menjadi seperti hari ini tetapi Khir boleh ingat kembali bahawa perbuatan itu memalukan pegawai daerah berkenaan. Walaupun Khir berniat baik demi untuk meningkatkan daya kerja dan memajukan Selangor tetapi hadiah itu tidak kena dan mengaibkan orang lain. Apa lagi penyapu dalam budaya Melayu sesuatu yang menyialkan. Apabila kita mengaibkan orang lain sebegitu rupa maka lambat laung kita juga akan merasai aid yang sama.

Hari ini saya rasa pegawai yang menerima penyapu itu boleh hidup aman damai dalam perasaraanya, sebaliknya Khir masih bergelumang dengan rasa takut, malu dan hina kerana didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukum penjara selama 12 bulan.

Apa yang hendak diceritakan hari ini, ialah hal yang hampir sama berlaku yang dilakukan oleh Ahmad Maslan. Perbuatan Mat Maslan membuang Buku Jingga satu perbuatan menghina Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat seluruhnya. Tidak patut Mat Maslan berbuat demikian kerana ia menguris hati orang. Apa yang Mat Maslan lakukan itu sama nilainya dengan tindakan Anwar mengherdik saya dan juga Khir memberi penyapu kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor itu.

Sebagai orang politik Mat Maslan tidak sepatutnya berbuat begitu. Beliau seharusnya sedar Buku Jingga adalah kitab politik Pakatan Rakyat. Ia adalah janji dan manifesto Pakatan Rakyat. Betapa pun janji dan manifesto itu tidak munasabah dan tidak tersaul dek akalnya, tetapi beliau tidak boleh menghina kerana sebagai manifesto ia adalah kita suci dalam politik.

Bukan saja Buku Jingga itu tetapi mana-mana manifesto parti politik tidak boleh dihina. Ia adalah kitab suci politik. Sepatutnya sebelum membuat gimik itu di hadapan peneroka Mat Maslan cuba bayangkan bagaimana kalau ada orang lain mencampak kertas dasar Felda atau pun bendera Umno ke dalam tong sampah. Beliau harus menyelami secara piskologis bagaimana perasaan orang yang menyanjungi buku berkenaan.

Kepada saya apapun alasan tindakan Mat Maslan tidak bijak dan meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak matang dalam politik. Seperti mana kata Presiden Anak, Mazlan Aliman apa yang sepatutnya Mat Maslan lakukan ialah membahas secara akdemik apa yang dicatat dalam Buku Jingga berkenaan bukannya menohoknya ke dalam tong sampah.

Era ini bukan lagi zaman orang berak dan kencing atas bendera. Menyatakan kemarahan demikian adalah jenis orang yang tidak ada akalbudi dan belum tamadun.

Sikap Mat Maslan itu kurang lebih daripada perangai Inchek Ibrahim Ali sahaja ataupun kumpulan Melayu polong yang memijak kepala lembu atau pun menganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Apakah Mat Maslan juga sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Peluang masih ada untuk Mat Maslan membersihkan dirinya. Beliau boleh memohon maaf atas perbuatan itu dan mengambil balik Buku Jingga yang dilemparkan ke dalam tong sampah. Paling afdal bagi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Felda itu ialah merukupkan tong sampah ke atas kepalanya kemudian berjalan keliling padang sebanyak 50 kali. [wm.kl.3:14 pm 17/02/12]