Lama saya tidak berjumpa dengan bekas pensyarah Kuliyah Undang-undang UIAM, Dr Abdul Aziz Bari untuk berbincang dan berbual fasal politik. Kali terakhir saya bersamanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur di mana kami menjadi ahli pena.
![]() |
| Sembang dengan Aziz Bari turut diselit Zulqarnain. |
Apabila beliau menyertai DAP, hampir serentak dengan penyertaan Pak Samad (A Samad Said), teringin juga saya menemuinya untuk bertanya sebab dan musababnya. Aziz bukan boleh bercakap dengan telefon sebab beliau seorang yang tidak mesra telefon. Beliau berhubung dengan sesiapa sahaja menerusi e-mail sahaja. Kemisterian masih belum terjawab kenapa pakar perlembagaan ini tidak gemar kepada telefon.

