Gesaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir (foto) supaya ahli dan penyokong parti itu berhenti mengeluarkan kata-kata kesat berbentuk penghinaan kepada pemimpin politik khsasnya dari parrti agama (Pas), suatu langkah baik yang wajar dipatuhi segera.
Gesaan itu sesuatu tindakan terpuji sekaligus mempamerkan sikap atau uslub - pendekatan Amanah sebagai sebuah badan siasah yang mengambil Islam sebagai prinsip perjuangannya. Gesaan itu tepat bagi Amanah sebagai sebuah parti yang membawa Rahmatanlilalamin.Justeru gesaan itu seharusnya bukan sahaja dilihat terkhusus dan diterima baik oleh ahli dan penyokong Amanah sahaja tetapi dari pihak parti lain juga wajar menerimanya sama.