KESIMPULAN SORE
 |
| Himpunan di Bilik Gerakan PKR Sikamat malam tadi. |
Sebelum negara terkejut dengan laporan sebuah pesawat Boieng 777-200 milik MAS (MH 370) dilaporkan hilang dari kawalan dan sehingga kini tidak dapat ditentukan nasibnya, negara terlebih dahulu terkejut dengan keputusan drastik Hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar Ibrahim kerana dakwaan meliwat. Malaysia menerima dua bencana dalam tempoh tidak sampai 12 jam.
Hukuman ke atas Anwar itu ditangisi oleh rakyat Malaysia. Ia dirasai oleh semua rakyat yang mengharapkan wujudnya keadilan dan kebenaran dalam proses perundangan negara ini dan tidak ada campur tangan mahkamah ke atas apa-apa kes atau apa lagi menjadikan mahkamah sebagai senjata untuk memenjarakan musuh politik.