Showing posts with label Ahmad Yaacob. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Yaacob. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Tiada kelulusan hutan simpang Chabang Tongkat manakala tanah Sg Tuang dah jadi milik orang

ULASAN SIDANG DUN KELANTAN                                                  

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub bersikap 'tawaduk' dan jujur menerima apa-apa isu yang dibangkitkan berhubung pentadbirannya dan mengucap terima kasih atas segala maklumat kerana membantu beliau boleh segera membuat semakan dan tindakan demi memperbaiki dan mempertingkatkan darjat kerajaan Kelantan.

Ahmad berterima kasih kepada Adun Salor.
Ahmad menzahirkan demikian semasa menggulung perbahasan dalam memberi respon kepada isu yang dibangkitkan pada perbahasan Bajet 2014 yang dibentangnya.

Isu paling panas mengenai permohonan hutan simpan di Hulu Sat Machang sebanyak 3,500 ekar yang dibangkitkan oleh Adun Salor, Husam Musa.

Sebagai pemerhati kerdil politik Kelantan saya juga turut memberi singgungan kepada isu berkenaan secara lebih rakus sedikit beberapa hari lalu. Ia agak tersasar dari segi figure bila mana tersalah petik menyebabkan timbul kemarahan oleh pihak kerajaan Kelantan. Perlukah saya menyatakan kenapa dilakukan demikian kerana ia adalah untuk kebaikan. Saya tidak ada apa-apa rekod kepentingan diri saya di Kelantan walaupun Kelantan sudah diperintah Pas 23 tahun. Justeru saya tidak gentar untuk terus membuat teguran.

Monday, May 6, 2013

Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam?

PROMO                                                                                                   

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.

Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.

Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.

Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.